Murtad - Barah buat Umat Islam

Assalamualaikum wrbth,

Ucapan lafaz syukur ke hadrat illahi atas segala limpah rahmat dan kurniaanNya yang tidak mampu dihitung apatah lagi dibalas dengan amal ibadah hamba-hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang sentiasa dirindui untuk bertemu dengan baginda, buat para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan salafus soleh yang mendapat redha Allah SWT.



Iman dan Islam merupakan dua nikmat yang paling berharga diberikan oleh Allah SWT kepada manusia. Namun, kadangkala manusia alpa dengan nikmat yang diberikan sehinggalah sanggup membinasakan diri mereka sendiri dengan menolak nikmat yang telah diberikan kepadanya.

Pelik tapi benar, kata2 orang tua bahawa; "jika kita mendapat sesuatu nikmat dapat secara percuma, kita cenderung untuk tidak menghargainya". Contohnya, jika kita diberikan hadiah sebuah basikal, kita akan pakai basikal tersebut tetapi kita jarang 'menjaga' basikal tersebut.

Kadang2 kalau basikal kita kotor pun, biar je la... malas nak basuh...
Cuba kita fikirkan, kalaulah basikal tersebut kita yang beli sendiri dengan menggunakan duit tabung yang dikumpul... agak2, bagaimana keadaan basikal yang kita akan pakai... Mungkin tidaklah mahal harganya, tapi 'mahal' rupa parasnya...

Begitu jugalah dengan nikmat Iman dan Islam yang diberikan kepada kita. Ada orang dapat Iman dulu barulah dapat Islam, namun ada juga orang yang dapat Islam dulu baru dapat Iman. Mengikut situasi di Malaysia, kebanyakan daripada kita dapat Islam dulu baru dapat Iman. Macam mana tu...

Biasanya dalam keluarga @ di sekolah kita diajarkan dengan sistem Islam... cara makan, doa sebelum tidur, akhlak seorang anak yang soleh/ah dll... Tapi, agak susah untuk kita laksanakan kerana kita kurang 'rasai' apa yang kita buat. Rasa itulah yang dikatakan dengan Iman.

Manakala, kalau kita lihat di negara2 bukan Islam contohnya di Eropah, ada antara paderi yang masuk Islam kerana melihat begitu banyak penyelewengan yang ada di dalam agama kristian. Contohnya, soal ketuhanan yang tidak jelas dan sering menjadi misteri sehingga menjadi 'taboo' untuk bertanya tentang soal ketuhanan. Akhirnya, paderi tersebut mengatakan bahawa dia telah menemui ketenangan jiwa dengan Islam.


Pendek kata, kita dibentuk secara luaran tapi jiwa dalaman tidak dapat memahami apa yang kita lakukan...


Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam buku Iman dan Kehidupan, takrif iman adalah membenarkan di dalam hati, melafazkan dengan lisan, menzahirkan dengan anggota badan serta 'nazoral hayah' @ pandangan kehidupan. Oleh itu, orang yang mempunyai iman mesti melihat hidup berdasarkan wahyu Illahi, jika dia tidak mampu melihat maka seolah-olah imannya sudah tiada.


Contohnya, apabila kita makan... seringkali kita melihat kuantiti makanan yang menyebabkan faktor utama mengapa kita kenyang, sedangkan 'rasa kenyang' itu merupakan nikmat yang Allah SWT berikan atas usaha kita mengunyah makanan. Sebab itu, kita lihat ada orang makan sikit tapi da kenyang, ada juga yang makan banyak tapi x kenyang2...

Oleh itu, Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita bahawa selepas kita makan kita ucapkan lafaz 'Alhamdulillah' tanda kita syukur atas nikmat Allah SWT walaupun kita belum kenyang kerana harap2 Allah SWT yang akan bagi kita kenyang.

Semalam, menurut laporan
malaysiakini bahawa negeri sabah merupakan negeri yang paling tertinggi permintaan untuk orang Islam murtad. Manakala, situasi yang berbeza berlaku di Kelantan, iaitu sifar jumlahnya.

Adakah pemimpin negeri @ menteri besar mempengaruhi perkara ini??...
Fikir2 kan...

Kesimpulannya, Jagalah Allah dalam diri anda nescaya Allah akan menjagamu dengan kekuasaanNya. Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran