September 28, 2010

Jangan biarkan hari berlalu tanpa memikirkan masalah ummah...

Saban hari, masa terus berlalu... Sedar atau tidak, rupa-rupanya akhir tahun ini bakal membawa satu lagi detik perjalanan hidup di alam pekerjaan... Bermula awal bulan 12 ini, bakal membawaku ke alam praktikal (internship)... Namun, dikala masa terus berlalu masih terngiang-ngiang suara Tuk Guruku, Hj Zulkifli bin Ismail yang merupakan pengetua bagi Pondok Baitul Qurra di Melaka.

"Jangan biarkan hari terus berlalu tanpa memikirkan masalah umat Islam... Rugilah masa yang diberikan oleh Allah kepada kita..." tegas Us Zul di dalam tazkirahnya. Saat itu, rasanya macam x berapa jelas lagi, maklumlah masih baru lagi... Taklifan pun x de la berat sangat... Kiranya, buat2 paham je la, sambil mengira-ngira bilalah Us akan habis bagi tazkirah... Naik kebas jugak kaki ni, duk bersila lama2...

Semalam, ana berjumpa dengan seorang mad'u... Dia menyatakan masalahnya yang agak keberatan untuk bersama dalam jemaah kerana rasa dirinya x bersedia untuk mendapat tarbiyah... "Ana x tahu la abg mu'min, tapi seperti yang ana kata sebelum ini, ana masih x bersedia untuk bersama dengan jemaah..." kata mad'u tersebut.

"Al-Jamaah barakah wal firqah tu azab... Tahu x apa maksudnya?" soalku bagi mendapatkan kepastian. "Erm.. ntah la" jawabnya dengan ringkas. "Maksudnya, berjemaah itu berkat dan perpecahan itu azab... Inilah hadis Nabi yang mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kita bersama-sama dalam sebuah jemaah" pintasku kembali.

Dengan muka yang serba-salah, dia hanya mendiamkan dirinya. Namun, pada satu sudut kelihatan dia masih lagi menginginkan sebuah kehidupan dalam berjemaah tapi mungkin dia perlukan ruang yang sesuai bagi dirinya.

"Kita bukan penghukum tetapi pendakwah" kata-kata Mustafa Masyhur...

Akhirnya, ana membuat tawaran kepada mad'u tersebut untuk sertai usrah. Walaupun, agak berat untuk memberi jawapan tetapi dia bersetuju untuk hadir jika dijemput bersama. Alhamdulillah, lega rasanya namun ini merupakan langkah yang pertama.

Mengenang kembali, kata2 Us Zul... Rasa-rasanya banyak keberkatan yang berlaku, memang terasa berat kerana ada sahaja perkara yang perlu difikirkan apatah lagi menjadi satu kerisauan... Namun, semuanya ini menjadi sebuah pengalaman yang bermakna buat diri ini... Renung2 kembali, apalah kesusahan yang ditimpa berbanding pengorbanan para As-Sabiqun Al-Awwalun yang tetap istiqamah bersama Nabi Muhammad S.A.W. yang sentiasa dirindui... Harap2, dapat bertemu Baginda di dalam mimpi yang indah... Amin...

Fiqh Awlawiyyat (Tingkatan Keutamaan) Dalam Islam


Fiqh Awlawiyyat (Tingkatan Keutamaan) Dalam Islam
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabatnya dan pengikut dan pendokong kebenaran Islam hingga ke hari qiamat.
Penulisan ringkas ini menjadikan persoalan berikut :-
1)      Kewujudan tingkatan keutamaan dalam amalan menurut Islam. 
2)      Persoalan pertembungan kepentingan kebaikan (maslahat) dalam sesuatu masa & kaedah penyelesaian.
3)      Persoalan pertembungan maslahat dan mafsadah dan kaedah penyelesaian Islam.
4)      Beberapa prinsip Islam dalam hal awlawiyyat (priority).
KEWUJUDAN TINGKATAN KEUTAMAAN DALAM AMALAN MENURUT ISLAM
Antara dalil-dalil yang menjelaskan konsep ini adalah seperti berikut :
1)       Al-Quran
a.         Firman Allah SWT :  
"أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله لا يستوون عند الله" 
Ertinya : “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah..” ( Ayat At-Taubah : 19)
b.        Al-Hujurat : 13
13. "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."
c.         Az-Zumar : 9
9. "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna."
d.        An-Nisa : 95-96
95. "tidaklah sama keadaan orang-orang Yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang Yang beriman - selain daripada orang-orang Yang ada keuzuran - Dengan orang-orang Yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) Dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat. dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan Dengan balasan Yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) Dengan pahala Yang amat besar;"
e.         Faatir : 32 
32. "kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata)."
2)       As-Sunnah
a.         Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Iman itu mempunyai 70 lebih cabang, yang terunggul adalah kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” , dan tahap yang paling rendah adalah membuang gangguan dari jalan raya.” ( Al-Bukhari, Muslim , at-Tirmidzi )
b.        Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit”
c.         Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Solat berjemaah adalah lebih utama dari solat bersendirian 27 kali ganda keutamaan” ( Bukhari dan Muslim )
d.        Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Sesungguhnya kedudukan seseorang dari kamu yang berjuang pada jalan Allah adalah lebih utama dari solat (sunat) seseorang  kamu di rumahnya selama 70 tahun”(At-Tirmidzi, hadith hasan menurut Tirmidzi dan Shohih menurut al-Hakim & dipersetujui oleh az-Zahabi)

September 24, 2010

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la.

Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.

Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.

Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid.

Firman Allah SWT: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).

Al-Maraghi berkata: Sucikanlah nama Tuhanmu dari sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya, sama ada tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dan hukum-hukumnya.

Oleh sebab itu, janganlah kamu menyebutnya kalau tidak untuk mengagungkan-Nya, dan jangan kamu menggunakan nama-Nya kepada selain-Nya, dan jangan menganggap sifat-sifat-Nya sama dengan sifat-sifat yang selain-Nya.

Firman Allah SWT: Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.

Ibn Kathir berkata: Allah SWT ciptakan makhluk dan menyamakannya dengan sebaik-baik kejadian dari segi bentuknya.

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaan-Nya).

Mujahid berkata: Allah memberi petunjuk kepada manusia sama ada untuk kecelakaan atau kebahagiaan yang dipilih oleh manusia begitu juga menunjuk haiwan ternakan untuk padang ragutnya.

Ayat ini sama seperti firman Allah SWT yang mengkhabarkan berkenaan perihal manusia yang berkata kepada Firaun.

Firman Allah SWT: Dan yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak.

Al-Maraghi berkata: Dialah yang menumbuhkan segala macam tumbuh-tumbuhan untuk menjadi makanan haiwan.

Tidak ada tumbuh-tumbuhan yang tidak layak untuk dimakan oleh haiwan dan makhluk hidup yang lainnya.

Firman Allah SWT: Kemudian ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

Syed Qutub berkata: Tumbuh-tumbuhan itu mulanya tumbuh menghijau. Kemudian beransur-ansur layu kering hitam kekuning-kuningan. Semasa hijau ia boleh dimakan dan semasa kering hitam kekuningan juga boleh dimakan.

Dalam semua keadaan, tumbuh-tumbuhan itu berguna belaka kepada kehidupan mengikut perencanaan Allah yang telah menjadikan makhluk-Nya dengan ciptaan yang sempurna dengan menentukan tugas dan matlamat masing-masing serta memberi bimbingan kepadanya.

Penutup

Al-Maraghi berkata: Kita diperintahkan agar mengenal Allah SWT Yang Maha Agung, bahawa Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mana dengan sifat-sifat-Nya itu kita dapat menyaksikan bukti-bukti ciptaan-Nya.

Juga kita diperintahkan untuk memberikan nama-nama yang tidak layak, sebagaimana dilakukan oleh golongan yang ingkar, yang bertuhankan selain Allah SWT sebagai sekutunya atau menyifatkan Allah SWT dengan sifat-sifat yang serupa dengan makhluk-Nya.

Kita juga diperintahkan untuk menyucikan sifat Allah SWT bukan zat-Nya, adalah untuk membimbing kita bahawa tingkat kemampuan kita yang paling tinggi hanyalah mengenal sifat-sifat-Nya, yang dapat menunjukkan adanya Zat-Nya, Zat-Nya sendiri jauh lebih tinggi daripada yang dapat dijangkau oleh akal kita.

Justeru, cukuplah kita memerhatikan sifat-sifatnya yang dapat menunjukkan kewujudan Zat-Nya.

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mempelajari ilmu Allah sehingga akhirnya menatijahkan ma'rifah kepada-Nya. Amin.

Bani Ubairiq suku munafik di Mekah

PADA suatu hari, Rifa'ah bin Zaid telah membeli beberapa guni terigu. Beliau menyimpan makanan itu di dalam gudang tempat menyimpan alatan perangnya.

Pada malam itu, gudang tersebut telah dicerobohi dan kesemua isinya dicuri. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Rifa'ah datang menemui anak saudaranya Qatadah.

"Wahai Qatadah, malam tadi gudang kita telah dimasuki pencuri. Semua makanan dan senjata di dalamnya telah hilang," adu Rifa'ah.

Qatadah pun mengajak Rifa'ah menyiasat di sekeliling kampung. Mereka bertanyakan orang kampung kalau mereka terlihat sesiapa yang dicurigai.

"Semalam, aku melihat Bani Ubairiq menyalakan api untuk memasak terigu," kata seseorang.

Pada waktu itu, terigu adalah makanan orang kaya. Orang miskin seperti Bani Ubairiq hanya makan buah kurma dan kekacang yang didatangkan dari Madinah.

Qatadah dan Rifa'ah pun pergi ke rumah Bani Ubairiq.

Kata Bani Ubairiq: "Kami telah bertanya di sekitar kampung ini. Lahib bin Sahl yang mencerobohi gudangmu. Demi Allah, aku yakin."

Lahib ialah seorang muslim yang terkenal kerana kejujurannya. Apabila mendengar tuduhan Bani Ubairiq itu, Lahib segera menarik pedangnya dan berkata: "Engkau menuduh aku mencuri? Demi Allah, buktikan aku mencuri, kalau tidak aku bunuh kamu semua."

"Bukan! Bukan kami yang menuduhmu!" nafi Bani Ubairiq.

Qatadah dan Rifa'ah terus menyiasat. Akhirnya mereka yakin Bani Ubairiq yang mencuri barang mereka. Qatadah pun pergilah menemui Rasulullah untuk meminta penjelasan mengenai perkara itu.

Qatadah pun menceritakan tentang barang-barang bapa saudaranya yang dicuri. Katanya, Rifa'ah hanya mahukan senjatanya sahaja. Makanan itu dihalalkan. Rasulullah berjanji akan menyiasat perkara itu.

Dalam masa yang sama, Bani Ubairiq telah menjaja cerita kononnya Qatadah menuduh Lahib mencuri. Orang kampung pun menemui Rasulullah untuk membuat aduan.

Ia bertujuan menutup tuduhan mencuri daripada kaumnya sendiri.

"Wahai Rasulullah! Qatadah dan bapa saudaranya telah menuduh seorang yang jujur mencuri tanpa bukti yang kukuh," kata mereka.

Rasulullah yang mendengar kata-kata Bani Ubairiq hampir-hampir menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah. Sebaliknya baginda membela Bani Ubairiq.

Oleh sebab itu, apabila Qatadah datang menemui Rasulullah, baginda telah menegurnya. Baginda berkata: "Adakah kau menuduh seorang muslim yang jujur tanpa mengemukakan bukti?"

Qatadah pun pulang dan menceritakan kepada Rifa'ah. Apabila mendengar cerita Qatadah mengenai teguran Rasulullah itu, Rifa'ah pun berkata: "Hanya Allah tempat kita berlindung."

Lalu Allah menurunkan ayat 105 dari surah an-Nisa' sebagai penjelasan bahawa pencuri yang sebenar ialah Bani Ubairiq dan Rasulullah sendiri yang membawa senjata yang dicuri untuk dikembalikan kepada Rifa'ah.



Mahasiswa Dalam Coretan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh berhubung kes "bini puaka" hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada prima facie dalam kes tersebut dan mengarahkan kesemua mereka yang dituduh dibebaskan.

Mereka adalah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak ia bermula Julai tahun lalu.

Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan “Himpunan Bebaskan Mahasiswa” di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyambut keputusan itu dengan penuh syukur terhadap pembebasan rakan mereka.

"SMM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak mahkamah dan peguam-peguam kerana melaksanakan perbicaraan kes ini dengan adil dan saksama.

"Kes ini menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kelima-lima mangsa puaka ini ini dituduh dan dikhianati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mematikan gerakan mahasiswa," kata Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman.

Sumber
link

Gradualism in Applying the Shari`ah

Gradualism in Applying the Shari`ah

By Dr. Yusuf Al-Qaradawi

President, the International Union for Muslim Scholars — Qatar


Gradualism in applying the Shari`ah is a wise requirement to follow. In doing so, we will be following Allah’s laws with regard to physical nature and teachings of Islam. Gradualism was observed in enjoining the obligations of Islam such as Prayer, fasting, etc., and in forbidding the prohibited as well.

The most telling example in that regard is prohibiting alcohol; the stages taken in that respect are well known by anyone studying the Shari`ah. Islam also took into account the effectiveness of gradualism when it did not suddenly abolish slavery, which was prevalent in the whole world on the advent of Islam.

Abolishing slavery then would have led to economic and social uprising, so it was wise then to deal with such a problem in an indirect way (by, for instance, regarding setting a slave free as a good deed and making it an expiation for some sins). This implied a gradual abolishing of slavery.

Being a divine law, gradualism is to be followed on the political level nowadays. That is to say, gradualism is to be observed when it comes to applying the rulings of the Shari`ah in today’s life when Muslims have been socially, legislatively, and culturally invaded.

If we want to establish a real Muslim society, we should not imagine that such an end can be achieved by a mere decision issued to that effect by a king or a president or a council of leaders or a parliament.

Gradualism is the means through which such an end can be fulfilled. Gradualism here refers to preparing people ideologically, psychologically, morally, and socially to accept and adopt the application of the Shari`ah in all aspects of life, and to finding lawful alternatives for the forbidden principles upon which many associations have been founded for so long.

Gradualism in that sense does not mean we are to procrastinate and put off applying the Shari`ah. Gradualism is not to be taken as a pretext for discouraging people and foiling their pressing demands to establish Allah’s laws.

It, rather, should spur us to spotlight our aims, set our plans, and decide, sincerely and wisely, on the gradual stages to be taken in that respect. In that way, step by step, and through wise planning, organizing, and determination, we can reach the last and long-awaited stage of applying all the teachings of Islam heart and soul.

This was the same approach that the Prophet (peace and blessings be upon him) adopted so that he (peace and blessings be upon him) could change the pre-Islamic life of degeneration and ignorance into the enlightened life of Islam.

There is an example of this approach that is related concerning `Umar ibn `Abdul-`Aziz, whom the Muslim scholars regard as the fifth rightly-guided caliph and a true follower of his great-grandfather, `Umar ibn Al-Khattab.

`Umar ibn `Abdul-`Aziz’s son, `Abdul-Malik, who was a firm, pious young man, said to his father one day, “O father! Why you do not implement the rulings firmly and immediately? By Allah, I would not care if all the world would furiously oppose us so long as we seek to establish the right [that Allah Almighty has enjoined].” These words show how zealous that young man was to destroy all signs of corruption and deterioration immediately and without delay, whatever the consequences.

But the wise father said to his son, “Do not deal with matters hastily, son. Allah Almighty [Himself] despised drinking alcohol twice in the Qur’an and did not declare it forbidden but in the third time. I am afraid that if I enjoined the right on people at one stroke, they would give it up all at once, which might lead to sedition.”

That attitude of `Umar ibn `Abdul-`Aziz shows that he saw it wise to tackle matters gradually. He was guided in that respect by Allah’s dealing with prohibiting alcohol. `Umar wanted to lead people step by step towards establishing the right and this, in fact, is the wise juristic approach to handle matters.


Yusuf Al-Qaradawi is the Head of the European Council for Fatwa and Research (ECFR) and the President of The International Union for Muslim Scholars (IUMS). He has been active in the field of da`wah and the Islamic movement for more than half a century.

www.islamonline.net