Siasah Vs Politik

PENGENALAN

Islam merupakan suatu cara hidup yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada semua para Nabi dan Rasul sebagaimana firmanNya :

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ أَنَاْ فَاعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami Wahyukan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; Oleh itu beribadatlah kamu kepadaku”

(Surah Al-Anbiyaa’ : 25)

Islam merupakan suatu cara hidup yang lengkap merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuk soal-soal politik.

Saya memetik ulasan Dr.Yusof al-Qaradawi [1]; Ada dua sebab mengapa Islam meliputi aspek politik kehidupan;


1- Islam mempunyai pendirian jelas terhadap politik dan mempunyai hukum yg berkaitan dgn hal-ehwal yg dianggap sebagai politik.Islam itu bukanlah semata-mata ajaran atau ibadah yg tiada kaitan dgn kehidupan; bahkan, ianya adalah satu ajaran lengkap utk kehidupan manusia.

"Islam adalah satu sistem lengkap, berkaitan dgn semua

aspek kehidupan; ianya berkaitan Negara dan tanah air, atau kerajaan dan bangsa; ianya berkaitan akhlak dan kuasa, atau ihsan dan keadilan; ianya berkaitan budaya dan undang-undang, atau pengetahuan dan perundangan; ianya berkaitan kebendaan dan kekayaan, atau pendapatan dan kekayaan; ianya berkaitan Jihad dan dakwah, dan akhirnya ianya adalah fahaman yg benar dan ibadah , spt yg diterangkan oleh Imam Hasan Al-Banna.

2-Sifat seorang Muslim yg sejati yang dimestikan oleh Islam memerlukannya untuk terlibat dgn politik. Setiap Muslim dimestikan untuk menunaikan tanggungjawab Islam yg menyuruhnya berbuat kebaikan dan
mencegah keburukan. Adalah menjadi tanggung jawab setiap Muslim untuk menasihati saudara Muslimnya dan pemimpin Negara Islam. Kita sebagai Muslims diarahkan dlm surah Al-`Asr supaya menyuruh berbuat kebaikan dan bersabar. Allah berfirman:

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-`Asr: 1-3)

Nabi Muhammad SAW menyuruh setiap Muslim utk melawan kejahatan dan menentang ketidakadilan dan jangan menerima penindasan.

Ketika Ditanya tentang bentuk Jihad yg terbaik, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Bentuk Jihad yg terbaik ialah menegakkan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim." Adalah dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Penghulu bagi org yang mati syahid ialah Hamzah dan selepasnya seorang lelaki yang di bunuh kerana dia menentang pemerintah zalim dengan menyuruhnya membuat kebaikan dan meninggalkan keburukan."

DEFINISI ISLAM

Kata Islam ialah kata jadian Arab. Asalnya dari kata jadian juga : Aslama. Akar katanya ialah Salima, beerti : Sejahtera, tidak bercela, tidak bercacat. Dari kata itu terjadi kata masdar : salamat. Salm atau silm beerti : kedamaian, kesejahteraan, kepatuhan, penyerahan diri pada Allah SWT [4].

Islam mahu mengarahkan kehidupan seluruhnya mengikut arahan dan hukumnya, juga mencelupkan kehidupan dengan Islam yang merupakan celupan Allah.

Firman Allah yang bermaksud : “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah):) Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? ( Al Baqarah ayat 138).

DEFINISI SEKULAR

Sekularisme adalah faham yang memutuskan hubungan antara agama dan dunia. Akar kata sekularisme ialah secular (sedular), yang beerti dunia. Kebudayaan mengisi kehidupan dunia. Agama untuk kehidupan akhirat.

Antara dunia dan akhirat dibatasi dengan suatu garis pemisah yang tajam, masing-masing mestilah berada dalam lingkarannya. Agama tidak boleh memasuki perkara-perkara kebudayaan, sebaliknya kebudayaan tidak boleh memasuki perkara-perkara agama. Dalam social, ekonomi, politik, ilmu serta teknik dan segi jangan dibawa-bawa agama [4].

DEFINISI POLITIK MENGIKUT ISLAM

Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama salafush shalih dikenal istilah siyasah syar’iyyah, misalnya. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan berarti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra artinya dabbarahu (mengurusi/mengatur perkara).

Jadi, asalnya makna siyasah (politik) tersebut diterapkan pada pengurusan dan pelatihan gembalaan. Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia; dan pelaku pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai politikus (siyasiyun). Dalam realitas bahasa Arab dikatakan bahwa ulil amri mengurusi (yasûsu) rakyatnya saat mengurusi urusan rakyat, mengaturnya, dan menjaganya. Begitu pula dalam perkataan orang Arab dikatakan : ‘Bagaimana mungkin rakyatnya terpelihara (masûsah) bila pemeliharanya ngengat (sûsah)’, artinya bagaimana mungkin kondisi rakyat akan baik bila pemimpinnya rusak seperti ngengat yang menghancurkan kayu. Dengan demikian, politik merupakan pemeliharaan (ri’ayah), perbaikan (ishlah), pelurusan (taqwim), pemberian arah petunjuk (irsyad), dan pendidikan (ta`dib).

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya : "Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah" (HR. Bukhari dan Muslim). Teranglah bahwa politik atau siyasah itu makna awalnya adalah mengurusi urusan masyarakat. Berkecimpung dalam politik berarti memperhatikan kondisi kaum muslimin dengan cara menghilangkan kezhaliman penguasa pada kaum muslimin dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka. Untuk itu perlu mengetahui apa yang dilakukan penguasa dalam rangka mengurusi urusan kaum muslimin, mengingkari keburukannya, menasihati pemimpin yang mendurhakai rakyatnya, serta memeranginya pada saat terjadi kekufuran yang nyata (kufran bawahan) seperti ditegaskan dalam banyak hadits terkenal. Ini adalah perintah Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Berkaitan dengan persoalan ini Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Siapa saja yang bangun pagi dengan gapaiannya bukan Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namum tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka." (HR. Al Hakim)

Rasulullah ditanya oleh sahabat tentang jihad apa yang paling utama. Beliau menjawab : "Kalimat haq yang disampaikan pada penguasa" (HR. Ahmad).

Berarti secara ringkas Politik Islam memberikan pengurusan atas urusan seluruh umat Muslim.

DEFINISI POLITIK MENGIKUT SEKULAR

Satu persaingan/pertentangan/perjuangan untuk mendapat kuasa yang terhad antara individu atau kumpulan yang melibatkan konflik.

Jadilah politik disifati dengan kedustaan, tipu daya, dan penyesatan yang dilakukan oleh para politisi maupun penguasa. Penyelewengan para politisi dari kebenaran Islam, kezhaliman mereka kepada masyarakat, sikap dan tindakan sembrono mereka dalam mengurusi masyarakat memalingkan makna lurus politik tadi. Bahkan, dengan pandangan seperti itu jadilah penguasa memusuhi rakyatnya bukan sebagai pemerintahan yang shalih dan berbuat baik.

Hal ini memicu propaganda kaum sekularis bahwa politik itu harus dijauhkan dari agama (Islam). Sebab, orang yang paham akan agama itu takut kepada Allah SWT sehingga tidak cocok berkecimpung dalam politik yang merupakan dusta, kezhaliman, pengkhianatan, dan tipu daya.

Cara pandang demikian, sayangnya, sadar atau tidak mempengaruhi sebagian kaum muslimin yang juga sebenarnya ikhlas dalam memperjuangkan Islam. Padahal propaganda tadi merupakan kebenaran yang digunakan untuk kebathilan (Samih ‘Athief Az Zain, As Siyasah wa As Siyasah Ad Dauliyyah, hal. 31-33). Jadi secara ringkas Islam tidak bisa dipisahkan dari politik.

Ciri-ciri penting politik Islam

1. Bersifat Rabbani (Ketuhanan)

2. Bersifat Syumuliah

3. Bersifat amanah

4. Keadilan

Ciri-ciri penting politik Sekular

1. Mengikut hawa nafsu manusia

2. Tidak sempurna

3. Bersifat kuasa

4. Menimbulkan konflik

5. Materialisma

PERBEZAAN POLITIK ISLAM DENGAN POLITIK SEKULAR

PERBEZAAN PERTAMA : SUMBER

Berdasarkan cirri-ciri di atas jelaslah wujud perbezaan yang jelas antara politik ISLAM dan politik SEKULAR. Politik ISLAM adalah bersumber kepada ILAHIYYAH iaitu ALLAH SWT yang termaktub dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sementara politik SEKULAR berlandaskan fikiran manusia yang dangkal dan cetek serta dipengaruhi hawa nafsu. sistem politik sekuler bersumber dari sejarah traumatis masyarakat Barat.

PERBEZAAN KEDUA : KEADILAN

Politik ISLAM menjamin keadilan kepada semua makhluk sementara politik sekular menindas sebahagaian yang lain. Contoh jelas yang boleh diutarakan di sini ialah perbezaan di zaman Khalifah Tukri Othmaniyaah dan di zaman pemerintahan diktaktor Mustafa Kamal al-Tartuk La’natullahalaihi di Tukri.

Di zaman Khalifah Tukri Othmaniyah, kebebasan berugama telah diberikan kepada semua. Sementara di zaman Mustafa Kamal, ISLAM disekat dengan cara yang zalim hasil didikan sekular yang ingin memadamkan peranan ISLAM dalam kehidupan seharian.

PERBEZAAN KETIGA : KONSEP AMANAH & KUASA

Merujuk kepada definisi politik sekular, jelas kuasa merupakan matlamat yang utama. Matlamat ini membolehkan golongan sekular untuk menggunakan apa sahaja cara memperolehi kuasa. Menurut Stoner & Wanker (1989), kuasa adalah kebolehan untuk mengenakan pengaruh ke atas individu lain [2].

Berbeza dengan ISLAM. Politik merupakan amanah. Politik merupakan wasilah untuk melaksanakan segala tuntutan ILAHI. Amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ini menuntut pemimpin-pemimpin ISLAM berhati-hati dalam mentadbir Negara.

Memetik Ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar kali ke -54 yang berbunyi :

Mereka tidak boleh menyembunyikan diri daripada tanggungjawab menjadi

penyebab kepada gejala politik zalim dan menipu, menindas antara satu sama lain dan penyebab kepada gejala sosial yang merosakkan akhlak sehingga jiwa menjadi berkecamuk dan akhirnya membuahkan jenayah. Itulah natijah sekularisma yangmelahirkan berbagai ideologi dan teori yang memisahkan cara hidup daripada agama. Maka jangan sekali-kali mengajak kita atau memaksa kita supayameninggalkan Islam yang sempurna ini agar tenggelam bersama mereka [3] . Allah mengingatkan kita dengan firman Nya :

”Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”

PERBEZAAN KEEMPAT: MATLAMAT

Matlamat terakhir politik Islam ialah Keredhaan Allah SWT. Ini jelas daripada apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Pembinaan Negara ISLAM Madinah ialah demi menjamin keredhaan Allah SWT. Setelah selesai tugas Baginda SAW, maka Baginda pun wafat.

Sementara matlamat politik sekular ialah kepuasaan hawa nafsu dan materialisma. Mereka secara jelas membuat pemisahan antara agama dan pemerintahan.

PERBEZAAN KELIMA: KHALIFAH

Politik ISLAM merupakan fitrah bagi manusia yang beraqal. Garis panduan yang telah lengkap berdasarkan al-Quran dan Sunnah RAsulullAh SAW adalah yang terbaik. Islam mengiktiraf manusia sebagi KHALIFAH. Sebagaimana tugas khalifah ialah mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan ugama.

Politik Sekular menaggap orang yang terlibat dengan politik merupakan politikus sahaja. Tiada kaitan dengan Tuhan Rabbul Alamin. Mereka bebas mengatur dan mentadbir dunia mengikut selera meraka. Mereka menolak campurtangan ugama dalam pentadbiran. Sebagaimana kata-kata mahsyur “Berikan Kaisar hak Kaisar dan berikan Tuhan hak tuhan!”. Jelas mereka telah memisahkan agama dan pemerintahan.

PERBEZAAN KEENAM: METHOD UNTUK MENCAPAI MATLAMAT

Islam telah meletakkan batu asas yang jelas kaedah untuk mencapai kepada matlamat politik. Untuk mencapai tujuan penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah mestilah berpandukan kepada Allah dan RasulNya.

Politik sekular merujuk kepada morak Machiavellisme, iaitu tujuan menghalalkan cara [4]. Cara ataupun method ini mungkin jalan yang baik ataupun menurut jalan yang salah asalkan mereka memperolehi kuasa.

KESIMPULAN

ISLAM merupakan DIN (cara hidup) yang sempurna merangkumi soal politik, social, ekonomi dan semua aspek kehidupan manusia. Kesempurnaan ISLAM ini juga terhadap soal-soal politik. Kesempurnaan ISLAM telah menjadikan strukur masyarakat ISLAM begitu kuat kerana semua aktivit harian berpandukan kepada ISLAM.

Sekular adalah batil dan menyalahi FITRAH KEMANUSIAAN. Kebatilan fikrah secular ini turut menjalar kepada sistem politik mereka. Dakyah mereka hari ini telah berjaya mewujudkan kelompok yang begitu taksub kepada aqidah secular. Apa yang lebih menyedihkan, fikrah ini turut menjalan kepada masyarakat ummat Islam.

Secara konklusinya, terdapat perbezaan jelas yang membezakan politik ISLAM dan politik SEKULAR. Dalam tulisan ini, saya telah menyentuh aspek perbezaan sumber, keadilan, konsep amanah dan kuasa, matlamat dan tugas khalifah.


RUJUKAN

[1] http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?

[2] Politik Dalam Organisasi dan Interaksi Terhadap Pemikiran Global oleh Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Alor Setar

[3] Ucapan Dasar Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke – 54 2008

[4] Dr. Haron Din (2000), Manusia dan Islam :Dewan Bahasa dan Pustaka

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran