Tarbiyah adalah suatu proses
Tepat jam 11.00 malam, sememangnya waktu yang menjadi rutin untuk pergi menziarahi sahabat2 di surau propana. Sebaik sahaja, habis sesi MAIKS yang diadakan, langkah ini bermula untuk menjejaki surau propana... Sambil melihat jam tangan, "Da pukul 11.15 malam ni" bisik hati kecilku. Terasa berat dan malas mula mengikat diri ini dari terus melangkah... Namun, langkah terus ke hadapan. Satu demi satu pintu diketuk, memanggil setiap isinya untuk sama2 hadir ke Liqo' Al-Mulk, macam2 boleh lihat karenah dan perangai adik2 di V6 ni.
Sebaik sahaja selesai mengetuk pintu, langkah ini terus menuju ke surau dan kelihatan sudah ada 2 orang yang sudah menunggu... Tunggu la dalam 10 minit, Alunan bacaan surah Al-Mulk secara berjemaah bermula... Di akhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran... Kemudian, sedikit pengisian bagi memberi sedikit 'taujihad' kepada jiwa2 muda yang senantiasa mengharapkan sentuhan tarbiyah...
Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Illahi yang tidak henti-henti mengurniakan nikmatNya walaupun tidak semua manusia patuh dan taat kepada suruhanNya, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang telah memberikan seluruh jiwa dan raganya demi ummatnya yang dicintai, buat para sahabat, tabi'in dan pewaris perjuangan Nabi Muhammad S.A.W....
Apabila kita menyebut tentang 'Tarbiyah', biasanya ramai yang rasa 'gerun' kerana persepsi yang menjadikan perkataan ini eksklusif kepada orang yang 'alim', berserban, berjubah dan lain2 yang seumpamanya. Namun, secara sedar atau tidak semua manusia melalui proses tarbiyah.
Firman Allah S.W.T.,
"(Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah : 151)
Dalam ayat ini, secara ringkasnya menerangkan dengan jelas konsep tarbiyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
1) Ta'lim (mengajar keilmuan)
- Di dalam Islam, segala-galanya bermula daripada ilmu, oleh sebab itu ilmu dipandang tinggi dan mulia di sisi agama. Hatta, pada sudut aqidah jika seseorang itu tidak berilmu atau bertaqlid buta, maka aqidahnya boleh terbatal atau tidak sah. Di samping itu, di dalam hadis Rasullulah S.A.W. juga menyebut bahawa tuntutan untuk menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslimin dan muslimat.
2) Ta'dib (mengajar adab)
- Sepertimana yang telah kita ketahui, indahnya adab dan akhlak nabi adalah kerana mendapat tarbiyah dari Illahi, lantas menjadikannya makhluk yang sempurna daripada melakukan sebarang maksiat (maksum). Di dalam sebuah hadith,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak" (Bukhari)
3) Tazkiyah (membersihkan jiwa)
- Secara ringkasnya, pembersihan jiwa adalah antara elemen utama atau amalan rutin yang perlu bagi setiap orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Hal ini kerana, tiada manusia yang boleh lari daripada melakukan sebarang kesalahan.
Hikmah daripada ayat di atas, terdapat 4 konsep didikan Rasulullah S.A.W. iaitu :
a) Membacakan ayat2 Al-Quran
b) Membersihkan hati para sahabat dengan Al-Quran
c) Mengajarkan mereka Al-Quran dan hikmah
d) Mengajarkan kepada mereka perkara yang tidak mereka ketahui
Sedikit coretan kata2 seorang sahabat...
"Aku adalah panah daripada panah-panah Islam, maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka" (Saad bin Abi Waqqas r.a.)
Wallahu'alam...

Comments
Post a Comment