Fiqh Dakwah dalam Al-Quran 3
Fiqh Dakwah dalam Al-Quran 3
Usaha Untuk Melindungi Dakwah
Usaha Untuk Melindungi Dakwah
Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:
"Lut berkata; Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau jikalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat" (Hud : 80)
"Mereka berkata; Hai Syuaib kami tidak mengerti apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah antara kami; jika bukan kerana keluargamu sudah tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamu pun bukanlah orang yang berwibawa di sisi kami" (Hud : 91)
Syarah Fiqh Dakwah
1) Lut berharap mempunyai sokongan yang kuat bagi menyokong dakwahnya. Kaum Nabi Syuaib pula terhalang dari menganggu beliau kerana keluarganya yang berada dibelakangnya.
2) Gerakan dakwah pada ketika lemah hendaklah berusaha membina sokongan dari sumber kekuatan atau tampuk kekuasaan bagi menjaga dakwahnya dari gangguan musuh dan menjaga para pendakwahnya. Tampuk kekuasaan ini boleh dalam bentuk naungan keluarga yang kuat atau individu atau kuasa lain.
3) Adalah menjadi kebijaksanaan pendakwah untuk sentiasa mencari sumber kekuatan ini setiap masa dan memenangi sokongan mereka.
4) Walaupun dakwah kita adalah benar dan dijanjikan bantuan Allah yang Maha Agung, tetapi ia tidak bermakna kita harus berdiam diri dari bersusah untuk menjaga keamanan dakwah dan pendakwah.
5) Hakikat ini ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. yang sentiasa membina kekuatan bagi menjaga dakwahnya dengan berlindung di bawah perlindungan Abu Talib, keluarganya Bani Hashim, berlindung di bawah kabilah ketika pulang dari taif dan memerintah sahabatnya untuk berlindung di Habsyah.
6) Walaubagaimanapun, perlulah dipastikan bahawa perlindungan ini diterima dari elemen yang dipercayai (tidak semestinya muslim) dan tidak menggadaikan prinsip Islam.
Comments
Post a Comment