December 21, 2010

Tujuh kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat

Ada tujuh kejayaan besar konvensyen itu ialah:

Pertama: Mampu mencapai matlamat mengumpul dan memperlihatkan kesepakatan dan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun selama dua tahun ini ia ‘diserang’ tidak henti-henti oleh musuh politiknya dari segenap sudut.

Kira-kira 2,000 yang hadir tidak berganjak dari awal hingga akhir menghadiri Konvensyen tersebut - menjadi manifestasi keazaman dan kesungguhan warga Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Pakatan.

Kedua: telah berjaya menjawab semua fitnah dan tuduhan musuh politknya dengan jelas dan meyakinkan. Puluhan pengamal media – dalam dan luar negara – menyaksi dan melaporkan jawapan ini.

Ketiga: kejayaan Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa buah negeri. Pameran tersebut memberi erti dan memeriahkan konvensyen tersebut.

Keempat: keputusan padu – dengan sebulat suara - mengekalkan terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen. Ini tentu sekali mengecewakan harapan musuh politik Pakatan Rakyat untuk menyisihkan sama sekali Anwar dari arena politik nasional dan antarabangsa.

Keputusan terus mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membuat ucapan penggulungan di konvensyen tersebut.
"Kita tetap mahu berketuakan beliau," kata Datuk Seri Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Kelima: pengumuman Karpal Singh yang menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dengan segala peruntukan yang terkandung di dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat pengumuman sedemikian.

Walaupun pengumumkan pemimpin DAP ini kemungkinan tidak akan meredakan tuduhan musuh politik Pakatan, namun pengumuman ini sangat membantu menjelaskan kedudukan isu Islam ini kepada semua pihak.

Kejayaan keenam Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan apabila berkuasa.

Program itu adalah resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia jika berkuasa. Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kejayaan ketujuh konvensyen itu ialah mengesahkan dokumen bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' yang menggaris banyak isu yang dibangkitkan, seperti krisis, resolusi, program 100 hari, kenyataan bersama, deklarasi dan dasar-dasar Pakatan ketika gabungan mempersiapkan diri untuk menawan Putrajaya.

Dokumen 20 halaman itu yang akan diedarkan secara meluas, akan menerangkan kepada pengundi iaitu rancangan bagaimana gabungan itu akan memerintah negara jika mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan.
Keseluruhannya ialah mesej konvensyen ini sangat jelas bahawa masa, kekuatan tenaga dan segala yang ada pada Pakatan Rakyat tidak boleh lagi dibazirkan walau seketikapun melainkan berusaha keras dengan bijaksana, menyusun langkah dengan strategi berkesan untuk mendapat mandat dari rakyat bagi ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bukan sebuah ilusi atau khayalan pengembara, tetapi sebuah kenyataan – lebuh raya perjuangan yang panjang dan terbentang luas - yang sangat menjanjikan kemenangan jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan terus kesepaduan dan gerak kerja serta strategi yang bijaksana.

Selepas konvensyen ini, gerak kerja terawal bagi pendukung Pakatan Rakyat sedang menanti di Dun Tenang, Labis, Johor untuk berdepan dengan sebuah pilihan raya kecil di sana.

Tentu saja kesepaduan warga Pakatan Rakyat dan rakyat umum yang menyokongnya akan menumpukan perhatian ke sana, sebuah pilihan raya kecil berskala besar justru Umno BN dijangka akan berhempas pulas untuk mempertahankan Dun tersebut, sementara Pakatan Rakyat pula – yang diwakili PAS - juga akan berusaha keras untuk menawan Tenang.

Kita yakin dengan suntikan semangat baru di konvensyen di Pulau Pinang itu, warga Pakatan Rakyat akan berusaha keras dengan penuh keazaman, mengatur strategi kempen dengan bijaksana.

Warga Pakatan Rakyat tentu saja mampu berdiri gagah di Dun Tenang ini justru ia telah menunjukkan kemampuan menangkis segala serangan politik musuh politik Pakatan.

-SUMBER-

December 20, 2010

Mengfaraidkan harta awam

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

NONEJKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham.

Tak perlu silap mata

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

syabas logoKementerian kewangan mengeluarkan 'pink form' atau borang merah jambu. Tertera di borang ini adalah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa borang ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di borang. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.

Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan borang merah jambu akan dapat dijualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapungkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya borang merah jambu dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan di mana kaum kerabat, kroni dan elit kawan-kawan di Umno dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

NONEJusteru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Mereka semua mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan - memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak di siang hari?

Betul. Ini satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh Umno. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kisah rompakan

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

water bill 110608Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

khalid ibrahim selangor waterHari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

azlanTahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.

-SUMBER-

December 17, 2010

Pilihanraya Lagi...

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Menurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.


Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Malaysiakini

December 16, 2010

Tafsir Surah Al-Maidah ; ayat 82

Ada Paderi Yang Memeluk agama Islam

Dan di kalangan orang Yahudi juga, yang menyihirkan Nabi s.a.w. Ertinya, mereka menggunakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi s.a.w. termasuk melalui peperangan dan perancangan jahat yang lain termasuk sihir dan meracun Nabi s.a.w.

Golongan yang kedua adalah musyrikin termasuk penyembah berhala, penyembah api, penyembah bintang dan seumpamanya, merupakan golongan yang paling bermusuh dengan orang Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya engkau dapati juga (wahai Muhammad s.a.w.) mereka yang paling hampir kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Nasara (Kristian), sebabnya mereka itu terdiri daripada kalangan orang alim dan ahli ibadat dan mereka itu tidak sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Di kalangan mereka terdiri daripada orang alim yang benar, bukan orang alim yang menyeleweng.

Diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya dari Urwah bin Az-Zubair bahawa orang-orang alim Kristian telah meminda Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Yang bertanggungjawab meminda Injil ini terdiri daripada empat orang termasuk Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Bahkan Injil dipinda sehingga menjadi beratus-ratus kitab. Ini menandakan bahawa kitab Allah itu telah diubah. Yang pertama menyeleweng isi kandungan Injil adalah seorang yang bernama Shaul yang mendakwa mendapat ilham daripada Allah dan Nabi Isa a.s.

Kemudian mereka yang menyeleweng ini berhijrah ke Eropah. Ketika itu benua Eropah dikuasai oleh Rom (Kerajaan Romawi).

Mereka berjaya mengkristiankan Raja Rom yang ketika itu menganut agama keberhalaan sesuai dengan Kristian yang menyembah Salib yang telah dipinda dan diubah itu.

Dengan perintah Raja Rom, dianjurkan satu persidangan Kristian antarabangsa, yang diadakan di sebuah pulau di Laut Mediterranean. Dalam persidangan itu mereka mengambil keputusan mengiktiraf empat Injil sahaja iaitu Injil yang dikarang oleh Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius.

Manakala yang lain diharamkan. Antara yang diharamkan adalah Injil Barnaba di mana Injil ini lebih hampir dengan Injil yang sebenar yang menyatakan Nabi Isa itu adalah Rasulullah dan hamba-Nya.

Injil ini telah dicuri dari perpustakaan Gereja Vatican, Pusat Kristian Roman Katolik terbesar di dunia yang terletak di Itali. Seorang pekerja di gereja besar ini telah melihat di kalangan buku-buku lama yang disimpan itu, sebuah Injil bernama Barnaba lalu membacanya dan kemudian melarikan diri dari Vatican bersama Injil berkenaan.

Injil ini kemudian dibeli salah seorang Putera Mahkota Austria dan disimpan dalam Muzium Vienna sehingga sekarang dan ia juga telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan orang Kristian menganggap Injil itu sebagai kitab lama bukan mengambil pengajaran daripada apa yang terkandung di dalamnya.

Injil ini menyatakan bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah, nabi akhir zaman yang akan zahir dan inilah yang diberitahu oleh Nabi Isa a.s. Paderi-paderi Kristian mengetahui hakikat ini. Justeru ada di antara mereka, apabila dibaca al-Quran mereka masuk Islam.

Kerana mereka mengetahui benarnya apa yang ada di dalam al-Quran. Salah seorang daripadanya adalah paderi di Mesir, apabila mendengar Surah at-Tin, dia memeluk Islam.

Surah itu bermula dengan firman Allah yang bermaksud:

"Demi buah Tin dan Zaitun, Demi gunung Turi Saina' dan negeri yang Aman ini (Makkah)." (Surah at-Tin: 1-3)

Buah Tin dan Zaitun digambar sebagai negeri Palestin sebagai tempat tumbuhnya pokok-pokok tersebut, sekali gus sebagai tempat lahirnya Nabi Isa a.s. Sementara Gunung Saina' yang terletak di Semenanjung Sinai, merupakan tempat bermunajat Nabi Musa a.s. manakala Makkah adalah negeri tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., menujukkan hubungan ketiga-tiga orang rasul ini.

Maka paderi yang mendengar ayat ini memeluk Islam kerana mengetahui benarnya Islam. Bahkan ada di kalangan paderi di Amerika Syarikat dan Eropah yang menasihatkan penganut mereka supaya jangan bermusuh dengan orang Islam kerana pengikut Nabi Muhammad s.a.w. juga adalah penganut agama Samawi.

Tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang bersikap sebaliknya. Sebenarnya orang Kristian sudah menyeleweng daripada Kristian. Dalam ajaran Kristian diharamkan berperang kerana di dalam kitab Injil (Bible), ada satu ayat yang bermaksud, "Barangsiapa menampar pipi kananmu, kamu surunglah mereka menampar pipi kirimu pula."

Oleh : Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Pakatan Rakyat sebagai medan strategik memperkenalkan keindahan Islam

Kepincangan sistem tajaan barat dalam negara kita menyebabkan berlakunya berbagai-bagai gejala yang parah dan mendukacitakan semua pihak. Masyarakat yang mempunyai wawasan dalam kehidupan mereka mula mencari alternatif baru untuk diamalkan dalam negara ini. Setakat ini banyak pihak melihat dasar yang diperjuangkan oleh PAS (Islam) adalah alternatif yang terbaik menggantikan dasar pincang yang sedia ada.

Ucapan yang sering didedahkan dalam ceramah-ceramah umum PAS banyak berkisar di sekitar kesyumulan Islam yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Ucapan ini tidak difahami oleh ramai kalangan umat Islam sendiri, apatah lagi golongan Non-Muslim. Dengan itu medan pakatan rakyat adalah terbaik buat masa ini untuk mendekati sasaran dakwah. Antara fakta-fakta penting yang mampu menarik perhatian Non-Muslim dan boleh diketengahkan ialah:

1- Kesyumulan Islam

Firman Allah S.W.T.:
"Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kamu keluar dari kampungnya; kamu pula berbantu-bantuan (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Al Baqarah : 85)

2- Keadilan Islam untuk semua

Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (An Nisa’ : 58)

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk." (Al A’raf : 158)

3- Islam untuk semua kaum dan agama

Firman Allah S.W.T.:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al Hujurat : 13)

4- Islam pemangkin ekonomi

Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan Amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang Muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (At Taubah : 60)

December 14, 2010

Perjuangan yang terus mengalir

Assalamualaikum wrbth,

Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat illahi atas segala limpahan kurnia, andai dijadikan lautan sebagai tinta dan pohon-pohon sebagai pena nescaya akan habis kesemua lautan namun tidak mampu menulis kesemua nikmat-nikmat yang diberikan. Tidak dilupakan juga buat junjungan mulia Rasulullah SAW, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in.

Memetik ayat 30 di dalam Surah Fusshilat, Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu."

Jika teliti ayat diatas,bahawa kriteria untuk menerima ganjaran Allah adalah;
1) Mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan mereka
2) Tetap teguh di atas jalanNya

Namun, untuk melaksanakan yang pertama memerlukan perkara yang dikenali dengan keberanian yang tegas. Justeru, untuk mendapat keberanian pula memerlukan kekentalan iman yang kuat. Ini kerana, hanya dengan iman yang kuat barulah mendapat jiwa yang kental. Tanpa jiwa yang kental, adalah mustahil untuk anggota lain untuk bertindak.

Lantas, bagaimana untuk mendapat iman yang kuat @ jiwa yang kental?...

Bagi orang yang percaya dan yakin dengan keAgungan Allah nescaya akan mengatakan bahawa dengan 'ibtila' @ ujian barulah terserlah keimanan yang terpasak di dalam jiwa mereka. Sebab itulah, para anbiya' adalah golongan yang paling teruk ujian yang terpaksa dihadapi kerana iman yang ada pada mereka sentiasa meningkat selari dengan ujian yang dikenakan. Begitulah sebaliknya, bagi manusia biasa; ujian yang dihadapi selari dengan tingkatan keimanan yang ada.

Seterusnya, keberanian yang ada perlu dijaga supaya tidak hilang ditelan masa. Inilah perkara yang menyebabkan rambut Rasulullah SAW bertukar menjadi putih iaitu 'istiqamah'.

Sesudah itu, barulah nikmat pertolongan malaikatNya, kebahagiaan jiwa dan syurgaNya menjadi tebusan yang paling berharga baginya.

Alhamdulillah, malam semalam diberikan peluang menghadiri usrah cawangan bersama sahabat2 seperjuangan walaupun ada antaranya jarak usia yang agak jauh. Pada mulanya, rasa agak sedikit kecewa kerana naqib usrah tidak dapat hadir atas urusan yang lebih 'aula'. Namun, perkongsian yang diberikan sedikit pun tidak mengecewakan.

Berkenalan dengan bendahari kawasan, membuatkan rasa sebak di dalam dada. Rupa-rupanya ada lagi manusia yang masih istiqamah dalam perjuangan walaupun ujian yang berat terpaksa dihadapi. Walaupun sudah bernikah, namun zaujahnya merupakan antara pimpinan peringkat kawasan. Namun, perkara yang cukup memberi pengajaran apabila anaknya merupakan OKU akibat menghidapi penyakit tulang rapuh.

Bertungkus lumus memikirkan bagaimana persekolahan yang mampu diberikan kepada anaknya itu. Mengikut jadual yang diberikan oleh doktor, setiap 2 bulan anaknya perlu mengambil suntikan (ke bahagian tulang) bagi merawat penyakit anaknya itu.

Di peringkat jamaie pula, beliau memegang jawatan peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Namun, semua itu terus digagahinya untuk terus istiqamah dalam menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Tak mampu untuk menulis kesemuanya dengan ungkapan perkataan...

Khulasahnya, teringat kembali dalam cerita sang murabbi; "Perjuangan ini ibarat sungai yang mengalir, adanya kita atau tidak ianya akan terus mengalir."

Wallahu'alam...