Posts

Showing posts from December, 2010

Tujuh kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat

Image
Ada tujuh kejayaan besar konvensyen itu ialah: Pertama: Mampu mencapai matlamat mengumpul dan memperlihatkan kesepakatan dan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun selama dua tahun ini ia ‘diserang’ tidak henti-henti oleh musuh politiknya dari segenap sudut. Kira-kira 2,000 yang hadir tidak berganjak dari awal hingga akhir menghadiri Konvensyen tersebut - menjadi manifestasi keazaman dan kesungguhan warga Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Pakatan. Kedua: telah berjaya menjawab semua fitnah dan tuduhan musuh politknya dengan jelas dan meyakinkan. Puluhan pengamal media – dalam dan luar negara – menyaksi dan melaporkan jawapan ini. Ketiga: kejayaan Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa buah negeri. Pameran tersebut memberi erti dan memeriahkan konvensyen tersebut. Keempat: keputusan padu – dengan sebulat suara - mengekalkan terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen. Ini tentu sekali m...

Mengfaraidkan harta awam

Image
Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR. Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni. Caranya bagini: Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasa...

Pilihanraya Lagi...

Image
ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki. Menurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut. Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan. Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu. Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus da...

Tafsir Surah Al-Maidah ; ayat 82

Ada Paderi Yang Memeluk agama Islam Dan di kalangan orang Yahudi juga, yang menyihirkan Nabi s.a.w. Ertinya, mereka menggunakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi s.a.w. termasuk melalui peperangan dan perancangan jahat yang lain termasuk sihir dan meracun Nabi s.a.w. Golongan yang kedua adalah musyrikin termasuk penyembah berhala, penyembah api, penyembah bintang dan seumpamanya, merupakan golongan yang paling bermusuh dengan orang Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya engkau dapati juga (wahai Muhammad s.a.w.) mereka yang paling hampir kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Nasara (Kristian), sebabnya mereka itu terdiri daripada kalangan orang alim dan ahli ibadat dan mereka itu tidak sombong." (Surah al-Maidah: 82) Di kalangan mereka terdiri daripada orang alim yang benar, bukan orang alim yang menyeleweng. Diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya dari Urwah bin Az-...

Pakatan Rakyat sebagai medan strategik memperkenalkan keindahan Islam

Kepincangan sistem tajaan barat dalam negara kita menyebabkan berlakunya berbagai-bagai gejala yang parah dan mendukacitakan semua pihak. Masyarakat yang mempunyai wawasan dalam kehidupan mereka mula mencari alternatif baru untuk diamalkan dalam negara ini. Setakat ini banyak pihak melihat dasar yang diperjuangkan oleh PAS (Islam) adalah alternatif yang terbaik menggantikan dasar pincang yang sedia ada. Ucapan yang sering didedahkan dalam ceramah-ceramah umum PAS banyak berkisar di sekitar kesyumulan Islam yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Ucapan ini tidak difahami oleh ramai kalangan umat Islam sendiri, apatah lagi golongan Non-Muslim. Dengan itu medan pakatan rakyat adalah terbaik buat masa ini untuk mendekati sasaran dakwah. Antara fakta-fakta penting yang mampu menarik perhatian Non-Muslim dan boleh diketengahkan ialah: 1- Kesyumulan Islam Firman Allah S.W.T.: "Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dar...

Perjuangan yang terus mengalir

Image
Assalamualaikum wrbth, Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat illahi atas segala limpahan kurnia, andai dijadikan lautan sebagai tinta dan pohon-pohon sebagai pena nescaya akan habis kesemua lautan namun tidak mampu menulis kesemua nikmat-nikmat yang diberikan. Tidak dilupakan juga buat junjungan mulia Rasulullah SAW, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in. Memetik ayat 30 di dalam Surah Fusshilat, Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu. " Jika teliti ayat diatas,bahawa kriteria untuk menerima ganjaran Allah adalah; ...