Pentingkan Isi dari Kulit...
Assalamualaikum wrbth,
Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat illahi yang telah mempermudahkan segala urusan hamba-hambaNya, selawat dan salam buat kekasih yang dirindui Muhammad Bin Abdullah yang telah mewarnai jalan perjuangan dalam menegakkan kalimatul ulya di atas muka bumi ini, buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in.
Amma Ba'du,
Selesai sudah minggu pertama ber'praktikal', 31 minggu lagi sedang menanti. Banyak perubahan 'waqi' (realiti) yang perlu diteliti semula, mana tidaknya masa, orang sekeliling dan suasana alam pekerjaan memang cukup berbeza ketika di alam pengajian dulu. Namun, dakwah perlu disampaikan dalam ertikata sudah menjadi 'tanggungjawab' (tanggung di dunia, jawab di akhirat).
Teringat kembali soalan yang ditanyakan oleh abg hakim dulu; "Siapa tahu apa maksud Membina Bi'ah Solehah?" tanya abg hakim. "Suasana yang baik.. Keadaan yang memperbaiki.." jawabku, satu demi satu jawapan yang diberikan. Akhirnya, abg hakim pun menjawab; "Semua jawapan tadi tu tak salah, betul semuanya... Tapi, yang lebih tepat ialah Manifestasi Islam secara Syumul"
Secara ringkas, kebiasaannya ahli2 gerakan Islam bersemangat dalam melaksanakan amal islami. Kadangkala, sampai terlupa untuk mengurus diri dengan baik sehingga terabai kesihatan diri apatah lagi akademik bagi diri seorang pelajar. Hal ini kerana, kecenderungan yang begitu kuat untuk Membina daripada Manifestasi... Hanya banyak kerja secara zahirnya, namun manfaat disebaliknya adalah kurang nilaiannya.
Inilah beberapa perkara yang perlu dilihat dengan teliti supaya kepenatan yang dirasai tidak ditambah dengan kekecewaan di kemudian hari... Maka, perlulah setiap perkara itu mempunyai objektif yang jelas dan difahami oleh ahli2 gerakan itu sendiri.
Sebagai contoh, ibrah daripada sirah nabawiyah apabila 3 orang sahabat yang begitu bersemangat dalam melaksanakan ibadah kerana membandingkan dirinya dengan Rasulullah S.A.W. Sahabat yang pertama, hendak melaksanakan solat tanpa henti, manakala sahabat yang kedua hendak melaksanakan puasa tanpa berbuka dan sahabat yang terakhir tidak mahu berkahwin supaya dapat menumpukan kepada beribadah kepada Allah.
Ironinya, semua amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah S.A.W. dengan mengatakan bahawa; "Aku adalah orang yang paling bertaqwa disisi Allah".
Kebanjiran event bukan masalahnya, tetapi hilangnya halatuju @ objektif event yang menyebabkan akhirnya amal tersebut menjadi sia2...
~Jangan banyak membina amalan, tetapi banyakkan manifestasi dalam amalan~

Comments
Post a Comment