Posts

Showing posts from May, 2011

Pakej wanita Idaman Atau Pakej Idaman Wanita?

Pakej wanita Idaman Atau Pakej Idaman Wanita? Selasa, 19 April 2011 19:20 Nur Amalina pakej gadis idaman Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my Foto WAHIDAH ZAINAL ______________________________ __________ Gadis ini tidak pernah melepaskan apa saja peluang untuk mencuba dan mengambil cabaran baru. Berasal dari Selangor, Nur Amalina Azain, merupakan gadis ayu yang penuh keyakinan. Siapa sangka pada usia 18 tahun, dia yang mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi kepercayaan oleh keluarganya untuk menguruskan sebuah spa. Memenangi pencarian Carefree® Girl baru-baru ini, Nur Amalina diberi peluang menjadi pelakon. " Saya berasa gembira memenangi pencarian Carefree® Girl. Memang impian saya untuk menjadi personaliti televisyen dan pelakon. Pertandingan ini memberi peluang untuk saya realisasikannya. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan siri drama televisyen baru ini bersama-sama Scha, Marsha, dan

Al-Mawleed beri sinar

Image
PENGHIJRAHAN bekas ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff kepada seorang pendakwah bebas menerusi penghasilan lagu-lagu berbentuk kerohanian diterima positif segenap pihak. Malah, perubahan lelaki berusia 34 tahun itu turut memberi impak kepada rakan-rakan artis lain yang kini selesa duduk bersama Amer mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri dengan Allah. Bermula dengan mengikuti kelas agama dan menyertai beberapa majlis berbentuk keagamaan telah membuka satu dimensi baharu buat tujuh anak seni yang kini menjadi ahli kumpulan Al-Mawleed. Apa yang menarik, Al-Mawleed dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo. Penglibatan Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) dan Amer sendiri menjadikan Al-Mawleed satu gabungan uni