Al-Fahm rukun bai'ah yang pertama


-------------------------------RUKUN PERTAMA--------------------------------------------


AL-FAHM ( الفهم )


Kefahaman Islam yang jelas dan sohih adalah antara pra syarat kejayaan gemilang bagi sebuah Harakah Islamiyyah. Seringkali ketergendalaan gerak kerja dalaman yang dangkal terhadap prinsip-prinsip asas Islam dan perjuangannya. Salah faham di kalangan pendukung Harakah Islamiyyah pula mencetus krisis yang menggugat ketahanan strategi dan operasi.


Rukun Al-Fahm ini adalah asas utama bagi kepimpinan Islam guna menangani usaha bina Khilafah Islamiyyah. Saidina Umar Ibn Al-Khattab pernah menegaskan :


تفقهوا قبل أن تسودوا

Dalamilah urusan ugama sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin.”


Sabda Rasulullah (saw):

من يريد الله به خيرا يفقه فى الدين

“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya difahamkannya urusan agama.”

(Muttafakun Alaihi)


Perjuangan yang bertolak dari Al-Fahm yang jelas dapat menghindarkan jamaah daripada khilaf dan kecelaruan fikrah serta tindakan di kalangan anggota Harakah Islamiyyah. Sedang Al-Jidal ( الجدل ) adalah faktor kesetatan.


ما ضل قوم بعد هدى كانوا عليه إلا أوتوا الجدل

Tidak sesat sesuatu kaum selepas mendapat petunjuk malinkan mereka sering berjidal (bertelingkah)” (At-Tarmizi)


Faham yang jelas menatijahkan kesejahteraan amal dan pelaksanaan jitu dalam operasi gerakan yang dilancarkan, justeru tindakan melulu tanpa asas kefahaman yang mendalam hanyalah membawa padah yang tidak berkesudahan. Umar Ibn Al-Aziz (r.a) menyatakan:


من عمل على غير علم كان ما يفسد أكثر ما يصل

“Barangsiapa yang beramal tanpa ilmu, ia telah mendorong kerosakan yang banyak mengatasi kebaikan”.

(Manaqib Umar-Oleh Ibn Jauzi)


Sabda Rasulullah (saw):

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

Seorang yang faham (fakih) terlebih sukar ke atas syaitan berbanding 1000 orang abid

(ahli ibadah ).

(At-Tarmizi)



Faham yang jelas, menyelamatkan pendukung Harakah Islamiyyah dari bahaya kesesatan dan kegagalan. Melalui Rukan Al-Fahm ini, As-Syahid mengemukakan usul dua puluh yang perlu dipelajari untuk menghindar diri dari kekaburan maklumat dan gambaran tentang Islam. Usul dua puluh mengandungi a b c Islam yang menjadi kemestian kepada setiap pendukung Harakah Islamiyyah.

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran