JUDI DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT


JUDI DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT


1.0 Pengenalan

Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini.
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang ‘HALAL’. TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya. Ini amat menjijikkan!!

SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.

Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia!!.

Jika penyakit-penyakit ini tidak dibendung, akan hancurlah negara. Generasi akan datang akan terus hidup dalam kemungkaran, dan memimpin negara tanpa landasan Islam yang sebenar. Tetapi, jika kita mencegah parasit ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang patuh pada ajaran Allah yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah dan meninggalkan larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan berintegriti juga akan terbentuk jika kita segera menghalangi perkara-perkara ini.

1.1 Judi dari Sudut Ajaran Islam

Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam. 

Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu". (Al-Baqarah: 219)

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya:
"Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". (Al-Maidah, 90-91)

Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).
Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk permainan yang dimaksudkan untuk mendapatkan keuntungan material secara mudah. Unsur 'mudah' lebih dominan daripada perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat.

Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam. Mengatakan "Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang termasuk diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah setiap permainan yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam maisir/qimar/judi yang diharamkan".

Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan "semua permainan yang didalamnya ada perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi adalah segala permainan yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya".

Al qimar / judi adalah permainan yang seorang mengambil dari kawan sepermainnya sesuatu demi sesuatu(berupa material). Al qimar/judi pada masa kini adalah seluruh permainan yang diisyaratkan padanya adanya suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang yang diambil dari pihak yang kalah.

Menurut badan kerjasama Pondok pesantren Jawa Barat bahwa judi adalah permainan dengan taruhan dengan segala bentuk dan caranya (tekniknya) yang pelakunya sebahagian beruntung dan sebahagian rugi adalah termasuk maisir/qimar.

Judi menurut Ibrahim Anis Al-Mu’;jam Al-Wasith hal 7589, adalah "setiap permainan (la’bun) yang mengandung taruhan dari kedua pihak (muraahanah)."

Menurut Al-Jurani dalam At-Ta’rif hal. 17910, judi adalah "setiap permainan yang didalamnya di isyaratkan adanya suatu (berupa material) yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang."

Menurut Ali Ash-Shabuni dalam Rawa’i Al-Bayanfi Ayat Al-Ahkam(I/279), judi adalah "setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi satu pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya".

Secara bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah uang dalam suatu permainan. Dalam Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa Arab "al maisir" atau "al qimmar". Dikatakan "al maisir" yang bermakna mudah. Karena dengan berjudi seseorang bisa mengambil harta orang lain dengan cara yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang akan bertaruh dengan hartanya dan melakukan sebuah permainan seperti dadu, tebak angka atau yang lain. Kemudian yang menang akam mengambil kumpulah harta tersebut.

Beberapa definisi tersebut saling melengkapi, sehingga dari kesemuanya dapat disimpulkan definisi judi yang secara menyeluruh. Jadi, judi adalah segala permainan yang permainan yang mengandung unsur taruhan (harta/materi) dimana pihak yang menang / untung mengambil (merampas) harta material dari pihak yang kalah.

Berdasarkan definisi itu, dalam judi ada 3 (tiga) unsur aktiviti utama :
1) Pertama, adanya taruhan harta yang berasal dari para pihak yang sedang berjudi.
2) Kedua, ada suatu permainan, untuk menentukan pihak yang menang dan yang kalah.
3) Ketiga, pihak yang menang mengambil harta yang menjadi taruhan(murahanah), sedang pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.

1.2 Judi dari Sudut Ajaran Lain

1.2.1 Judi Mengikut Ajaran Buddha

Ajaran lama Buddha Hinayana juga, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; "membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi". Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian. 

1.2.2 Judi Mengikut Ajaran Kristian

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat. 

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

1.2.3 Judi Mengikut Ajaran Yahudi

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.
Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

1.2.4 Judi Mengikut Amerika Syarikat dan Negara-negara Dunia

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.


1.3 Judi dari Kamus Dewan

1.3.1 Judi

Permainan dengan memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. meng¬guna¬kan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm ke¬adaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn mem¬per-juangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi.

1.3.2 Tikam Ekor

Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi.

1.3.3 Judi Wawei

Permainan judi dengan menikam pada salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang.

1.3.4 Judi Karen

Permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi).

1.4 Judi Bola

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi. 

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.


2.0 Punca Berlakunya Judi

Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana: 

1) Lemahnya iman
Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal soleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)

Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.

2) Kurang jati diri 

3) Kecetekan akal fikiran 

4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.


3.0 Akibat Judi

Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:

1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

2) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

3) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini. 

4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. 

5) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.
Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.

6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'

4.0 Statistik Berkaitan Judi

4.1 Kesan daripada judi adalah Pinjaman

(2/11/2009)
Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi rakyat Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion berbanding RM4.106 bilion pada bulan yang sama, 2008.

(9/11/2009)
AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi Kaunseling and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2009.

Sebahagian besar daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang potongan gaji mereka sehingga 60 peratus.

4.2 Pertumbuhan Agensi Haram Along 

Judi juga menggalakkan pertumbuhan agensi along. Along merupakan agensi peminjam wang haram yang menjadi jalan mudah kepada orang yang ingin berhutang khususnya pemain judi.
Menurut Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, pada tahun 2005 tidak kurang 1,600 Ah Long dikesan beroperasi dan tahun lalu ia bertambah kepada lebih 4,000 orang.

“Sepanjang enam bulan tahun ini sahaja lebih 2,200 operasi Ah Long dikesan hasil kira-kira 300 kes mangsa yang tampil mengadu,” jelasnya. Kata Chong, kebanyakan mangsa Ah Long adalah kaki judi, peminum arak serta peniaga kecil dan sederhana.

FAKTA AH LONG (http://yoyooh.com/original-post/yo-ori-islamic/198-hutang-oh-hutang.html):

* Budaya samseng peminjam wang yang bermula dan berpengaruh di Hong Kong.
* Memperdagangkan mata wang tanpa lesen melalui konsep pinjaman.
* Kegiatan mereka adalah jenayah.
* Operasi bergerak secara berantai (rantaian), berurusan secara lisan dan tanpa peraturan.
* Hanya beroperasi melalui orang tengah (runners).
* Didalangi orang berpengaruh yang sukar dikesan untuk tindakan undang-undang.
* Mangsanya rata-rata kaki judi (lebih 80 peratus) dan peniaga kecil serta sederhana.
* Ada lebih 4,000 Ah Long beroperasi (2006) melibatkan urus niaga haram mata wang melebihi RM50 juta.
* Mangsa Ah Long;
        i) Cina (lebih 80 peratus).
        ii) Melayu dan bumiputra (8-10 peratus).
        iii) India (5-8 peratus).
* Berpotensi jadi agen bagi institusi kewangan berlesen jika komisen menarik.
* Pasukan Banteras Peminjam Wang Haram (ceti, Ah Long atau orang tengah) Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada 26 Disember 2006.
* Akta Lesen Peminjam Wang diwartakan 2003.
* Ada 1,200 peminjam wang berlesen berdaftar dengan Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia.

4.3 Judi dan Penderaan Rumahtangga

Paling membimbangkan hampir 60 peratus daripada jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat mangsa, terutama suami mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kurang 3,000 kes penderaan dilaporkan berlaku di seluruh negara membabitkan wanita sebagai mangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis mengenai kejadian terbabit. Berdasarkan statistik, katanya sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sejumlah 2,441 kes penderaan wanita dilaporkan berbanding 3,101 pada 2004 dan 3,093 pada 2005.

“Daripada 3,093 kes yang dilaporkan berlaku pada tahun lalu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 845 kes diikuti Kedah (338); Johor (320); Pulau Pinang (272); Negeri Sembilan (253) dan Sarawak (234,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Poster Keganasan Terhadap Wanita kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jawatankuasa Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), di sini, semalam.

Berikut adalah statistik penderaan kanak-kanak yang salah satu punca adalah ayah yang kaki judi.


5.0 Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam 

Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai "pembersihan" kepada gejala ini.

1) Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain. 

Rasulullah S.a.w bersabda: " Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka." (Hadith riwayat At-Tirmizi). 

Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.

2) Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut. 

Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: " Bantulah saudaramu, baik dia zalim mahupun mazlum (dizalimi). Seorang sahabat bertanya: "Apabila mazlum (dizalimi) aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?" Rasulullah S.a.w menjelaskan: "Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya." (Hadith Riwayat Bukhari).

3) Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran