Tarbiyah adalah suatu proses
Tepat jam 11.00 malam, sememangnya waktu yang menjadi rutin untuk pergi menziarahi sahabat2 di surau propana. Sebaik sahaja, habis sesi MAIKS yang diadakan, langkah ini bermula untuk menjejaki surau propana... Sambil melihat jam tangan, "Da pukul 11.15 malam ni" bisik hati kecilku. Terasa berat dan malas mula mengikat diri ini dari terus melangkah... Namun, langkah terus ke hadapan. Satu demi satu pintu diketuk, memanggil setiap isinya untuk sama2 hadir ke Liqo' Al-Mulk, macam2 boleh lihat karenah dan perangai adik2 di V6 ni.
Sebaik sahaja selesai mengetuk pintu, langkah ini terus menuju ke surau dan kelihatan sudah ada 2 orang yang sudah menunggu... Tunggu la dalam 10 minit, Alunan bacaan surah Al-Mulk secara berjemaah bermula... Di akhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran... Kemudian, sedikit pengisian bagi memberi sedikit 'taujihad' kepada jiwa2 muda yang senantiasa mengharapkan sentuhan tarbiyah...
Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Illahi yang...