Ketawa & Kuasa

Ketawa ialah satu dari naluri-naluri atau tabiat semulajadi manusia. Seorang ahli falsafah Greek pernah menegaskan bahawa manusia itu binatang yang pandai ketawa, tetapi manusia tidak ketawa tanpa sebab, bahkan di sebalik ketawa itu, tersembunyi sebab dan pendorongnya yang tertentu. Ahli-ahli jiwa berselisih dalam menentukan pendorong dan sebab yang sebenar yang menyebabkan manusia memecahkan ketawanya itu.


Menurut setengah ahli jiwa, tabiat ketawa itu mempunyai pertalian yang rapat dengan tabiat suka memerintah atau suka keinginan hendak menunjuk kuasa dan kelebihan, dengan erti kata ketawa ialah di dorong oleh kemahuan dan keinginan kita hendak memerintah atau hendak menunjuk kuasa atau kelebihan. Hal ini memang ternampak jelas dalam peristiwa-peristiwa berikut, iaitu mengapa kita ketawa apabila kita ternampak seorang yang kacak bergaya tergelincir rebah di tengah jalan, sedangkan kita tidak ketawa apabila kanak-kanak yang kecil, orang tua atau seekor binatang tergelincir rebah di tengah jalan?

Jawapannya, kita tidak ketawakan anak kecil dan orang tua yang telah rebah itu, kerana mereka ialah bukanlah orang-orang yang setanding dengan kita, bahkan kita memandang taraf mereka sekurang-kurangnya lebih rendah dari kita dan tidak sekali-kali mencabar taraf kita sehingga menggerakkan ke taraf keinginan kita hendak menunjukkan kuasa dan kelebihan kita keatas mereka. Kita tidak ketawakan kerebahan mereka ialah kerana kita tidak ingin menunjukkan kuasa atau kelebihan kita keatas mereka yang lemah dan rendah pada pandangan kita.

Tetapi sikap kita berlainan pula dengan terhadap orang yang kacak bergaya, kerana orang ini dianggap oleh hati kecil kita sama ada disedari atau tidak disedari sebagai orang-orang yang benar-benar setanding dan setaraf dengan kita yang cuba menunjukkan gaya, kekuatan dan kekayaannyakepada kita.


Kelakuan orang ini memang mencabar dan mengugat taraf hidup kita sehingga menggerakkan keinginan kita hendak memerintah dan menunjukkan kekuasaan dan kelebihan kita keatasnya. Oleh sebab itulah bila orang yang seperti ini rebah tergerlincir di tengah jalan, maka kita akan ketawa besar atau sekurang-kurangnya kita ketawa di dalam hati kecil kita apabila dia seorang yang beradab sopan dan terkadang -kadang kita ketawa dengan sepenuh hati apabila seorang yang rebah itu kebetulan menjadi lawan atau orang yang tidak disukai kita, kerana dengan ketawa itu sampailah cita-cita hati kita untuk melahirkan perasaan senda dan untuk menyatakan rasa puas mendapat kemenangan dan mendapat kelebihan ke atas orang yang telah dianggap mencabar taraf kita itu.

Tegasnya ketawa itu satu kenyataan yang dilahirkan oleh seseorang untuk menunjukkan kelebihannya, kekuasaannya, kepandaiannya, kecerdikannya dari yang lain. Rasa ejek dan senda yang bergelora di hati seseorang yang ketawa atas kesalahannya, kebodohan dan kemalangan orang lain itu adalah satu bentuk dan satu cara pameran tabiat hendak berkuasa dan hendak
menunjukkan diri sendiri dan keatas orang yang lain.

Di sana seolah-olah ada perang dingin yang tersembunyi diantara kita dengan orang yang lebih tahu dari kita atau orang-orang yang sebaya dengan kita atau orang-orang yang kita anggap mencabar taraf dan kedudukan kita. Oleh itu sebarang kejadian yang boleh menserbasalahkan kedudukan orang-orang itu atau mejatuhkan mereka akan mendorong kita ketawa menang.

Jadi, kita ketawa ingin merasa senang di atas orang yang lain dan ingin berasa bangga dengan diri kita biarpun untuk beberapa saat. Ramai orang yang meyangka bahawa orang yang suka ketawa itu kerana dia seorang yang berperibadi periang, tetapi sangkaan itu menurut ahli jiwa adalah tidak tepat. Ketawa itu sebenarnya seperti perbuatan temberangatau seperti perbuatan berangan-angan tinggi adalah dilakukan oleh seseorang apabila dia merasa dirinya terkurang atau terendah dari orang-orang lain.

Perasaan yang mendorong seseorang itu berusaha dengan apa cara untuk melindungi dan menutup kekurangan dan kerendahan dirinya yang dirasa olehnya. Kadang-kadang dengan usaha dengan cara negatif, iaitu berangan-angan seperti Mat Jenin dan terkadang-kadang pula dengan cara positif, iaitu seperti berlagak sombong atau ketawa berdekah-dekah dan ketawa ketuan-tuanan atas kesilapan, kebodohan dan kemalangan orang lain.

Istilah 'suka memerintah' adalah mula-mula digunakan oleh Ludwig seorang pengarang Jerman yang terkenal ketika menganalisakan tabiat ketawa. Beliaulah yang mula-mula menyebut bahawa pendorong yang menggerak seorang itu ketawa ialah keinginan hendak memerintah atau hendak menunjuk kelenihan dan kehandalannya atau keinginannya untuk mengatasi orang lain. Di dalam hubungan itu Luwig telah membawa satu dongeng burung bayan dengan seekor katak.

Ceritanya begini:

Pada suatu hari katak telah menjemput burung bayang kerumahnya. Untuk meraikan kedatangan burung bayan itu, katak telah membawa satu hidangan minuman yang ditaruh dalam satu bekas yang tidak dapat diminum oleh burung bayan, kerana dia tidak dapat menghulurkan paruhnya yang panjang itu. Katak-katak itu telah memecah ketawa nya yang berdekah-dekah bila melihat percubaan yang berhempas-pulas dari burung bayan yang gagal untuk menyedut air kedalam bekas itu.

Tidak lama selepas itu Burung bayan menjemput katak-katak ke rumahnya. Untuk membalas dendam katak-katak itu, burung bayan telah menghidangkan jamuannya dalam bekas yang tidak dapat tercapai oleh mulut katak-katak yang pendek itu. Bila katak-katak kelihatan terhegeh-hegeh hendak memakan minuman itu, maka burung bayan pun meletuskan ketawa berdekah-dekah.

Didalam dongeng ini teryatalah bahawa kita pendorong burung bayan dan katak-katak itu ketawa terhadap satu sama lain adalah perasaan menang, perasaan bangga dan berpuas hati atas kelebihan masing-masing. Teori ini adalah sesuai dengan kenyataan yang pernah ditegaskan oleh
ahli falsafah Hobbes bahawa ketawa itu adalah gejala dari kebahagiaan jiwa dan kelucuan itu satu jalan bagi melahirkan kesukaan untuk menewaskan susah derita dan pahit getir hidup yang dialami oleh manusia.

Dengan ini Hobbes seolah-olah telah menolong memperluaskan lagi pengertian ingin berkuasa sehingga meliputi kehendak mengatasi dan menewasi susah derita dan pahit getir hidup di bumi kenyataan ini. Orang-orang yang meminati cerita-cerita, filem-filem, komentar-komentar dan pemandangan lucu adalah orang-orang yang mencari sumber ketawa untuk melupakan penanggungan-penanggungan hidupnya yang pahit atau untuk mengatasi tekanan-tekanan keserabutan, kerunsingan dan penderitaan yang berkecamuk di dalam jiwa mereka.

Dengan sekilas pandangan atau tinjauan seimbas tentulah sukar kepada seseorang untuk menyatakan bahawa ketawanya itu adalah didorong oleh keinginan untuk berkuasa atau hendak menunjuk kelebihannya.

Dan kesukarannya akan lebih berat lagi dirasai apabila keinginan hendak berkuasa itu difahamkan dengan pengertiannya yang sempit, iaitu hendak memerintah,
sedangkan keinginan berkuasa yang kita maksudkan di sini ialah keinginan berkuasa dengan pengertiannya yang meluas iaitu yang meliputi segala keinginan dan kemahuan dan hendak mengatasi, mengalah, menewas, membangga dan menunjuk diri, menarik perhatian, mengambil hati, melahirkan perasaan menang, perasaan senda dan ejek dan sebagainya dari penyataan-penyataan dan gejala-gejala yang menimbulkan oleh keinginan hendak mengatasi, menewasi dan menunjuk diri.

Jika pengertian keinginan hendak berkuasa itu difaham dengan luas seperti tadi, maka tentulah akan ternyata kepada kita bagaimana tepat dan luasnya kebenaran teori ini untuk mentafsirkan sebab-sebab berbagai-bagai ketawa yang diletuskan oleh manusia.

Ketawa itu memberi kesegaran kepada jiwa, kerana orang-orang yang sedang ketawa berdekah-dekah akan dapati dirinya dibuai oleh rasa senang dan menang atas rasa duka deritanya, rasa bangga dan besar hati, rasa terkapai maksud dan kehendaknya. Ketawa juga satu hukuman atau dera siksa sosial yang pedih. Oleh sebab itulah orang-orang yang kena ketawa akan merasa dirinya terhina, Merasa kehormatannya dicerobohi, merasa kebanggaan dirinya hancur dan merasa kedudukannya kalah dan tewas.

Gejala-gejala seperti ini tidak syak lagi memberi satu gambaran yang nyata betapa rapatnya perhubungan ketawa dengan keinginan berkuasa yang menjadi tabiat semulajadi manusia.

Hinggakan ketawa orang yang muka tebal atau muka papan yang tidak terjejas atau terkesan oleh ketawa-ketawa orang terhadap dirinya juga tidak sunyi dari unsur-unsur perasaan ingin berkuasa dan ingin mengusai. Umpamanya dia berkentut di tengah majlis yang ramai, tiba-tiba orang disekelilingnya ketawa berdekah-dekah dan bila dilihat semua orang ketawakannya, maka dia pun turut meletuskan ketawa terbahak-bahak seolah kejadian itu terjadi keatas diri orang lain.

Mengapa dia ikut ketawa?

Dia ikut ketawa kerana dia mahu memperkecil sikap orang-orang yang ketawakan kentutnya dan kerana dia mahu menyelamatkan air mukanya dengan berlindung di balik ketawa-ketawa yang seolah-olah dia hendak mengistiharkan kemenangannya "aku tidak terjejas oleh ketawa kamu, aku bukan orang lemah yang boleh diseksa oleh ketawa kamu, atau aku ejek balik ketawa kamu itu."

Kadang-kadang kita ketawa kerana mengambil hati atau menarik perhatian. Oleh itu,perkataan-kerkataan, perbuatan-perbuatan telatah-telatah yang tidak berisi dengan unsur-unsur kelucuan yang tajam dan tidak wajar mendorong kita ketawa besar seringkali membuat kita ketawa besar apabila perkatan perbuatan, perbuatan dan telatah itu terbit dari orang yang kita sukai dan kita ingini mengambil hati dan memenagi kemesraannya. Dari sini dapatlah kita mengerti mengapalah kita tidak ingin ketawa bila kelucuan- kelucuan itu terbit dari orang yang kita biarpun kelucuannya itu cukup berisi dengan unsur-unsur penggeli yang boleh membangkitkan ketawa kita.

Sebabnya kita dari awal lagi tidak ada persediaan untuk mengambil hatinya. Pendeknya kita ketawanya telatah-telatah orang yang kita sukai dan sayangi itu kebanyakannya bukan kerana telatah-telatah itu mengandungi unsur-unsur kelucuan yang benar-benar pengeli, tetapi kerana didorong oleh keinginan kita hendak mengambil hatinya dan merebut kemesraan dan kepercayaannya.

Di sini sekali lagi kita lihat dengan terangnya bagaimana keinginan hendak berkuasa itu memainkan peranannya di belakang ketawa-ketawa sosial kita kerana keinginan hendak mengambil hati itu adalah satu penyataan dari keinginan hendak berkuasa.


Tetapi mengapa kita ketawa cerita-cerita lucu, gambar-gambar kartun, lakonan-lakonan Tompel, Ismail Botak, Aman belon dan lain-lainnya? Di manakah motif keinginan berkuasa di dalam ketawa-ketawa yang seperti ini?

Di dalam ketawa-ketawa seperti ini, yang sebenarnya kita ketawa bukan kerana hendak menguasai atau mengatasi si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon, tetapi kita ketawa kerana mereka telah berjaya:

( 1 ) Memberi sindiran yang tajam kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai kita.

( 2 ) Mengambarkan ejekan, sendaan dan penghinaan kepada orang-orang, golongan-golongan dan fikiran-fikiran yang tertentu yang memang mencabar kita atau tidak disukai oleh kita.

( 3 ) Memperlihatkan ketololan, kebodohan, kebingunan, kelemahan dan kecacatan kita yang membangkitkan sendaan kita.

Pendeknya, yang menjadi sandaran ketawa kita yang sebenar bukannya si Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon, tetapi ialah orang-orang, golongan-golongan dan fikiran- fikiran yang mencabar kita yang telah ditindas oleh Tompel, Ismail Botak dan Aman Belon dengan kelucuan mereka yang pedas. Tegasnya kita ketawakan si Tompel dan rakan-rakannya ialah kerana mereka terkoyong-koyong telah menolong kita untuk menyendakan orang-orang, golongan-golongan, fikiran-fikiran, ketololan-ketololan dan kelemahan-kelemahan yang mereka tidak setujui. Di sinilah, letaknya motif keinginan hendak berkuasa, kerana senda-menyenda, ejek-mengejek itu adalah bentuk dari penyataan ingin berkuasa dan menguasai.

Tetapi sebaliknya kita tidak ketawa, bahkan akan marah apabila cerita-cerita, filem-filem dan lakonan lucu itu cuba menggunakan orang-orang, golongan-golongan atau fikiran-fikiran yang kita hormati dan pujai itu sebagai sasaran dan landasan untuk dilucu dan disenda-sendakan mereka kerana kita memang dari mula lagi tidak sekali-kali ingin memperkecil-kecilkan mereka yang kita hormati dan pujai itu.

Kadang-kadang pula kita ketawakan ahli-ahli lawak jenaka itu ialah kerana mereka telah membuat tiru-tiruan dan ajukan yang sungguh tepat dan berjaya sehingga membangkitkan kesukaan kita untuk menyertai kejayaan dan kemenangan mereka.

Hinggakan di dalam ketawa-ketawa kena geletek atau kena sentuh bahagian anggota-anggota geli yang tertentu pada tubuh kita juga tidak sunyi dari unsur keinginan hendak berkuasa, kerana ketawa kita di waktu itu bukan semata-mata kerana geli, tetapi juga kerana mengambil hati orang-orang yang menggeletek kita yang memang kita sukai itu.

Oleh sebab itu kita tidak ketawa bahkan kadang-kadang kita marah apabila kita digeletek oleh orang-orang yang kita benci atau orang-orang yang kita tidak ingin mengambil hatinya.

Kadang-kadang pula kita ketawa untuk menutup kekurangan atau melindungi kelemahan kita seperti kita ketawa apabila kita sedar telah melakukan satu kesilapan, dan bererti bahawa kita cuba mengatasi kelemahan dan kekurangan kita dengan ketawa. Orang-orang yang terikut ketawa di dalam majlis-majlis dan perhimpunan-perhimpunan ramai, sedangkan mereka kadang-kadang tidak mengetahui hujung pangkal kelucuan yang diketawakannya itu yang sebenarnya bukanlah kerana mereka tidak mahu dianggap tidak faham oleh orang lain seolah-olah mereka mahu menyatakan dengan ketawa mereka "Aku juga faham seperti kamu" walaupun mereka tidak faham.

Demikianlah besarnya keinginan mahu berkuasa mendorongi manusia meletuskan ketawa mereka yang terbahak-bahak dan berdekah-dekah.

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran