Persiapan pejuang ansorullah

Assalamualaikum wrbth,

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa jihad merupakan perkara utama di dalam agama Islam, bahkan ada ulama yang berpendapat bahawa jika ada rukun Islam yang keenam, maka rukun itu adalah jihad fi sabilillah. Namun, dalam kemarakan semangat dalam berjihad kadangkala para abnaul harakah terlupa untuk menilai kualiti diri @ fardil muslim yang membentuk diri pejuang yang sebenar dan mendapat pertolongan Allah SWT di medan peperangan.
Merujuk kepada firman Allah SWT:


Maksudnya:
"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang." (As-Saff : 14)

Akan tetapi gelaran ansorullah hanya akan dapat dicapai berdasarkan syarat2 @ kriteria yang melayakkan diri pejuang untuk mendapatkannya. Di dalam satu ucapan oleh Us Nasrudin Tantawi ada menyebutkan bahawa 3 elemen penting bagi pejuang 'ansorullah' ialah:
         1) Sohihul aqidah - Aqidah yang jelas
         2) Sorihul fikrah - Fikrah yang jelas
         3) Solehul syakhsiyah - Personaliti yang baik

Ketiga-tiga elemen ini mesti digarap di dalam diri setiap abnaul harakah supaya usaha @ jihad yang telah mereka laksanakan tidak menjadi sia2 bahkan berpotensi menjadi 'al-mutasaqitun ala tariq ad-dakwah' @ golongan yang tercicir dalam jalan dakwah... wal iya zu billah...  

Untuk mencapai kesinambungan ketiga-tiga elemen tersebut, maka setiap abnaul harakah perlulah melaksanakan 'pemutihan intima' @ mengevaluasi semula objektif menggabungkan diri bersama jemaah @ harakah.

Syed hawa ada menyebut di dalam kitabnya, 'Jundullah; Thaqafatan wa akhlaqan' tentang ciri2 intima yang ada di dalam diri abnaul harakah.


Pertama, 'Intima afawi' @ menggabungkan diri kerana kecenderungan yang tertentu. Kadangkala, sebahagian abnaul harakah cenderung melihat pimpinan bagi jemaah yang memakai kopiah; kelihatan wara' dan soleh. Namun, apabila pada suatu keadaan bilamana abnaul harakah tersebut melihat pimpinan itu tidak lagi memakai kopiahnya, maka dia bertindak untuk keluar dari jemaah kerana tidak lagi mempercayai pimpinannya itu.

Kedua, 'Intima syakhsi' @ menggabungkan diri kerana personaliti individu. Hal ini juga kadangkala berlaku kepada sesetengah abnaul harakah, apabila hadir ke majlis2 ilmu @ kuliah2 agama, maka dilihatnya hebat pidato penceramah tersebut. Akibatnya, dia merasa terpesona dan bersedia untuk bersama dengan jemaah. Namun, apabila penceramah tersebut sudah lagi tiada, maka dia merasa kecewa dan bertindak untuk keluar daripada jemaah.

Ketiga, 'Intima maslahi' @ menggabungkan diri kerana kepentingan tertentu. Kebiasaannya, di dalam sesebuah jemaah ekonomi merupakan elemen penting yang membantu pergerakan dan perkembangan jemaah. Ada juga sebahagian abnaul harakah yang menjadi ahli jemaah kerana mahukan saham @ insentif ekonomi supaya dapat menjana pendapatannya. Namun, bilamana perniagaannya tidak berjaya lagi, dia bertindak untuk keluar daripada jemaah kerana fikirnya; ini akan menambahkan kerugiaannya.

Keempat. 'Intima isti'jali' @ menggabungkan diri secara spontan. Adakalanya, sesetengah abnaul harakah tidak mengetahui mengapa dia berada di dalam jemaah. Tahu2, dia sudah menjadi ahli dan terus serta di dalam aktiviti2 yang diadakan. Hal ini mungkin terjadi kerana ibubapanya merupakan ahli jemaah tersebut. Maka, tidak hairanlah dia juga turut serta bersama di dalam jemaah itu. Namun, bilamana jemaah tersebut di serang dan di tuduh oleh musuh dengan fitnah, maka dia menjadi keliru dan terus bertindak untuk keluar daripada jemaah.

Kelima, 'Intima aqidi' @ menggabungkan diri kerana aqidah Islamiah. Inilah yang sebenarnya diajarkan dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW ke atas setiap umat Islam untuk terus berada di dalam jemaah Islam dalam mempertahankan dan menegakkan Al-Quran serta As-Sunnah dalam mentadbir @ menjadi khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.

Kesimpulannya, hanya satu sahaja 'initma' @ penggabungan diri yang diterima dan menjamin nilai istiqamah dalam perjuangan supaya mendapat kemuliaan dalam kehidupan atau mati syahid di jalan Allah SWT. Ayuh abnaul harakah... JOM UBAH!!!



Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran