Mengenang Kembali Sejarah Kegemilangan Islam

Assalamualaikum wrbth,

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, selawat dan salam kerinduan buat junjungan mulia Muhammad Ibn Abdullah yang telah lama meninggalkan kita, buat para sahabat, tabi' dan tabi' tabi'in yang merupakan generasi pewaris junjungan yang tercinta ini.

Mengambil beberapa kesempatan masa yang ada untuk dimanfaatkan bersama-sama. Ingin sekali untuk berkongsi cerita tentang seorang pejuang Islam yang cukup hebat bernama Sultan Muhammad Ibn Murad Al-Fatih.

Kisah ini seharusnya menjadi buah mulut setiap pemuda Islam yang ingin menegakkan Islam. Seawal usia 20-an, Muhammad Al-Fatih telah diberi taklifan untuk memimpin khilafah Islam yang mana kerajaan beliau telah diiktiraf oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik rakyat.

Cuba kita singkapkan kembali sejarah ini, Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:
"Sebaik-baik kurun adalah kurun aku, kemudian selepasnya dan selepasnya"

Bagi setiap kurun adalah bersamaan 100 tahun, maka jika fikirkan berdasarkan hadis Nabi diatas maka lingkungan 300 tahun pertama wahyu Al-Quran diutuskan kepada Nabi adalah kurun yang terbaik. Apa yang menghairankan ialah, Muhammad Al-Fatih berada 800 tahun ke belakang selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.


Seterusnya, seawal usia 12 tahun sultan Muhammad Al-Fateh telah diberi tugasan oleh ayahandanya untuk menjadi pemangku sultan untuk memimpin Turki. Pernah terjadi krisis sewaktu pemerintahannya apabila tentera Yanisari menuntut kenaikan gaji dan ditolak cadangan ini oleh Muhammad Al-Fateh ketika itu. Peristiwa ini menyebabkan protes dilakukan oleh tentera Yanisari sehingga api menyulut di Kota Edirne dan menghanguskan pasar-pasar. Akhirnya, pemerintah Turki terpaksa mengalah dan menaikkan gaji pasukan tentera Yanisari.

Peristiwa ini menjadi pengajaran yang cukup besar buat diri Muhammad Al-Fateh, walaupun tahkta kerajaan Turki diserahkan kembali kepada ayahandnya Sultan Murad yang kembali daripada jajahan Turki Utsmaniah di benua Asia. Namun begitu, selepas kematian ayahandanya Sultan Murad, Muhammad Al-Fateh ditabalkan menjadi pengganti khalifah seawal usianya 21 tahun.
Bertepatan tanggal 2 April 1453M, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tentera-tenteranya menggempurkan Kota Konstantinople sehingga kubu kuat pihak kristian berjaya dibuka oleh Muhammad Al-Fateh. Disebabkan peristiwa itu, Sultan Muhammad diberi gelaran 'Al-Fateh' yang membawa maksud membuka. Dengan kata lain, Muhammad yang membuka Kota Konstantinople.

Sebaik sahaja Kota ini dibuka, pada khutbah jumaat yang pertama Sultan Muhammad Al-Fateh bertanyakan soalan kepada tentera-tenteranya, "Siapakan di antara kalian yang tidak pernah tinggal solat jemaah, sila bangun berdiri". Lantas, semua tentera-tenteranya bangun berdiri. Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bertanyakan kembali, "Siapakah di antara kalian yang tidak pernah tinggal solat tahajjud bermula daripada akil baligh?". Kemudian, yang tinggal berdiri hanyalah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kesimpulannya, gabungan di antara kekuatan spiritual dan fizikal mampu melahirkan pemimpin Islam yang berjiwa besar dan berani dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Kalau dilihat di dalam Islam, pemimpin yang hebat bukan sahaja di lihat pada karakter luaran semata-mata tetapi syakhsiyyah yang hebat menghasilkan kekuatan keimanan yang mampu menakutkan tentera-tentera musuh Allah.

Wallahu'alam..
                   

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran