May 25, 2010

Fenomena berbilang Jemaah di Mesir

بسم الله الرحمان الرحيم
لما قال القائد الدين
كل أمر ذي بال لا يبدأ ببسم الله فهو أقطع
وفي الرواية فهو أجزم
وفي الرواية فهو أبتر أو كما قال النبي صلى الله عليه و سلم

Assalamu'alaikum w.b.t,
Sekalian pengunjung yang tidak jemu-jemu untuk memberi sokongan pada dakwah melalui jaringan tanpa batasan ini,

Bagi menjawab satu isu yang diutarakan kepada saya oleh "guest", rasanya eloklah saya nyatakan ianya dengan lebih ilmiah untuk kita sama-sama bincangkan. Maaf dan harap diperbetul andai ianya ada salah dan kekurangan.

Isu berbilang-bilang jemaah(Ta'addud Jama'ah) adalah satu isu yang sentiasa dimainkan oleh peredaran zaman melalui teori dan praktis orientalis pada mujtama'(masyarakat) islam kini. Jika ianya diimbas dalam sorontan sirah nabawiah, peristiwa pembinaan Masjid Dhiror adalah satu kiasan ulama yang cukup baik untuk fenomena berbilangnya jema'ah di Mesir khususnya dan umumnya di serantau dunia.

Sebelum saya menyatakan pandangan peribadi saya mengenai ISMA Mesir ini adalah lebih baik kita memahami dengan lebih jelas apa pandangan ulama mengenai masalah ini.

Pendapat yang mengharuskan tetapi bersyarat :
1. Lajnah Kajian Ilmiah dan Fatwa
" Setiap peribadi ummat dan jamaah seperti Tabligh,Persatuan Pelajar(mahasiswa) Islam, Ikhwan Muslimin, Jemaah Ansar Sunnah Muhammadiyah, dan lain-lain adalah tidak ma'sum (tidak terpelihara dari membuat kesalahan). Setiap jemaah memiliki kebaikan dan kekurangan pada apa yang dibawakan pada hukum hakam yang diseru dan disebarkan di jalan dakwahnya sehingga kepada apa yang diiktiqadkan, diamalkan dan dibina untuk membimbing dan memindah manusia kepada dakwahnya.(مدى شرعية الإنتماء )

Ulasan:
Pendapat ini telah ditangani oleh Sheikh Abdullah bin Qaun, Sheikh Abdullah bin qadyan dan ramai lagi. Pendapat ini dikemukakan lanjutan daripada soalan yang dikemukakan kepada pihak lajnah untuk mengetahui kebenaran di antara jemaah Tabligh dan Persatuan Pelajar-pelajar Muslim di Arab Saudi. Beberapa teguran telah disampaikan oleh pihak lajnah kepada jemaah tersebut. Beberapa penilaian terhadap fatwa ini perlu dibuat:

i-Fatwa ini dikeluarkan di negara Arab Saudi yang mengamalkan Islam sebagai rujukan negara. Fatwa ini tidak sesuai dilaksanakan di negara yang mengamalkan ideologi Sekularisme. Kaedah Fekah "berubah hukum hakam dengan berubahnya zaman dan keadaan".

ii-Lajnah ini tidak menyebut hujah pengharusan penubuhan taadud jamaah. Di samping itu, pihak lajnah telah menyebut keburukan-keburukan jemaah tabligh, kesatuan pelajar-pelajar muslim Arab Suadi dengan tidak menyatakan jemaah manakah yang sewajarnya diintima'kan.

2. Dr Solah Sowi
"Sesungguhnya taadud jemaah yang diterima di lapangan amal islami terkini ialah taadud takhasus dan berjenis-jenis(تعدد تنوع و تخصص ) bukannya bertentangan dan berlawanan (تعدد تناقض و تضاد ). Adapun taadud yang memecahkan wala umat di antara manusia merupakan waba' dan kecelakaan yang mengubah waqi' kepada fitnah dan menghamparkan jalan kepada pendapat untuk menyendiri daripada semua".

Ulasan:
Dr Solah Sowi telah mengemukan penetapan dan beberapa syarat untuk membolehkan taadud untuk diterima. Ertinya jika syarat-syarat tidak mampu dilaksanakan dan diterima pakai maka taadud tidak akan dibenarkan sama sekali, syarat-syaratnya ;

1. Kesatuan usul-usul dan mazhab iqtiadiah
2. Terbatas kekhilafan di ruang-ruang lingkup furu' dan masalah ijtihadiyah
3. Mengekalkan kesatuan, kesejahteraan dan ukhuwah
4. Takamul( salaing menyempurnakan) antara satu sama lain
5. Kesatuan Politik dan Jihad

Pendapat yang tidak mengharuskan Taadud
1. Ustaz Fathi Yakan
"Lapangan Islam telah menyaksikan kelahiran harakah-harakah, tanzim-tanzim, persatuan -persatuan dan golongan-golongan Islam di atas ruang lingkup yang luas. Meskipun sesetengah orang berpendapat dan mengira berbilang-bilang jemaah ini satu fenomena sihat, sesungguhnya di sepanjang kefahaman syara' untuk amal islami, penentuan sahih bagi maslahah Islamiyyah dan tindakan susulan terhadapa apa yang berlaku, saya mengira taadud jemaah sebagai fenomena berpenyakit dan bahaya serta diperingatkan dengan akibat-akibatyang dahsyat yang tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah s.w.t".

