February 27, 2010

FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH




FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH

SATU PENGENALAN

1.0        Muqaddimah
Perkara siasah syar'iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.
Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah
Secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره .

2.0 Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah.
            Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) . Firman Allah Taala :
" لا يكادون يفقهون حديثا  - اى لا يفقهون " . Manakala السياسه  berasal dari perkataan 1ساس يسوس  سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah. Di dalam hadis : 2"كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم   "
            Perkataan siasah menurut pandangan ulama' silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus. Maknanya yang umum adalah mentadbir urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama. Justeru mereka menakrifkan khilafah :

نيابه عن رسولالله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).
            Adapun makna-makna yang khusus adalah pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.3
            Mafhum siasah syar'iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak4. Berkata ulama’ Syafie :5 لا سياسة الا ما وقف الشرع

3.0        As-siasah As-syar'iyyah : antara usul dan furu'
Sebahagian dari hukum siasah syar'iyyah berpindah daripada kitab-kitab furu' ke kitab- kitab usul iaitu Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu' imamah atau khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah adalah daripada usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan ulama' Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu' kerana ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.
            Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat umpamanya perkara furu' bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara furu' tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk dalam soal keimanan.6

4.0        Manhaj Fiqh As-siasi Semasa
Manhaj itu perlu diasakan kepada dua perkara :

4.0.1     Kembali kepada usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan mengambil faedah daripada turath fiqhul Islami.
4.0.2     Selari dan tidak terpisah dari tuntutan semasa, berusaha unuk mengubati masalah dari sudut pandangan syara' kerana syara' tidak pernah mengabaikan waqi'.

Faqih yang sebenarnya menurut Ibnu Qayyim adalah orang yang menggabungkan antara kewajipan dan waqi'.7

5.0        Sunnah Nabawi Dan Petunjuk Khilafah Ar- Rasyidin.8
Di antara Sunnah Rasulullah saw dalam siasah syari'yyah adalah :
  1. Baginda berazam untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat jemaah dan Jumaat
  2. Memecahkan bekas yang digunakan untuk memasak daging haram.
  3. Memerintahkan perempuan yang melaknat untanya supaya melepaskannya.
  4. Memerintahkan supaya dibunuh peminum arak setelah tiga atau empat kali dihukum

Di antara petunjuk khalifah Ar-Rasyidin :
  1. Saidina Abu Bakar membakar golongan yang melakukan perbuatan liwat.
  2. Abdullah Az-Zubair juga membakar golongan tersebut.
  3. Sabigh bin Asal memukul kepalanya kerana menyoal sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
  4. Menyuruh ummat Islam supaya melakukan haji ifrad.


6.0 Asas Siasah Syari'yyah9
            Siasah syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum syariat dalam mentadbir urusan ummat dalam lingkunagn syariat Islam. Di antaranya adalah apa yag disebut الثوابت   iaitu yang tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Di antaranya juga ialah المتغيرات , iaitu sesuatu yang menerima perubahan.

            Fiqh As-siasah As-syari'yyah mempunyai asas atau unsur yang membentuknya :
Di antaranya ialah :10
6.0.1     Asas pertama : فقه النصوص
6.0.2     Asas kedua    : فقه الواقع    
6.0.3   Asas ketiga    : فقه الموازنات  
6.0.4   Asas keempat : فقه الاولويات  
6.0.5     Asas kelima  :  فقه التغيير

7.0 Penutup
            Demikianlah yang dapat saya kemukakan sebagai bahan perbincangan untuk warasatul anbiya' dalam waktu yang cukup terbatas. Ia merupakan ringkasan daripada kitab As-Siasah As-Syari'yyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya mengharapkan teguran daripada ulama' sekalian sekiranya di sana terdapat kesalahan dan kesilapan. Wallahua'lam bissawab.

Disediakan oleh,
IBNU ABD. RAHMAN
Syawwal 1419.

Footnote
1.            لسان العرب لابن المنظور  ج 6 ص 429
2.            Riwayat Bkhari , Bab Al-Anbiya' dan Muslim bab al-imarah
3.            السياسة الشرعية فى ضوء تصوم الشريعة ومقاصدها للقرضاوى  ص 32
4.            Lihat السياسة الشرعية لابن تيمية , احكام سلطانية لابن يعلى, احكام سلطانية للمارودى, 
5.            الطرق الحكمية لابن القيم
6.            السياسة الشرعية فى ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها للقرضاوى  ص 18 و ص 19
7.            Al-Qaradhawi . op.cit m/s 25-26
8.            Ibnu Qayyim op.cit m/s 13-19
9.            Al-Qaradhawi . op.cit m/s 225-227
10.         Di sini hanya disebut lima jenis fiqh sahaja. Dalam kitab al-Qadhawi yang lain
Dikemukakan juga فقه السنن و فقه الاختلاف









February 23, 2010

SEPULUH RISALAH PEMUDA ISLAM


PENDAHULUAN

                    Tidak dapat disangkal lagi bahwa eksistensi pemuda Islam dalam kehidupan amat penting, karena merekalah yang memiliki potensi untuk mewarnai perjalanan sejarah umat manusia pada umumnya. Semua ideologi yang berorientasi pada strategi revolusi, menganggap pemuda sebagai tenaga paling revolusioner karena secara psikologis manusia mencapai puncak hamasah (gelora semangat) dan quwwatul jasad (kekuatan fisik) pada usia muda. Hal tersebut menumbuhkan semangat pergerakan, perubahan, bukan stagnasi ataupun status quo. Dalam setiap kurun waktu, kelmarin, kini dan esok, pemuda sentiasa berdiri di garis hadapan. Baik sebagai pembela kebenaran yang gigih ataupun sebagai pembela kebatilan yang canggih. Di dalam Al Qur’an, peran pemuda diungkapkan dalam kisah Ashabul Kahfi (18:9-22), kisah pemuda Ibrahim (21:60,69 dan 2:258) dan pemuda dibunuh oleh Ashabul Uhdud (lihat tafsir Ibnu Katsir Q.S. Al Buruuj) dan para Assabiqunal Awwalun pada umumnya berusia muda. Pentingnya memanfaatkan masa muda digambarkan dalam hadis Rasulullah SAW, sebagai berikut: “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima: masa mudamu sebelum datang masa tuamu; masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu.” (H.R. Al Baihaqi)




SEPULUH RISALAH PEMUDA

1. Memahami Islam
Mustahil pemuda dapat memuliakan Islam kalau mereka sendiri tidak memahami Islam (35:28, 58:11)
“Siapa yang dikehendaki Allah akan mendapat kebaikan, maka dipandaikanlah dalam agama.” (H.R. Bukhari-Muslim)
“Dunia ini terkutuk dan segala isinya terkutuk kecuali zikrullah dan yang serupa itu dan orang alim dan penuntut ilmu.” (H.R. At Tirmizi)

2. Mengimani segenap ajaran Islam
Iman kepada Allah dan Rasul-Nya pada hakikatnya merupakan sebuah sikap mental patuh dan tunduk (23:51). Tunduk patuh berlandaskan cinta kepada-Nya (2:165) dan ittiba’ (mengikuti) rasul-Nya (3:31, 53:3-4).

3. Mengamalkan dan mendakwahkan Islam
Ciri orang yang tidak mengalami kerugian (khusrin) dalam hidup adalah sentiasa mengamalkan dan mendakwahkan Islam (103:1-3, 41:33, 3:110, 9:71, 5:78-79).
“Barang siapa menyeru kepada kebaikan maka ia akan memperoleh pahala sepadan dengan orang yang mengerjakannya.” (H.R. Muslim)

4. Berjihad dijalan Islam
Jihad adalah salah satu hal yang diwajibkan Allah kepada kaum muslimin. Said Hawa membahagikan jihad kepada lima jenis :
a. Jihad Lisani, menyampaikan dakwah Islam kepada orang-orang kafir, munafik dan fasiq yang disertai dengan hujjah (argumentasi) yang dicontohkan oleh Nabi SAW. (5:62)
b. Jihad Maali atau jihad dengan harta (49:15, 9:111). Jihad dengan harta merupakan bahagian penting bagi jihad yang lainnya, kerana dakwah memerlukan sarana dan prasarana.
c. Jihad Bilyad wan nafs atau jihad dengan tangan/kekuatan dan jiwa (22:39, 2:190, 8:39, 9:36). Termasuk dalam jihad ini adalah menentang orang kafir, berusaha mengusir mereka dari bumi Islam, memerangi kaum murtad dalam negeri Islam, melawan pemberontakan atau pembangkangan atas negara Islam.
d. Jihad Siyaasi atau jihad politik.
e. Jihad Tarbawi/ta’limi, yakni bersungguh-sungguh mengajarkan, menyampaikan ilmu dan mendidik orang-orang yang ingin memahami Islam (3:79)

5. Sabar dan istiqomah di atas jalan Islam (21:83-85, 38:41-44, 37:100-107, 21:68-69, 71:5-9)
Keimanan harus dilanjutkan dengan kesabaran dan istiqamah. “Keyakinan dalam iman haruslah secara bulat dan kesabaran itu setengah dari iman.” (H.R. Abu Nu’aim)

6. Mempersaudarakan manusia dalam ikatan Islam
Pemuda seharusnya berperanan dalam menjalin ukhuwah islamiyah sesama muslim (8:63, 59:9). “Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan, antara satu dengan yang lainnya saling mengukuhkan,” (Al-hadis)

7. Menggerakkan dan mengarahkan potensi umat Islam
Potensi umat Islam perlu diarahkan ke dalam amal jama’i secara efektif dan efisien (3:146)

8. Optimis terhadap masa depan Islam
Pemuda Islam tak boleh memiliki jiwa pesimistik. Sebaliknya, harus optimis akan hasil perjuangan dan pertolongan serta balasan dari Allah SWT. Hanya orang kafirlah yang memiliki sifat pesimis (12:87, 15:56).

9. Introspeksi diri (muhasabah) terhadap segala aktiviti yang telah dilakukan
Introspeksi dan evaluasi dimaksudkan agar pemuda tidak mengulang kesalahan yang sama di hari mendatang, tidak terjebak dengan permasalahan yang sama dan mampu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik (13:11).
“Seorang yang sempurna akalnya ialah yang mengoreksi dirinya dan bersiap dengan amal sebagai bekal untuk mati.” (H.R. At Tirmizi)

10. Ikhlas dalam segenap pengabdian di jalan Islam
Memurnikan niat karena Allah dalam ibadah, dan jihad merupakan masalah fundamental agar amal itu diterima sekaligus sukses.
“Sesungguhnya Allah menolong umat ini hanya karena orang-orang yang lemah di antara mereka yaitu dengan dakwah, shalat dan ikhlas mereka,” (H.R. An Nasai dari Sa’ad bin Abi Waqash)

February 11, 2010

Sambungan...

Tidak Ada Tempatnya Takut Melainkan Allah

" Akan datang zaman itu. seorang perempuan berjalan kaki sendirian dari Hirak (dekat Iraq) menuju Makkah. tldak ada tempatnya takut melainkan Allah" (Hadis)

Kemudian pada ayat 57 diubatlah keraguan hati orang yang beriman. jika dia terpesona oleh kekuasaan, kemegahan dan keangkuhan orang yang kafir di atas bumi ini. Betapa pun gagah perkasanya orang yang kafir itu. namun mereka tidaklah dapat menguasai seluruh persoalan karena kekafiran itu tidaklah akan terluput daripada azab siksa di atas bumi ini juga .

Tangannya yang mencencang, maka bahunya jua yang akan memikul. Hukum itu berlaku buat semua orang, kerana kebenaran itu terang dan lurus jalannya, sedang kebatilan itu gelap dan bengkok-bengkok. Akal yang sihat dan fikiran yang benar dapatlah merasai adanya hukum Keadilan, yaitu yang bungkuk dimakan sarung , yang curang masuk jurang.

Makna kafir ialah menampik dan menolak, tidak mau menerima kebenaran, ingkar akan ajakan menuju jalan yang lurus.

Oleh sebab itu janganlah ayat ini dipandangkan semata-mata kepada orang "Kafir Kitabi". Sebab ada juga ummat Islam sendiri, menerima pusaka agama dan ayah-bundanya, tetapi hukum agama yang dituntunkan oleh Rasul itu diadakannya "saringan". Maka yang sesuai dengan hawa nafsunya diikutnya dan mana yang tidak atau yang berat ditinggalkannya.

Untuk memahami ayat ini perhatikanlah sejarah ummat beragama sejak Wahyu diturunkan Tuhan.

