PRASYARAT KEPIMPINAN GERAKAN ISLAM ALAF BARU
Motto:
Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 71:
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُوْلَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا(71)
"Pada hari kiamat kelak Kami menyeru setiap golongan manusia berdasarkan (jenis) pemimpin mereka, maka sesiapa yang diberikan catitan amalnya dari sebelah tangan kanannya maka mereka itu membacanya ( dengan penuh rela) sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi."
Muqaddimah
Kepimpinan adalah suatu peranan sosial yang vital dan menentukan masa depan mana-mana organisasi; samada organisasi yang bergerak dalam sektor awam, sektor swasta mahupun sektor sosial. Ia juga merupakan tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Kepimpinan adalah sumber pengaruh yang mencorakkan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama ia juga menjadi lumrah sumber kebanggaan dan kepentingan yang menjadi rebutan manusia untuk membuktikan keunggulan mereka berbanding orang lain. Lebih jauh, ia bukan sahaja suatu responsibility dan accountibility duniawi semata-mata bahkan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di hadapan Allah Azza wa Jalla.
Sebab itulah Rasulullah menegaskan tentang kecelakaan yang akan menimpa seseorang di akhirat kelak apabila ia memikul beban kepimpinan yang ia tidak sanggup melaksanakannya dengan amanah dan adil di samping menjatuhkan maruah umat. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah: "Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."[i]
Dalam masa yang sama Islam menganggap kepimpinan mempunyai martabatnya yang mulia dan ganjaran yang lumayan dari Allah Azza wa Jalla. Syeikh Izzuddin menegaskan:
اجمع المسلمون على ان الولايات من افضل الطاعات وان الولاة المقسطين اعظم اجرا واجل قدرا من غيرهم لكثرة ما يجري على ايديهم من اقامة الحدود ودرء الباطل.
Al-Tartusyi menegaskan dalam utusan kepada Ali Bin Yusuf Tasyifin:
((يا أبا يعقوب , لقد ابتليت بأمر لو حملته السماوات لانفطرت , ولو حملته النجوم لانكدرت, ولو حملته الأرض والجبال لتزلزلت وتدكدكت, إنك حملت الأمانة التي عرضت على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها.واعلم يا أبا يعقوب أنه لا يزني فرج في ولايتك ومدى سلطانك طول عمرك, إلا كنت المسؤول عنه والمطالب به والمرتهن بجزيرته ,ولا يشرب فيها نقطة مسكر إلا وأنت المسؤول عنها ,ولا ينتهك فيها عرض مسلم إلا وأنت المطالب به , ولا يتعامل فيها بالربا إلا وأنت المأخوذ , وكذا سائر المظالم وكل حرمة انتهكت من حرمات الله تعالى فعهدتها عليك , لأنك قادر على تغييرها . فأما ما خفي عليك من ذلك , فأنت المبرأ منه, إن شاء الله تعالى .))
Definisi Kepimpinan
Sejak kajian ilmiah yang mendalam terhadap kepimpinan dijalankan terdapat lebih 350 definisi telah diajukan oleh pelbagai kalangan. Ini adalah kerana sifat kepimpinan itu sendiri begitu kompleks dan sukar difahami. Namun pada peringkat mutakhir ini banyak kemajuan telah dicapai dalam hubungan ini. Kajian-kajian terkini telah mendedahkan beberapa elemen asas yang menekankan hakikat istilah ini sebagai suatu faktor yang paling mempengaruhi masyarakat dan organisasi.
Kepimpinan menurut bahasa Arab merujuk kepada istilah seperti al-Khilfah, al-Imamah, al-Wali, al-Risyadah, al-Qiadah dan az-Za'amah. Dalam bahasa Inggeris ia disebut "leadership".
"To lead is to control (a group of people) to be the person who makes the decision or the most important person in the group". (Cambrigde Dictionary of English, hal. 803). Dalam bahasa Melayu pemimpin bermakna: mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara dan lain-lain). (Kamus Dewan, edisi 3, hal.1037).
Menurut Richard L. Daft :
"Leadership is an influence relationship among leaders and followers who intend real changes that reflect their shared purposes"[ii]
[i] Said Hawa, Fusulun fil al-Imrah wa al-Amir, Maktabah al-Risalah al-Hadithah, Amman, Jordan, 1982, hal 10.
Kepimpinan melibatkan elemen berikut:
Kepimpinan dan pemimpin memang dikelilingi oleh berbagai faktor, peranan dan ruang; di mana ia perlu memimpin dan membuat perubahan. Ia bertindak mempengaruhi dan membimbing para pengikutnya. Dalam masa yang sama ia juga dipengaruhi oleh para pengikut yang inginkan perubahan yang positif bagi organisasi dan diri mereka sendiri. Oleh itu pemimpin wajar membuat perubahan bukan sekadar bercokol mempertahankan kedudukan dan kepentingan diri. Lebih jauh perubahan itu sendiri bukan hanya suatu hasrat yang dipaksakan oleh pemimpin dari atas bahkan ialah hasil dari perkongsian misi dan visi yang digagaskan secara jamaah. Ini bermakna pemimpin berperanan mempengaruhi orang yang dipimpin untuk membentuk masa depan dan membuat perubahan seperti yang disepakati bersama.
Kepimpinan secara umum tertera dalam keupayaan merumus konsep, visi dan misi pergerakan, merancang, memotivasikan para pengikut, memiliki kemahiran pengurusan, pentadbiran, penjagaan, pemeliharaan, penyelarasan, pengawalan, pendisiplinan dan sebagainya. Lebih jauh ia merangkum keupayaan memanfaatkan keupayaan dan kelebihan para pengikut, menyelesaikan pertikaian sesama mereka, mewakili pergerakan, serta memaparkan imej harakah yang dipimpinnya. Pemimpin lumrahnya mempunyai keupayaan komunikasi yang baik, kewibawaan dan keupayaan sosial, daya penarik dan keupayaan menilai sesuatu perkara dan situasi dengan saksama.
Senario Baru Yang Melatari Kepimpinan Masa Kini
Merubah struktur, tugas dan suasana kumpulan. Kadang-kadang struktur, bentuk tugas dan suasana yang wujud di dalam kumpulan perlu diubahsuaikan mengikut gaya kepimpinan yang ada di dalamnya. Kumpulan perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya ianya “best fit”dengan corak kepimpinan yang wujud.[ii]
Senario Baru Yang Melatari Kepimpinan Masa Kini
Dunia kini menghadapi perubahan yang pesat dan drastik berbanding masa lalu. Masyarakat menusia melalui perubahan dari zaman pertanian menuju ke zaman industri dan kini zaman informasi yang membawa pelbagai bentuk perubahan dalam jenis pekerjaan, cara berkerja, sifat pekerja , teknologi komunikasi dan sebagainya. Ini menghadapkan para pemimpin dengan berbagai cabaran, peranan dan peluang baru untuk ditangani dengan jitu dan berkesan. Masyarakat manusia berhadapan dengan proses tranformasi dan perubahan paradigma seperti yang tergambar dalam rajah berikut:
Paradigma Lama Paradigma Baru
Era Industri Era Informasi
Kestabilan Perubahan
Kawalan Perkongsian Kuasa (Empowerment)
Kompitisi Kolaborasi
Benda Manusia dan hubungan kemanusiaan
Keseragaman Kepelbagaian
Bentuk-bentuk perubahan dan persiapan untuk masa hadapan dapat dilihat dalam kertas putih kajian IBM dan lain-lain sumber yang berkaitan. Dalam konteks politik, ekonomi dan sosial ia dipengaruhi oleh proses globalisasi, GII atau Global Information Infastructure, perkembangan undang-undang antarabangsa yang semakin merambah dalam berbagai bidang baru, daya interfere ketenteraan dari negara-negara besar, kekuatan pasaran dan kewangan antarabangsa yang mampu menggugat perkembangan ekonomi negara-negara umat Islam dan negara-negara miskin.
Para pemimpin dan calon pemimpin masa hadapan perlu mengikuti dan memahami serta dapat merumuskan bentuk atau lakaran kemungkinan masa depan secara umum. Dengan itu mereka bertindak dan mengadakan persiapan yang perlu untuk mengatasi kemungkinan-kemungkinan masa depan tersebut.
Sifat-sifat Pemimpin yang Dirumus dari Pendidikan Saintifik:
1. Kemampuan Mental:
Dia tidak semestinya seorang yang mempunyai kecerdasan yang luar biasa.
2. Minda dan Kebolehan yang Luas:
Dia bukan sahaja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak, dan pelbagai. Dia seorang yang peka dan mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.
3. Kemahiran Komunikasi:
Salah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah ‘Orang yang paling fasih bertutur Bahasa Arab’. Mengikut Cambridge History of America Literature, “Bukan polisi dan tindakannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln menerajui partinya pada tahun 1860, tetapi cara dia menyampaikan sesuatu". Dalam setiap revolusi, orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin.
4. Kematangan:
Seorang pemimpin yang berjaya bebas daripada sifat kebudak-budakan; sikap dan tingkah lakunya adalah tindakan seorang yang dewasa yang bertanggungjawab dan matang. Dari segi psikologinya, dia seorang yamg stabil dan menggambarkan kestabilan dan peribadi kepada pengikut-pengikutnya.
5. Kekuatan Motivasi:
Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memulaikan diri sendiri, dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.
6. Kemahiran Sosial:
Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang berjaya mesti bergantung kepada kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak; dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.
7. Keupayaan Mentadbir:
Kebolehan membayang, memulakan, merancang, menyusun, mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, merangsang, mengkaji, memerhati, meneliti, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkar-perkara ni merupakan kemahiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi.
Kualiti dan sifat-sifat di atas mungkin masih belum cukup untuk memantapkan kepemimpinan harakah untuk masa depan. Mereka perlu dikukuhkan dengan aspek-aspek ruhaniah yang menjadi amalan dan tradisi para leluhur silam daripada kalangan ulama salafussoleh. Sifat-sifat seperti taqwa, wara’, zuhud, nazahah, inabah, tawadhu’, wala’, mujahadah, hikmah dan sebagainya seperti yang diterangkan dengan terperinci oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku beliau Tazkiyyah al-Anfus dan sebagainya[i].
Dalam masa yang sama suatu langkah untuk mewujudkan kepimpinan yang berkesan perlu dirancangkan. Richard M. Steers mencadangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam organisasi. Antaranya ialah:
1. Pemilihan pemimpin yang baik. Langkah ini adalah langkah yang paling penting tetapi paling merumitkan. Ini adalah kerana kriteria seorang pemimpin yang berkesan sukar untuk diagak pada seseorang. Langkah yang paling bijak ialah untuk menentukan bentuk kepimpinan yang diperlukan mengikut situasi kumpulan.
2. Latihan kepimpinan. Latihan adalah satu perkara yang wajib. Dalam organisasi hari ini yang memerlukan pemimpin yang “multi talented” latihan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu kemestian. Bidang-bidang latihan yang diperlukan oleh seorang pemimpin ialah seperti pengurusan am, pembangunan organisasi dan manusia, kepimpinan dan pembinaan semangat kumpulan.
3. Memberi ganjaran kepada sifat kepimpinan. Ahli-ahli kumpulan yang menunjukkan sifat-sifat kepimpinanyang baik perlu diberi ganjaran sewajarnya. Ini termasuklah ganjaran yang berbentuk kenaikan pangkat dan gaji, dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak berbentuk wang. Ini akan mendorong ahli-ahli lain untuk menunujukkan sifat yang sama.
4. Memberi ganjaran kepada sifat kepengikutan. Pengikut-pengikut yang menunjukkan sifat kepengikutan yang baik juga perlu diberi ganjaran yang sewajarnya. Kepengikutan yang dimaksudkan bukanlah bermaksud sifat-sifat tunduk dan patuh kepada pemimpin secara membuta tuli, tetapi kepengikutan yang konstruktif di mana pengikut memainkan peranan sewajarnya dalam memberi maklumbalas kepada pemimpin.
4. Drucker Foundation, The Leader of The Future, edited by Frances Hesselbein & Partners, Jossey-Bass Publishers, 1996.
5. Hisham al-Talib, Panduan Latihan Bagi Pertugas Islam, (Terjemahan), Nurin Enterprise, Kuala Lumpur 1992, hal.64-65.
6. Wan Izuddin, Strategi Membina Pasukan Berkesan, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1997, hal.50-51
Comments
Post a Comment