Ulasan :
Al-Ustaz Fathi Yakan tidak mengharamkan secara mutlak taadud jemaah tetapi berdasarkan bukti-bukti waqi' dan kesan-kesan negatif menunjukan taadud jemaah tidak mendatangkan faedah untuk amal islami. Al-Fadhil Al-Ustaz Fathi yakan telah membawa hujah-hujah kefardhuan dan daruri kesatuan amal Islami, antaranya;

i- Kesatuan Amal Islami pada sudut kefardhuan syara'
Asal dalam syariat islam adalah kesatuan amal islami dan buka berbilang-bilang. Kesatuan ini dikira fardhu pada syara' dengan beberapa sebab.

ii-Kesatuan amal Islami adalah daruri pada sudut haraki berasaskan kepada beberapa sebab. Antaranya;

a)- Perubahan Islam melazimkan pembentukan kesatuan kekuatan Islam di jalan dan langkah yang satu. Ketiadaan kesatuan melambatkan operasi Islam untuk menghancurkan Jahiliyyah dan memungkinkan kekuatan jahiliyyah terus bertapak.
b)- Tekanan sedunia terhadap Islam dan harakah Islamiyyah yang memerlukan kesatuan hala tuju dan penghadapan.
c)- Kesatuan parti-parti musuh untuk menghadapi harakah Islamiyyah.

2. Sheikh Husein bin Muhsin bin Ali Jabir
"Saya tertarik bahawa taadud jamaah pada umat Islam adalah batil(salah) yang wajib hilang. Sesungguhnya kewajipan pada keyakinan saya bahawa dicurahkan segala usaha umat seluruhnya di dalam satu bahtera dan satu hala tuju. Isyarat ini berpaling kepada bahtera itu yang wajib menghimpunkan setiap peribadi yang bekerja untuk mengembalikan khilafah umat Islam.

Pandangan saya terhadap ISMA Mesir
Maafkan saya pada yang bertanya, bagi saya untuk kita membuat pandangan terhadap jemaah yang baru muncul yang membawa satu hadaf dan misi yang sama seperti yang telah sedia ada(PMRAM), saya tiada masalah mengenainya, tetapi sekiranya hadaf yang sama ini sepatutnya disertakan dengan sifat yang ta'auwun dan tanauwu' dari yang asal bukan bercanggah dengan PMRAM. Kejadian perubatan pelajar di Lapangan Terbang Cairo adalah satu bukti yang mana ISMA bukan satu persatuan yang tanawwu' dengan PMRAM. Sekiranya ada ahli ISMA yang membaca blog ini maka kajilah semula persatuan yang anda bina jangan marah melulu. Saya akui PMRAM bukan satu persatuan yang ma'sum tetapi wajarkah sekiranya kita membeli telifon bimbit yang baru sedangkan hanya keypad kita yang rosak. Ianya terlalu menelan banyak risiko dan belanja. Yakinkah anda dengan menubuhkan jemaah atau persatuan yang baru dari yang sedia ada anda dapat meneraju persatuan anda tanpa cacat cela, sedangkan kita sendiri belajar yang ma'sum di dunia ini hanya Nabi s.a.w.

Sifat takamul yang disertakan oleh Dr. Solah Sowi tadi cukup membuktikan persatuan mahasiswa islam sepatutnya bersifat seperti itu bukannya merebut pelajar dari persatuan yang ada(PMRAM) atau cuba membentuk manhaj yang berasingan dari induk kerana kononnya tarbiah PMRAM itu kurang dan seumpamanya. Bagi saya yang bertanya sendiri boleh menilai satu persatuan yang telah diteraju kepimpinannya oleh mahasiswa/wi Islam sejak dari 1930 selepas jatuhnya khilafah Islamiyah pada 1924 sehingga kini, berbanding dengan persatuan-persatuan lain yang kononnya membawa hadaf dan misi yang sama malahan mengatakan mereka itu lebih baik dari PMRAM sedangkan usia mereka belum pun sampai usia baligh bagi kanak-kanak.

Sekiranya yang bertanya pada saya itu adalah pelajar Mesir maka nasihat dari saya fahamilah dan telitilah apa yang baik dan buruk. Kita sama-sama mengaji dan belajar, nilai dan kajilah seeloknya. Pada ahli ISMA bukan niat saya mencerca tapi sekiranya anda terasa jangan marah terlebih dahulu tetapi bersama kita kaji apakah peranan yang cuba anda bawakan sepanjang penubuhan anda. Andai anda mengatakan anda membawa kebajikan untuk pelajar Mesir mengapa tidak anda bersatu dengan PMRAM sebagai satu persatuan yang sudah sedia bertapak, mengapa perlu wujudnya yang kedua sedangkan yang pertama itu sudah memenuhi ruang lingkup kehidupan mahasiswa di sini. Selagi mana anda tetap dengan pendirian anda yang memungkinkan terjadinya pecah belah pada pelajar di sini maka inilah tanawwu' yang tidak dibenarkan kerana ia bersifat tanaqud iaitu bertentangan dan berlawanan dengan yang sedia ada.

May 21, 2010

Pakistan blocks YouTube, Facebook over 'sacrilegious content'

"The whole campaign has been taken up by Muslim-bashers and Islamophobes. --Council on American-Islamic relations

(CNN) -- Pakistan on Thursday blocked access to YouTube -- a day after it shut down the social networking site Facebook -- in response to an online group calling on people to draw the Prophet Mohammed.

The Pakistan Telecommunication Authority ordered operators to shut down YouTube "in view of growing sacrilegious contents on it," officials said in a statement.

PTA said Thursday it reached its decision after all "possible avenues were used within its jurisdiction, including using regular channels available on the Facebook and YouTube to launch protest, to avoid appearances of derogatory material available on their websites."

Facebook was blocked a day before "Everybody Draw Mohammed Day," which was scheduled by several Facebook groups dedicated to the idea.

The largest of the groups was unavailable for several hours Wednesday and Thursday.
Facebook said "a small technical issue prevented some users from accessing this page and others for a very short period of time," and that Facebook had corrected the problem as quickly as possible once they became aware of it.

"While it may be considered objectionable to some, the Facebook Pages and Groups in question do not violate our policies," Facebook global communications director Debbie Frost said.

The page was online as of Thursday morning Eastern time.
Frost said Facebook was "very disappointed" to be blocked in Pakistan.

"We are analyzing the situation and the legal considerations, and will take appropriate action, which may include making this content inaccessible to users in Pakistan," she said.

Khoram Ali Mehran of Pakistan's telecommunication authority said the block "is related to the objectionable material that was placed on Facebook."

"We have blocked it for an indefinite amount of time. We are just following the government's instructions and the ruling of the Lahore High Court. If the government decides to unblock it, then that's what we will do," he said.

The telecommunication authority has not received any complaints from Internet users about the blocking of Facebook, he said.

Devout Muslims consider it offensive to depict Mohammed.
There were riots around the world in response to a series of cartoons of Mohammed in a Danish newspaper in 2005, and at least two European cartoonists live under police protection after publication of their drawings of the Muslim prophet.

Mimi Sulpovar, who started one of the Facebook groups, said she read about the idea on a blog after Comedy Central bleeped out part of an episode of "South Park" that mentioned the prophet.
"This is meant to be in protest," she said.

"This is something I have felt strongly about for a long time: Bullying by certain Muslim groups will not be tolerated in a free country," said Sulpovar, who is American.

But Ibrahim Hooper, a spokesman for the Council on American-Islamic Relations, said the idea behind the group was offensive.

"Islam discourages any visual representations of the prophets of God -- Jesus, Moses, Mohammed, anybody -- because we believe it can lead to a form of idol worship," he said.

"The majority of Muslims worldwide object to any representation of a prophet of God," he added.
The idea of "Draw Mohammed Day" originated with a cartoonist who has since distanced herself from the idea, Sulpovar and Hooper said.

"The whole campaign has been taken up by Muslim-bashers and Islamophobes," Hooper said.
But Sulpovar denied being anti-Muslim.

"This extends beyond being able to draw Mohammed," she said. "If it's offensive to you, that's fine, but I don't feel it's right to impose your belief on others through intimidation.
"This is nothing to do with hate or bigotry," she said. "Nobody is inciting violence or preaching open hatred towards individuals."

Sulpovar said she is not a Muslim but added that she had received "hundreds of e-mails from people trying to explain this to me."

One group member said she saw anger and fear on both sides of the controversy but felt that free speech could not be compromised.

"This is a hot-topic debate, but so is abortion, illegal immigrants, gay marriage and politics. If we allow even a small compromise for one group, then the free speech on topics like abortion, illegal immigrants and politics can also be censored based on accusations that they cause violence or hate," Autumn Meadows said on CNN's iReport.

"Hate speech is wanting a group eradicated, physically harmed or dead. I don't think drawing Mohammed falls under that category," she said.

"Islam is not above criticism or cartoons. I believe in equality, and censoring Mohammed while we can draw every other figure in the world does not equal equality," she concluded.
Sulpovar said Pakistan's decision to block Facebook was "ridiculous."

Sulpovar's group had attracted more than 9,000 fans as of Thursday morning. The page which disappeared briefly had more than 80,000 fans.

Groups opposing the idea had about 68,000 fans as of Wednesday.
Facebook is investigating the block, said Frost, the communications director.

"We want Facebook to be a place where people can openly discuss issues and express their views, while respecting the rights and feelings of others," she told CNN.

"We sometimes find people discussing and posting about topics that others may find controversial, inaccurate, or offensive. When these feelings, or any content reported to us becomes an attack on anyone, including Muslim people, it will be removed and further action may be taken against the person responsible," she said.

May 20, 2010

Para Sahabat Nabi adalah Pemuda

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan.






Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan. Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

سبعة يظلهم الله يوم لا ظل الا ظله ...وعدد منها : شاب نشأ فى عبادة الله

Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada
Allah.


Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim:

اغتنم خمسا قبل خمس: حيا تك قبل موتك وصحتك قبل سقمك وفراغك قبل شغلك وشبابك قبل هرمك وغناك قبل فقرك

Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فانه اغض للبصر واحصن للفرج


Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

لاتزول قد ما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع :عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبلاه وعن ماله من اين اآتسبه وفيما انفقه وعن علمه ما عمل فيه

Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

ان الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبوة


Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).




Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

أوصيكم باالشباب خيرا فانهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب وخالفنى الشيوخ

Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka. Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi
berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan. Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada
perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam. Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangantangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalahRasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”. Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Rujukan : Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini (Abdullah Nasih Ulwan)

Puisi untuk Umi


Umi...
Di sini anakmu menulis tentang dirimu
Umi bagaikan cahaya matahari
Yang sentiasa menerangi hidup ku
Umi bukan sahaja ibu tetapi sahabat yang baik untuk ku

Umi...
Umi telah melahirkan ku ke dunia ini
Umi telah menjaga ku sejak ku lahir hingga ke saat ini
Umi sanggup menahan lapar hanya kerana ku
Umi tak ingin melihat ku bersedih
Hanya ingin melihat ku bahagia

Umi...
Umi lah tempat ku mengadu
Tempat ku minta pandangan
Tempat ku curahkan segala nya yang ada di dalam hati
Umi adalah pendengar yang setia
Dan Umi juga adalah penasihat yang hebat

Umi...
Umi begitu memahami ku
Umi sentiasa di sisi ku
Umi sentiasa menyokong dan mendorong ku dari belakang
Umi adalah lain dari ibu-ibu yang pernah ku kenali
Umi adalah ibu yang patut di contohi

Umi...
Umi adalah segala-galanya bagiku
Tanpa UmI tak akan ku berada di sini
Ku kagum sama mu Umi
Akan ku sentiasa doakan kesihatan dan kebahagiaan mu Umi
Agar Umi sentiasa bangga dengan anakmu ini

~Selamat Hari Lahir ke-49~

May 16, 2010

Kisah Salahuddin Al-Ayyubi

Oleh muhammadhanif
 
Salam Perjuangan…
(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya mencadangkan supaya saudara/saudari membeli dan membaca buku ini)



Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.” (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin

Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya. (Bahauddin,1234)

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.


Semangat Jihadnya

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.

Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itu pun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawah dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin Kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi.”

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukit pun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengira bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara’

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang malam, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah.


Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.

Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendengar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampir subuh aku pun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”

Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajatlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini.”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi.”

Perangai Salahuddin

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.


Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”.

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.


Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”.

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai”.

Salahuddin Sebagai Ulama’

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul fiqh dan juga tafsir Qur’an.

Rujukan :
Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

May 14, 2010

Bagaimana Anda Selepas Usrah?

Bila kita sama-sama melabuhkan tirai

Oleh: Hussaini

"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"


Begitulah tarbiyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...


Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

sumber

May 13, 2010

SIAPA YANG MENGUASAI BAITULMAQDIS AKAN MENGUASAI DUNIA

Isu Palestin adalah isu bersama. Perkara pertama yang kita boleh kongsi ialah memahami pesanan Sheikh Mahmoud Siyam, mantan imam dan khatib Masjid Al-Aqsa dalam satu pertemuan ketika beliau melawat Malaysia. Dia berkata, persoalan Palestin adalah satu permasalahan yang akan berterusan sehingga menjelang hari kiamat sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud,

"Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Kemudian kaum Muslimin membunuh mereka sampai orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pohon. Maka batu atau pohon itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini di belakangku ada Yahudi, ke marilah lalu bunuhlah. Kecuali pohon Gharqad (sebuah pohon berduri yang dikenali dalam kalangan bangsa Yahudi), sesungguhnya Gharqad itu adalah salah satu pohon bangsa Yahudi." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Kenapa Palestin? Pertama, Dr Yusuf Qardawi dalam salah satu kitabnya berkata isu Palestin adalah isu akidah. Maksud akidah di sini ialah merupakan sebahagian daripada keyakinan dan keimanan kita.


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra’:1)


Kedua, kiblat pertama. Perkara yang pertama selepas kalimah syahadah diberi dan disampaikan kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW ialah ibadah iaitu bersolat. Baginda SAW mengumpulkan mereka ke arah Baitul Maqdis, walaupun Kaabah ada berhampiran. Kenapa Baitul Maqdis? Salah satu daripadanya ialah Allah SWT hendak mendidik kita supaya melihat Baitul Maqdis ini sebagai salah satu daripada perkara yang besar dan utama dalam kehidupan seorang muslim.


Dalam sebuah hadis, dinyatakan hanya tiga tempat yang digalakkan untuk ziarah atau mengembara. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada tiga masjid, masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Al-Aqsa." Ini menunjukkan betapa besar dan sucinya kota Baitul Maqdis


Ketiga, keadaan yang berlaku di Palestin ada kaitan dengan umat sebelumnya. Bermula dengan umat Nabi Ibrahim AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Daud AS dan Nabi Isa AS. Pada tahun 636 masihi, Saidina Umar pergi sendiri ke Palestin untuk mendapatkan kunci kota Baitul Maqdis daripada pemimpin kristian yang menguasai kota itu. Sebaik sahaja memegang kunci itu, Saidina Umar mengisytiharkan bahawa seluruh bumi Palestin sebagai tanah wakaf umat Islam. Kenyataan ini bermakna seluruh umat Islam wajib mempertahankan tanah wakaf itu.


Keadaan ini difahami oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Sebaik sahaja dilantik memegang tampuk pemerintahan, dia menuju ke Baitul Maqdis untuk membebaskan kota tersebut daripada tentera salib.


Orang-orang Islam yang faham dan beriman akan nampak permasalahan di Baitul Maqdis dan Palestin bukan masalah orang Arab dengan orang Yahudi, bukannya masalah negara Palestin dengan negara Israel sebaliknya adalah permasalahan umat Islam yang mesti mempertahankan tanah wakaf warisan umat.


Keempat, kenapa kita sebut Palestin? Ada sekeping gambar yang menunjukkan saudara kita ditanam sebahagian daripada badannya. Ini adalah salah satu daripada bentuk siksaan yang dikenakan ke atas orang Palestin. Tangan diikat, mata ditutup dan dibuat apa sahaja sesuka hati sama ada ditendang, dipukul atau disepak.


Baru-baru ini seorang rakan saya berada di Rafah sebelum genjatan senjata diadakan. Pintu sempadan Rafah dikawal oleh kerajaan Mesir dan dibuka hanya 3 jam sehari. Suatu hari sebuah ambulans melintasi sempadan Rafah untuk membawa seorang remaja yang kepalanya telah ditembak. Remaja berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Kaherah dan selamat menjalani pembedahan. Sebaik sahaja sedar, remaja itu bertanya, ‘Saya berada di mana?’ Lalu diberitahu, ‘Kamu di Kaherah.’ Dengan bersemangat remaja ini membalas, ‘Tak mahu, hantar saya balik ke Gaza. Saya nak kembali ke Palestin dan tak mau mati di Mesir. Saya nak mati di Palestin.’


Kelima, sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang tidak ambil berat urusan umat Islam maka dia bukan daripada mereka." Ingatan ini sangat serius. Sesiapa yang tidak ambil tahu langsung dan tidak kisah serta memikirkan kepentingan diri sahaja, Rasulullah SAW kata dia bukan daripada golongan umat Islam.


Di Palestin, ada mayat yang kita lihat amat menyedihkan. Bukannya mayat selepas kemalangan atau bedah siasat. Sebaliknya mayat yang biasa dijumpai di lorong-lorong jalan. Ketika ditemui, keadaan badannya sudah terbuka kerana orang Yahudi menangkap dan membelah tubuhnya untuk diambil organ dan dijual. Badan mayat hanya dijahit semula oleh orang-orang Islam sebelum dimandikan.


Masalah Palestin bukan masalah manusia lawan manusia sebaliknya masalah iman dan aqidah kita. Bukan juga isu semasa, tetapi menjadi permasalahan yang utama dalam agenda umat Islam.


Keenam, Rasulullah SAW bersabda, "Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. Maka para sahabat bertanya: Di manakah mereka? Jawab Rasulullah: Di Baitul Maqdis dan sekitarnya." (Riwayat Bukhari).


Ulama –ulama mutaakhir berkata maksud ‘sekitarnya’ ialah mereka yang duduk di luar Palestin dan membantu perjuangan di Baitul Maqdis, bukan sekadar di Jordan, Syria atau Mesir. Mereka ini termasuk dalam kelompok bersama-sama dengan kebenaran. Kita tidak lahir di Palestin atau Baitul Maqdis namun inilah peluang kita untuk membantu umat Islam Palestin.


Ketujuh, mari kita kenali Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat sekarang. Siapakah Barack Obama? Beliau adalah salah seorang boneka Israel. Semasa berkempen menjadi presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah disoal tentang keutamaannya apabila dilantik menjadi presiden. Dengan bingkas beliau menjawab Israel.


Dalam satu kenyataan yang lain, Obama menyatakan bahawa dirinya adalah anggota CFR (Council on Foreign Relations). Apabila disebut anggota CFR, jelaslah bahawa Barack Obama adalah anggota Freemason ‘32 degree’ iaitu tingkatan paling tinggi yang boleh dicapai oleh seseorang bukan Yahudi dalam organisasi itu.


Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 82 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." Daripada ayat ini kita boleh gambarkan siapa musuh yang utama.


Zionis: Agenda dan peranannya


Orang Yahudi meyakini bahawa mereka adalah umat pilihan. Kata mereka, ‘Kami anak Allah, kami dipilih untuk memimpin dunia, bangsa lain menjadi hamba kami.’ Inilah akidah Yahudi.


Ada empat sumber rujukan mereka. Pertama ialah Torah atau Old Testament. Ia bukannya kitab Torah yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa AS tetapi kitab yang ditulis oleh pendeta-pendeta mereka. Torah ini banyak korupsi seperti disebut Allah itu pelupa, tidak adil dan bermacam-macam lagi.


Rujukan kedua ialah kitab Talmud. Talmud ialah kata-kata atau hadis Nabi Musa AS tetapi telah ditukar dengan kata-kata pendeta Yahudi. Salah satu ajaran Talmud ialah, ‘Sekiranya kamu berjalan-jalan dan berjumpa orang bukan Yahudi meminta tolong dari dalam lubang, hendaklah kamu mengambil batu dan menghempapnya.’ Sumber ketiga ialah Kabbalah iaitu huraian kepada Talmud. Apa yang disebutkan Talmud diterangkan dengan lebih kejam.


Manakala keempat adalah protokol zionis. Salah satu daripadanya ialah berusaha menguasai ekonomi dunia. Penguasaan ini bukan sekadar kekayaan harta malah menguasai hati-hati umat Islam. Yahudi menguasai pemikiran, perasaan dan kehidupan hinggakan orang Islam mengikut apa yang dirancang oleh ekonomi Yahudi.


Kelompok zionis telah membuat satu perjumpaan setelah tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Hamid II. Theodor Herzl mengadakan Konferens Yahudi Sedunia yang pertama di Besel, Switzerland pada 1897 bagi membincangkan langkah-langkah untuk menubuhkan negara Yahudi dan menambahkan bilangan Yahudi di Palestin.


Perancangan seterusnya ialah merancang kemasukan orang Yahudi secara terancang dan tersusun ke Palestin. Dari lapan peratus Yahudi, bilangan mereka bertambah hingga Resolusi 181 (II) PBB memberi 55 peratus daripada tanah Palestin kepada Yahudi. Selepas tahun 1948, keluasan Israel bertambah kepada 77 peratus. Kini cuma tinggal empat peratus tanah yang diduduki oleh orang Palestin.


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Adakah OIC masih relevan?

OIC didakwa gagal membela Palestin
 

May 11, 2010

Two Choices


Ahmad is the manager of a restaurant. He is always in a good mood. Each morning Ahmad wake up and say to himself, “I have two choices today, I can choose to be in a good mood or I can choose to be in a bad mood.” 

I always choose to be in a good mood.
 Each time something bad happens, I can choose to be victim or I can choose to learn from it. I always choose to learn from it. "Life is all about choices. When you cut away all the junk every situation is a choice.
You choose how you react to situations.


You choose how people will affect your mood.


You choose to be in a good mood or bad mood.
It's your choice how you live your life. "One day, he was robbed by three armed men. While Ahmad trying to open the safe box, He was accidently insert the wrong number. The robbers shot him. Luckily, Ahmad was found quickly and rushed to the hospital.
In the Emergency Room Ahmad saw the expression on the faces of the doctors and nurses, he got really scared. In their eyes, He read 'He's a dead man.’ He knew he needs to take action."

Ahmad has made his choice: I could choose to live or could choose to die. I CHOOSE to live."  
He told them: 'I am choosing to live. Please operate on me as if I am alive, not dead'.
Ahmad lived thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. Every day you have the choice to either enjoy your life or to hate it. The only thing that is truly YOURS -- that no one can control or take from you- is your ATTITUDE, so if you can take care of that, everything else in life becomes much easier. 

IT’S THE CHOICES YOU MAKE NOT THE CHANCES YOU TAKE THAT DETERMINE YOUR DESTINY
 

May 3, 2010

Cara Mudah Meraih Nikmat Iman


PERTANYAAN 1

Tumbuhan, binatang, lautan, gunung-gunung, dan manusia disekitar kita, dan semua jasad halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar – hidup ataupun mati, merupakan bukti nyata Kebijaksanaan Maha Agung yang menciptakannya. Demikian pula dengan keseimbangan, keteraturan dan penciptaan sempurna yanhg nampak di seluruh alam. Semuanya membuktikan keberadaan Pemilik pengetahuan agung, yang menciptakannya dengan sempurna. Pemilik yang Maha Bijaksana dan mempunyai pengetahuan agung ini adalah Allah.
Sistem-sistem sempurna yang diciptakanNya serta sifat-sifat yang mengagumkan pada setiap mahluk, hidup mahupun mati, menimbulkan kesedaran akan keberadaan Allah. Kesempurnaan ini tertulis dalam Al-Qur’an:

Dia menciptakan tujuh langit yang berlapis-lapis. Tidak akan ditemui sedikit cacatpun dari ciptaanNya. Perhatikan berkali-kali - apakah engkau melihat kekurangan padanya? Lalu, perhatikanlah sekali lagi. Matamu akan kembali dalam keadaan penat dan kecewa! (Surat Al-Mulk: 3-4)

                                                                             PERTANYAAN 2

Ciptaan yang sempurna di seluruh alam raya menunjukkan kekuasaan Allah Yang Maha Agung.
Allah sendiri telah memperkenalkan diriNya kepada kita melalui Al-Qur’an - wahyu yang diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk yang benar bagi kehidupan. Semua sifat-sifat Allah yang mulia disampaikan kepada kita di dalam Al-Qur’an. Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Meliputi seluruh alam, Maha Melihat dan Maha Mendengar atas segala sesuatu. Dia lah Pemilik dan Tuhan satu-satunya atas langit dan bumi dan segala sesuatu di antaranya. Dia lah penguasa seluruh kerajaan langit dan bumi.

Dialah Allah – tiada tuhan selain Dia. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia lah Allah – tiada tuhan selain Dia. . . . MilikNya segala nama-nama yang baik. Segala yang di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surat Al-Hasr: 22-24)


PERTANYAAN 3

Dalam Al-Qur’an Allah menyebutkan mengapa kita diciptakan:

Aku ciptakan jin dan manusia semata-mata untuk menyembahKu. (Surah Az-Zariyat: 56)

Seperti disebutkan dalam ayat ini, keberadaan manusia di bumi ini semata-mata untuk menjadi hamba Allah, untuk menyembahNya dan untuk memperoleh redhaNya. Penghambaan manusia kepada Allah merupakan batu ujian selama ia hidup di muka bumi.


PERTANYAAN 4

Allah menguji manusia di muka bumi untuk memisahkan antara mereka yang beriman dan mereka yang tidak beriman, serta untuk menentukan siapa yang terbaik amal perbuatannya. Oleh karena itu, pengakuan seperti “aku beriman” tanpa bukti tindakan yang sesuai dengannya tidak lah cukup. Di sepanjang hayatnya, manusia diuji dalam hal keimanan dan keta’atannya kepada Allah, termasuk kegigihannya dalam memperjuangkan agama Allah. Pendek kata, diuji dalam ketabahan sebagai hamba Allah dalam berbagai cara dan lingkungan yang dikehendakiNya. Ini dinyatakan Allah dalam ayat berikut:

Dia Yang Mematikan dan Menghidupkan untuk menguji siapa di antara kamu yang terbaik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surat Al-Mulk: 2)


PERTANYAAN 5

Menjadi hamba Allah berarti menyerahkan seluruh hidup kita untuk tujuan mencapai kehendak dan redhaNya. Yakni beramal sebaik mungkin tanpa henti untuk mendapatkan redha Allah, hanya takut kepada Allah dan mengarahkan seluruh pikiran dan perkataan serta perbuatan untuk tujuan tersebut. Allah mengingatkan dalam Al-Qur’an bahwa penghambaan kepadaNya meliputi seluruh kehidupan individu:

Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.’ (Surat Al-An’am: 162)


PERTANYAAN 6

Yang pertama kali harus dilakukan oleh seseorang yang meyakini keberadaan Allah adalah mempelajari apa-apa yang diperintahkan dan hal-hal yang disukai Penciptanya. Dia lah yang memberinya ruh dan kehidupan, makanan, minuman dan kesehatan. Selanjutnya dia harus mengabdikan seluruh hidupnya untuk patuh kepada perintah-perintah Allah dan mencari ridhaNya.
Agama lah yang membimbing kita kepada akhlak, perilaku dan cara hidup yang diridhai Allah. Allah telah menjelaskan dalam Al-Qur’an bahwa orang yang patuh kepada agama berada di jalan yang benar, sedangkan yang lainnya akan tersesat.

Dia yang dadanya terbuka untuk Islam mendapat cahaya dari Tuhannya. Sungguh celaka orang-orang yang berkeras untuk tidak mengingat Allah! Mereka dalam kesesatan yang nyata. (Surat az-Zumar: 22)


PERTANYAAN 7

Orang yang beriman kepada Allah dan menghambakan diri kepadaNya, mengatur hidupnya agar sesuai dengan seruan Allah dalam Al-Qur’an. Dia menjadikan agama sebagai petunjuk hidupnya. Patuh kepada hal-hal yang baik menurut hati nuraninya, dan meninggalkan segala yang buruk yang ditolak hati nuraninya.
Allah menyatakan dalam Al-Qur’an bahwa Dia menciptakan manusia agar sedia untuk menghidupkan agamaNya:

Maka, teguhkanlah pengabdianmu kepada Agama yang benar yang Allah ciptakan untuk manusia. Tiada yang mampu merubah ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (Surat Ar-Rum: 30)


PERTANYAAN 8

Pada lingkungan masyarakat yang tak beragama, orang cenderung melakukan beragam tindakan yang tak bermoral. Perbuatan buruk seperti penyogokkan, perjudian, iri hati atau berbohong merupakan hal yang biasa. Hal demikian tidak terjadi pada orang yang ta’at kepada agama. Mereka tidak akan melakukan semua perbuatan buruk tadi karena mengetahui bahwa ia harus mempertanggungjawabkan semua tindakannya di akhirat kelak.
Sukar dipercaya jika ada orang mengatakan, “Saya ateis namun tidak menerima sogokan”, atau “Saya ateis namun tidak berjudi”. Mengapa? Karena orang yang tidak takut kepada Allah dan tidak mempercayai adanya pertanggungjawaban di akhirat, akan melakukan salah satu hal di atas jika situasi yang dihadapinya berubah.
Seseorang yang mengatakan, “Saya ateis namun tidak berjinah” cenderung melakukannya jika perjinahan di lingkungan tertentu dianggap normal. Atau seseorang yang menerima sogokan bisa saja beralasan, “Anak saya sakit teruk dan melarat, kerananya saya harus menerimanya”, jika ia tidak takut kepada Allah. Di negara yang tak beragama, pada keadaan tertentu mencuri pun masih dianggap sah perbuatannya. Contohnya, masyarakat  yang tidak beragama masih beranggapan bahawa mengambil barang atau perhiasan dekorasi dari sebuah hotel atau pusat rekreasi bukanlah perbuatan mencuri.
Seorang yang beragama tak akan berperilaku demikian, karena ia takut kepada Allah dan tak akan pernah lupa bahwa Allah selalu mengetahui niat dan pikirannya. Dia beramal setulus hati dan selalu menghindari perbuatan dosa.
Seorang yang jauh dari bimbingan agama bisa saja berkata “Saya seorang ateis namun pema’af. Saya tak memiliki rasa dendam ataupun rasa benci”. Namun sesuatu hal dapat terjadi padanya yang menyebabkannya tak mampu mengendalikan diri, lalu mempertontonkan perilaku yang tak diinginkan. Dia bisa saja melakukan pembunuhan atau mencelakai orang lain, karena moralnya berubah sesuai dengan lingkungan dan kondisi tempat tinggalnya.
Sebaliknya, orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak kan pernah menyimpang dari moral yang baik, seburuk apapun kondisi lingkungannya. Moralnya tidak “berubah-ubah” melainkan tetap kokoh. Orang-orang beriman memiliki moral yang tinggi. Sifat-sifat mereka disebut Allah dalam ayatNya:

Mereka yang teguh dengan keyakinannya kepada Allah dan tidak mengingkari janji; yang menghubungkan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkannya dan takut kepada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk; mereka yang sabar untuk mencari perjumpaan dengan Tuhan mereka, dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian harta yang kami berikan kepadanya secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, menolak kejahatan dengan kebaikan. Merekalah yang mendapat kedudukan yang tinggi. (Surat Ar-Ra’d: 20-22)


PERTANYAAN 9

Konsep pertama yang akan hilang pada sebuah lingkungan tak beragama adalah konsep keluarga. Nilai-nilai yang menjaga keutuhan keluarga seperti kesetiaan, kepatuhan, kasih-sayang dan rasa hormat akan ditinggalkan sama sekali. Harus diingat bahwa keluarga merupakan pondasi dari sistem kemasyarakatan. Jika tata nilai keluarga runtuh, maka masyarakat pun akan runtuh. Bahkan bangsa dan negara pun tidak akan ada lagi, karena seluruh nilai moral yang menyokongnya telah musnah.
Lebih jauh lagi, tak akan ada lagi rasa hormat dan kasih-sayang terhadap orang lain. Ini mengakibatkan anarki sosial. Yang kaya membenci yang miskin, yang miskin membenci yang kaya. Angkara murka tumbuh pada mereka yang merasa dirintangi, hidup susah atau miskin. Atau menimbulkan agresi terhadap bangsa lain. Karyawan bersikap agresif kepada atasannya. Demikian pula atasan kepada bawahannya. Para bapak berpaling dari anaknya, dan anak berpaling dari bapaknya.
Sebab dari pertumpahanan darah yang terus-menerus dan “berita-berita kriminalitas” di surat kabar adalah ketiadaan agama. Setiap hari dapat kita baca tentang orang-orang yang saling bunuh karena alasan yang sangat sepele.
Orang yang mengetahui bahwa ia akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak, tidak akan melakukan pembunuhan. Dia tahu bahwa Allah melarang manusia melakukan kejahatan. Ia selalu menghindari murka Allah karena rasa takutnya kepadaNya.

Janganlah berbuat kerusakan di muka bumi, setelah (Allah) memperbaikinya. Dan berdo’alah kepadaNya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surat al-A’raf: 56)

Tindakan bunuh diri pun disebabkan oleh ketiadaan agama. Orang yang melakukan bunuh diri sama saja dengan melakukan pembunuhan. Orang yang hendak bunuh diri karena ditinggal pacar, misalnya, harus mengajukan pertanyaan-pertanyaan berikut sebelum melakukannya: Apakah ia akan melakukan bunuh diri jika pacarnya menjadi cacat? atau menjadi tua? atau jika wajah pacarnya terbakar? Tentunya tidak. Dia terlalu berlebihan menilai pacarnya seolah sebanding dengan Allah. Bahkan menganggap pacarnya lebih penting dari Allah, lebih penting dari hari akhirat dan dari agama. Ia lebih mempertaruhkan jiwanya bagi pacarnya tersebut dibanding bagi Allah.
Orang yang dibimbing Al-Qur’an tidak akan melakukan hal semacam itu, bahkan tidak akan terlintas sedikitpun dalam benaknya. Seorang yang beriman menyerahkan hidupnya hanya untuk keridhaan Allah, dan menjalani dengan sabar segala kesusahan dan masalah yang Allah ujikan padanya di dunia ini. Ia pun tidak lupa bahwa kesabarannya itu akan mendapatkan balasan berlipat ganda baik di dunia maupun di akhirat.
Pencurian pun merupakan hal yang sangat biasa pada masyarakat yang tak beragama. Seorang pencuri tak pernah berpikir seberapa besar kesusahan yang ditimbulkannya terhadap orang yang dicurinya. Harta yang dikumpulkan korbannya puluhan tahun diambilnya dalam semalam saja. Ia tak peduli seberapa besar kesusahan yang akan diderita korbannya. Mungkin saja ia pernah sadar dan menyesali perbuatannya yang telah menimbulkan kesusahan pada orang lain. Jika tidak, keadaannya menjadi lebih buruk. Itu berarti bahwa hatinya telah membatu dan selalu cenderung untuk melakukan segala tindakan yang tak bermoral.
Dalam masyarakat yang tak beragama, nilai-nilai moral seperti keramahan, mau berkorban untuk orang lain, solidaritas dan sikap murah hati telah lenyap sama sekali. Orang-orangnya tidak menghargai orang lain sebagaimana layaknya manusia. Bahkan ada yang memandang orang lain sebagai mahluk yang berevolusi dari kera. Tak satu pun dari mereka mau menerima, melayani, menghargai atau memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. Apalagi terhadap mereka yang dianggapnya sebagai berasal dari kera.
Orang-orang yang berpikiran seperti ini tidak menghargai orang lain. Tak satu pun memikirkan kesehatan, kesejahteraan atau kenyamanan orang lain. Mereka tak peduli jika orang lain terluka, atau pernah berusaha agar orang lain terhindar dari kecelakaan semacam itu.
Di rumah sakit, misalnya, orang yang hampir meninggal dibiarkan begitu saja terlentang di ranjang-gotong dalam jangka waktu yang tak tentu; tak seorangpun pun peduli kepadanya. Contoh lain misalnya, pemilik restoran yang menjalankan restorannya tanpa peduli dengan kebersihan. Tempatnya yang kotor dan tidak sehat tak digubrisnya, tidak peduli dengan bahaya yang mungkin ditimbulkan terhadap kesehatan orang lain yang makan di sana. Ia hanya peduli kepada uang yang dihasilkannya. Ini hanya sebagian kecil contoh yang kita temui sehari-hari.
Logikanya, orang hanya baik terhadap orang lain jika bisa mendapat imbalan yang menguntungkan. Namun bagi mereka yang menjalankan standar moral Al-Qur’an, menghargai orang lain merupakan pengabdian kepada Allah. Mereka tak mengharapkan imbalan apa pun. Semuanya merupakan usaha untuk mencari ridha Allah dengan terus-menerus melakukan amal baik, dan berlomba-lomba dalam kebaikan.


PERTANYAAN 10
Al-Qur’an?

Perlu kami ingatkan bahwa pengertian agama di sini adalah cara hidup yang bermoral. Cara hidup yang disukai Allah. Cara yang dipilihNya dan yang paling tepat bagi semua jenis manusia. Cara hidup yang terbebas dari takhyul-takhyul dan mitos-mitos, dan sepenuhnya di bawah bimbingan Al-Qur’an.
Agama menciptakan lingkungan moral yang sangat aman dan nyaman. Sikap anarkis yang menyebabkan kerusakan pada bangsa negara terhenti sama sekali karena rasa takut kepada Allah. Orang tidak lagi melakukan tindakan yang merugikan ataupun berbuat kerusuhan. Orang-orang yang memegang nilai-nilai moral siap bangkit bagi bangsa dan negaranya serta tidak hendak berhenti untuk berkorban. Orang-orang semacam ini selalu berusaha untuk kesejahteraan dan keamanan negaranya.
Di dalam masyarakat yang mengamalkan moral Al-Qur’an, orang-orangnya sangat menghargai satu sama lain. Setiap orang selalu berusaha agar orang lain merasa nyaman dan aman, karena menurut ajaran islam, solidaritas, persatuan dan kerjasama merupakan hal yang sangat penting. Setiap orang merasa berkewajiban untuk mendahulukan kenyamanan dan kepentingan orang lain. Ayat berikut merupakan contoh moralitas dari orang-orang yang beriman:

Mereka yang lebih dulu tinggal di Madinah, dan telah beriman sebelum mereka datang, mencintai mereka yang datang kepada mereka untuk berhijrah, dan tak terbetik keinginan di hati mereka akan barang-barang yang diberikan kepada mereka, melainkan mendahulukan mereka dibanding dirinya sendiri meskipun mereka sendiri sangat membutuhkannya. Siapa yang terpelihara dari ketamakan, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surat Al-Hashr: 9)

Dalam lingkungan yang orang-orangnya takut kepada Allah, setiap orang berusaha untuk kesejahteraan masyarakat. Tak seorang pun bersikap boros. Setiap orang bekerja sama dan bersatu padu sambil memperhatikan kepentingan orang lain. Hasilnya berupa masyarakat yang kaya dengan tingkat kesejahteraan yang tinggi.
Masyarakat demikian kaya akan moral dan material. Kekacauan yang mengandung sikap memberontak sama sekali sirna. Setiap orang dapat mengekang hawa nafsunya dan setiap masalah diselesaikan dengan cara yang logis. Segala persoalan dipecahkan dengan kepala dingin. Dan kehidupan, karenanya, selalu aman tentram.