Seluruh Anbiya' dan Mursalin membawa satu pokok perintah, yaitu mernpercayai satu Tuhan dan mencintai sesama manusia. Datang ummat Yahudi dengan bangga mengatakan bahawa merekalah "Bangsa yang dipilih Allah" dan istimewa di atas dunia ini. Lalu mengumpul harta sebanyak-banyaknya, hingga tak tahu halal dan haram. Bunyi Kitab Taurat dipegang teguhnya, isi dan intisarinya tidak diperdulikannya. Maka datang Nabi Isa menyedarkan mereka kembali , supaya kembali ke pokok ajaran yang asli tadi. Beliau katakan bahawa mengumpulkan harta tidaklah akan masuk ke dalam syurga , sebelum orang dapat memasukkan unta ke dalam liang jarum

Kemudian Nabi Isa pun wafat. Maka datang pula ummat di belakangnya yang kerana sangat cintanya kepada Nabi Isa, dikatakannya bahwa Nabi Isa itu anak Tuhan , dan Tuhan itu adalah tiga, tetapi ialah satu. Dan pendeta-pendeta mempergunakan pengaruhnya yang besar, sehingga dia merasa berkuasa buat mengusir kucil orang dari dalam agama atau mengampuni dosa orang.

Maka datanglah Nabi Muhammad memberi peringatan supaya orang benar-benar mempergunakan akal. Tuhan Tiga-Satu, Satu-Tiga, adalah kepercayaan yang tidak masuk akal. Dan lsa Al-masih sendiri pun tidak disuruh mengajarkan demikian. Dan pendeta-pendeta itu bukanlah Tuhan.

Sekarang dalam kalangan ummat Muhammad sendiri pun tidak kurang terdapat penyakit yang terdapat pada ummat yang terdahulu itu. Ada yang berkata bahawa ummat yang paling tinggi di dunia ini hanyalah ummat lslam, meskipun mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak pernah menuruti langkah Rasul. Dan ada pula kaum Sufi yang mengatakan bahwa Nabi Muhammad itu adalah penjelma Tuhan ( Ibraza Haqiqatihil Muhammadiyah), malahan marah kalau ditegur kepercayaannya yang sesat itu. Bahkan ada pula ulama-ulama Islam yang berkata kepada muridnya, asal suka membayar azimat (jimat) yang diberikannya, niscaya akan terlepas daripada azab api neraka.

"Akan kamu ikuti jejak ummat yang terdahulu daripada kamu, jejak terompah di atas jejak terompah " .
Oleh sebab itu sebagai kesimpulan daripada ketiga ayat ini, ayat,55, 56, 57, adalah sebagai berikut:
Cita-cita menjadi Khalifah Allah di atas bumi ini, artinya memegang tampuk pemerintahan di atasnya, pasti berhasil, asal kamu masih tetap beriman dan beramal shalih. Yang cita-cita itu pasti tercapai, yaitu agamamu tegak tidak ada gangguan dan keamanan timbul, segala kekacauan hilang. Sebab semua¬nya itu didapat dengan teguh percaya kepada Tuhan. Tetapi siapa yang menyeleweng, terhitunglah dia orang yang fasik lagi mendurhaka.

Untuk memelihara hasil yang telah didapat dan untuk mengejar cita yang belum dicapai hendaklah diperteguhkan peribadi dengan sembahyang dan meyuburkan masyarakat dengan zakat dan tegakkan disiplin dengan taat kepada Rasul.

Orang yang membantah atau menampik atau menolak kebenaran llahi, walaupun siapa, walaupun dia mengakui dirinya orang Islam, tidaklah akan luput daripada akibat kedurhakaan itu di bumi ini. Tempatnya ialah neraka. Neraka dunia karena kegelisahan hidup, sehingga mungkin menyebabkan gila, atau cemas, takut, cemburu kepada orang , benci dan dendam. Dan neraka akhirat yang lebih dahsyat lagi. Maka akhir kesudahan daripada orang yang keluar dan garis kebenaran adalah buruk sekali, atau tragis sekali.



Kepimpinan Dalam Islam

Assalamualaikum WRBTH,

Sudah sekian lama, terlupa sebentar untuk meneruskan untaian kata-kata yang memberikan peringatan sesama manusia. Bagi diri yang kerdil ini, sudah tentu banyak salah dan silapnya, namun sedikit sebanyak cuba memperbaharui dari semasa ke semasa.

Apabila disebut tentang kepimpinan, ramai yang melihat bahawa ia adalah sebuah tanggungjawab, bebanan yang berat, dan erti sebuah pangkat. Namun, jika kita melihat dari konteks agama Islam, kepimpinan merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan. Dengan kata lain, sesiapa sahaja secara fitrahnya telah diberikan amanah mengikut ketentuan takdir Illahi walaupun bukan pada kehendaknya. Secara logiknya, tidak ada seorang pun yang meminta untuk dilahirkan ke dunia, namun sebaik sahaja ia menjejakkan kakinya ke alam dunia ini, ia telah pun memikul sebuah amanah yang cukup besar.

Tetapi seringkali manusia terlupa dan leka kerana tarikan duniawi yang begitu mengghairahkan. Firman Allah S.W.T.
 
Maksudnya:
          " Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan kebaikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah diredhaiNya. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembahKu dengan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."      (An-Nur : 55)


Janji Ilahi Dan Pengharapan
Ayat 55 ini adalah inti tujuan perjuangan hidup. Dan inilah janji dan pengharapan yang telah dikemukakan Tuhan bagi setiap mu'min dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keyakinan di permukaan bumi ini.

Dan pokok pendirian mesti dipegang teguh dan sekali-kali jangan dilepaskan , baik keduanya atau salah satu di antara keduanya. Pertama ialah iman, atau kepercayaan , kedua ialah amal shalih , perbuatan baik, bukti dan bakti.

Kalau iman tidak ada haluan pekerjaan tidaklah tentu arahnya entah berakibat baik ataukah berakibat buruk. Iman sebagai telah berkali-kali diterangkan adalah pelita yang memberi cahaya dalam hati , menyinar cahaya itu keluar dan dapatlah petunjuk , sehingga nyatalah apa yang akan dikerjakan . Oleh sebab itu iman dengan sendirinya menimbulkan amal yang shalih .

Banyak pula amalan yang shalih dikerjakan , tetapi jika tidak timbul daripada iman , bercampur-aduklah di antara yang haq dengaan yang batil. Tetapi kalau keduanya telah berpadu satu , amal shalih timbul dari iman dan iman menimbulkan amal , terdapatlah kekuatan peribadi , baik orang seorang ataupun pada masyarakat mu'min itu , maka kepada orang-orang atau masyarakat seperti inilah Tuhan menjanjikan bahwa mereka akan diberi warisan kekuasaan di permukaan bumi ini.

Kendali bumi ini akan diserahkan ke tangan mereka , sebagaimana dahulu pun warisan yang demikian telah pernah pula diberikan kepada ummat yang terdahulu dari mereka.

Dengan sendinnya, apabila kekuatan iman amal shalih itu telah padu satu dan telah menimbulkan hasil nyata dalam masyarakat, maka agama yang dipeluk pun menjadi kokoh dan teguh, berurat ke bumi, bercabang ke langit, tidak dapat diusik dan diganggu orang lagi. Sebab dialah agama yang diridhai Allah.

Kalau sekiranya selama ini dada rasa berdebar, cemas ditimpa oleh takut, rasa-rasa akan ditimpa oleh bahaya juga, rasa-rasa agama ini akan diancam orang juga, sehingga keamanan dalam hati tak pernah ada, namun apabiia janji warisan itu telah dikabulkan Tuhan, rasa ketakutan itu akan hilang dengan sendirinya dan keamanan tercapai, sebagai ganti dari ketakutan.

Tetapi dasar pokok keamanan itu ,diperingatkan kembali oleh Tuhan yaitu sifat-sifat dan kelakuan yang dipunyai umat beriman dan beramal shalih itu. Yaitu mereka hanya beribadat kepada Allah. Mereka tidak mempersekutukan Tuhan dengan yang lain. Selama hal ini masih dijaga terus dan dipelahara , selama itu pula janji perwarisan itu tidak akan dicabut oleh Tuhan. Tetapi kalau sesudah itu mereka kafir lagi, rnenolak dan ingkar lagi, niscaya mereka pun telah terhitung menjadi orang fasik. Jangan kecewa jika janji itu dicabut oleh Tuhan kembali.

Itulah kandungan isi dari ayat 55 itu.

Sebagaimana telah dimaklumi Surat an-Nur turun di Madinah setelah Nabi dan sahabat-sahabatnya yang setia itu berhijrah dari Makkah, mendenta selama 13 tahun, berperang cita dengan kaum musyrikin, padahal kaum musyrikin itu sebagian besar bertali darah dan keluarga dengan mereka.

Seakan-akan tidak terbuka sedikit juga pintu pengharapan. Malahan Nabi sendiri pun hendak dibunuh orang. Sekarang mereka telah berpindah ke Madinah. Pindah atau hijrah karna keyakinan bukanlah perkara mudah. Hartabenda. rumahtangga, kampung halaman tempat diri dilahirkan, ditinggalkan karena menuruti suara kepercayaan, suara iman.

Dan sesampai di Madinah tidak pula segera apa yang dicita-cita itu berdiri. Ada halangan Baru orang Yahudi, ada ejekan dari kaum Munafikin dan ada pula ancaman dari kaum senegeri yang telah ditinggalkan itu. yaitu kaum Musyrikin Makkah senantiasa hendak membalas dendam. Ditambah lagi dengan faktor yang keempat, yaitu orang Rom yang berkuasa telah hampir 700 tahun di bahagian Palestin. Mereka pun cemas melihat kebangkitan ummat Baru ini.

Kadang-kadang seakan-akan gelaplah alam sekeliling. Seakan-akan tidak ada titik terang dari luar. Maka datanglah ayat ini memberi peringatan kepada kaum Muslimin bahwa titik terang itu bukan di luar tempatnya dan bukan dari duar datangnya. Titik terang itu ada dalam diri kita sendiri.

Masih adakah kita mempunyai kepercayaan? iman?
Masih adakah kesanggupan beramal shalih? Berbuat baik ?

Kalau keduanya ini masih ada, inilah dia kekuatan dan tenaga vital bagi seorang Muslim atau bagi suatu masyarakat Islam Karena kekuatan sejati itu bukanlah pada harta benda. Hartabenda hanya alat buat mencapai tujuan. Dan bukan pada banyak bilangan, karena banyak bilangan tidaklah ada faedahnya kalau kekuatan batin kosong melompong. Golongan yang banyak tidak mem­punyai cita, sebentar saja dapat dikalahkan oleh golongan yang sedikit yang mempunyai cita. Dan bukan pula pada senjata. Kekuatan yang sebenamya ialah pada yang berdiri di belakang senjata. Tetapi yang berdiri di belakang senjata itu pun tidak kuat, kalau jiwa yang memegang senjata itu tidak mem­punyai arah tujuan.

Kehidupan di dunia ini adakah laksana lautan jua, tidak sekali juga terdapat lautan itu yang tenang Airnya beriak terus dan bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan. Tanyailah sendiri, adakah engkau berbekal? Adakah engkau tahan menderita?

Di dalam ayat ini dijanjikan dengan tegas, asalkan iman dan amal shalih, artinya keteguhan jiwa dan daya karya usaha masih sejalin jadi satu dalam jiwa­mu, namun warisan itu pasti engkau terima. Engkau bukan seorang ummat Muhammad kalau engkau berputus asa, dan engkau bukan ummat Muhammad kalau hidupmu tidak mempunyai pengharapan.

Ayat 55 Surat an-Nur inilah pegangan Nabi Muhammad saw. bersama sekalian pengikutnya dari Muhajirin dan Anshar, selama 10 tahun di Madinah. Ayat inilah bekal Abu Bakar menundukkan kaum murtad, pegangan Umar bin Khathab meruntuhkan dua kerajaan besar, yaitu Persia dan Rum

Kekuasaan pasti diserahkan ke tangan kita dan agama kita pasti tegak dengan teguhnya dan keamanan pasti tercapai. Asal iman dan amal shalih juga dilepaskan dari pendirian.
Hidup itu adalah perjuangan, sekali ombak naik, sekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang pula kita terpukul .
"Tiba giliran menjadi palu, hendaklah pukul habis-habisan.
Tiba giliran jadi landasan,
Tahan pukulan biar bertalu ..... "
Maka daya tahan kita ialah : pada iman dan amal shalih.
Sekali Muhammad al-Fatih, pahlawan Turki teiah menyeberangi Tandul Emas dan merebut Konstantinopel dan meruntuhkan sisa terakhir dari.Kerajaan Byzantium di tahun 1453: seluruh dunia Islam bersorak mengucap syukur Tetapi sekali pula kaum Muslimin diusir besar-besaran dan mesjid-mesjid dijadikan gereja. menaranya diambil penggantungkan lonceng oleh Raja Spanyol suami-isteri di tahun 1492.

Di tahun 1258 masuklah tentara Mongol dan Tartar ke negeri Baghdad, sesudah menghancur-leburkan, membunuhi dan membakar negeri-negeri Islam di Asia Tengah. Mereka hancur-leburkan Baghdad, mereka bakar istana, mereka lemparkan beribu-ribu jilid kitab-kitab pengetahuan Islam ke sungai Dajlah, sehingga berubah air sungai itu jadi hitam karena tinta yang luntur, dan mereka bunuh Khalifah.

Musuh Islam menyangka bahwa habislah Islam dengan runtuhnya Baghdad dan terbunuhnya Khalifah. Tetapi dalam masa setengah abad saja sesudah kejadian itu, cucu dari tentara Mongol penakluk itu sendirilah yang masuk ke dalam Islam, dan cucu cucunya pula yang mendinkan kerajaan Islam Mongol di India

Sejak tahun 1511 bangsa-bangsa Barat Kristian telah menjajah negeri-­negeri Islam. Bangsa Kristian Belanda telah menguasai Indonesia selama 350 tahun. Orang menyangka habislah sudah Islam di Indonesia Rupanya karena pengaruh ayat 55 Surat an-Nur ini, tenaga Islam bangkit kembali dan penjajahan hapus sirna.

Negeri-negeri Kristian membantu berdirinya Negara Israel di pusat ke­budayaan dan peradaban Arab, yaitu Palestin. Lebih satu juta orang Arab penduduk asli Palestina terusir dari kampung halamannya Tetapi kejadian ini pulalah yang menjadi perangsang buat kebangkitan baru pada tanah-tanah Arab yang mengelilingi Palestin agar bersatu padu.

Di samping terusirnya satu juta ummat Islam dari Palestina dan hidup me­numpang-numpang di negeri tetangganya. 75 juta ummat Islam di Indonesia mencapai kemerdekaan dan 75 juta ummat Islam pula di Pakistan dapat mendirikan negara.

Di dalam memperjuangkan iman dan amal shalih tidaklah selalu kita bertemu jalan yang datar disirami minyak wangi , kiri kanan dipasangi gaba­gaba daun kelapa Kadang-kadang kita terbentur, sebagaimana Nabi dan para sahabatnya pun pernah terbentur. Kalau kita gagal sekali atau dua kali, ataupun kalau kita kalah. bukanlah berarti bahwa yang kita tuju dan kita cita-cita tidak benar, mungkin cara kita mencapai tujuan yang tidak kena jalannya.

Perjuangan menegakkan cita Islam, mencapai tujuan menjadi penerima waris di atas bumi, bukanlah kepunyaan satu generasi, dan jumlahnya bukan­lah sekarang, melainkan menghendaki tenaga sambung bersambung.

Ayat inilah surnber inspirasi buat bangkit.
Maka untuk menguatkan peribadi menghadapi segala kesulitan dan pen­deritaan mencapai tujuan itu, hendaklah selalu jiwa dikuatkan, sehingga tahan kena badai dan iman serta amal shalih itu tidak luntur. Cara memperkuat jiwa itu dijelaskan pada ayat 56:

"Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat dan taatlah, turutilah Rasul Utusan Allah itu. Moga-moga dengan jalan demikian kamu akan di­limpahi rahmat."


Dengan sembahyang, irnan tadi diperkuat dengan sembahyang , perasaan yang halus dan cinta yang kudus, kepada Ilahi dijadikan imbangan bagi akal yang selalu menerawang Sembahyang memperkuat peribadi, sembahyang menjadi waktu istirahat untuk mencari kekuatan yang baru. Dengan sembah­yang, petunjuk pun datang. Sehingga yang gelap terang kembali,-karena pelita telah ada dalam hati.

Apatah lagi dengan sembahyang berjamaah, maka masyarakat selalu rapat. Sebab di ayat yang lain (Surah asy-Syura, ayat 38) dijelaskan benar bagaimana hubungan sembahyang itu dengan kemasyarakatan, dengan musyawarah mengurus urusan urusan bersama.
"Dan orang-orung yang memperkenankan panggilan Tuhannya, bagi mendirikan sembahyang, dan segala urusan mereka, mereka musyawaratkan di antara mereka, dan rezeki yang Kami berikan mereka nafkahkan pula."
Sembahyang bukan tempat lari, melainkan untuk mencari kekuatan meng­hadapi tugas, peneguh iman dan memperkuat hubungan (Human Relation). Sesudah mengerjakan sembahyang hendaklah diiringi dengan membayar zakat. Kalau dengan sembahyang memperteguhkan iman, maka zakat adalah untuk memperteguh amal shalih. Zakat bukanlah semata-mata suatu amal suka rela , tetapi suatu kewajiban keagamaan, yang tidak sah keislaman kalau tidak dengan dia, vakni apabila harta yang dizakatkan itu telah cukup nishab (bilangan) dan sampai tahunnya.
Dengan sebab zakat, seorang Muslim menjadi orang masyarakat, bukan semata-mata beramal untuk diri sendiri. Dengan zakat yang kaya membela yang miskin. Dengan zakat penyakit bakhil dapat di­ubah dari diri sendiri. Kebakhilan adalah penghalang besar bagi menegakkan suatu cita cita.
Kemudian itu hendaklah taat kepada pimpinan Rasul. Sebagaimana dalam ketentaraan, hendaklah taat kepada pimpinan tertinggi, hendaklah tunduk kepada satu kornandan, demikianlah juga beramal dalam Islam militan sifatnya. Sembahyang lima waktu sehari semalam dengan berjamaah dan bershaf, adalah bibit pertama dari disiplin. Sembahyang berjamaah mempunyai imam. Seorang Mu'min tidak boleh takbir sebelum takbir imam, tidak boleh sujud se­belurn sujud imam, dan tidak boleh mengangkat kepala dahulu dari imam. Dan kemudian dari itu, sehabis sembahyang hendaklah setiap orang berusaha mencari kehidupan dan yang mampu memberikan pembagian hasil pencariannya itu untuk yang lemah dan melarat.
Sebahagian pula daripada hasil harta benda zakat itu hendaklah digunakan untuk memerdekakan hamba dan sebahagian lagi untuk Sabilillah, baik untuk Sabilillah berperang, atau untuk Sabilillah Da`wah. Dan segala tindak~tanduk hidup hendaklah diselaraskan dengan tuntunan yang diberikan oleh Rasulul­lah, Utusan Allah. Jangan mempunyai atau membuat peratarun sendiri, yang berlainan dengan tuntunan Rasul. Jangan hendak lebih cerdik dari Rasul.

Teknik bisa berubah dari suatu zaman ke lain zaman, Islam pun mengakui pengaruh ruang dan waktu, (Tathbrqul umuri biz zamani wal makani), dan Rasulullah pun menyuruh kita mempergunakan akal dan ijtihad buat me­nempuh segala kesulitan, karena seorang pejuang harus mengerti perubahan cuaca dan medan pertempuran, tetapi pokok ajaran Rasul yaitu bahawa ke­datangan beliau adalah membawa rahmat bagi seluruh alam, tidaklah boleh berubah selama-lamanya.

Di ayat 56 itu sudah jelas, cita-cita untuk menyambut warisan, melaksana­kan kehendak ilahi di atas dunia ini , yang timbul dari iman dan amal shalih hendaklah beredar atas sumbu keperibadian yang diperteguh dengan sembah­yang, zakat dan taat menurut Rasul Kalau ini ditegakkan maka rahmat yang dicita-citakan itu pasti tercapai.

Rahmat apakah itu?
Rasa dendam hilang, karena semua orang berlomba mengerjakan ke­baikan. Rasa benci tidak berpengaruh, sebab yang kaya mencintai yang miskin dan yang kuat menuntun tangan yang lemah supaya dia terangkat naik, bukan menindasnya. Setiap orang merasai terjamin hak kemerdekaan dan ke­bebasannya, sebab kemerdekaan itu timbul dari dalam jiwanya sendiri.


Wallahu'lam...