Isu Penggunaan Nama Allah
Assalamualaikum WRBTH,
Segala puji kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk menikmati setiap detik bersama-sama nikmat kurniaanNya yang tidak ternilai harganya, selawat dan salam kepada junjungan besar rahmatal lil alamin yang telah pergi namun kehadirannya hingga kini masih lagi dirasai.
Pertamanya, kita boleh lihat isu ini dikupas mengikut beberapa pandangan dan berita yang keluar di dalam post-post yang lepas. Malaysia sekali lagi diundang dengan targedi atau mungkin ujian Illahi ke atas rakyat Malaysia, barangkali mungkin ingin menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.
Cuba kita lihat di dalam surah Ali-Imran:64, Firman Allah yang bermaksud :
"Katakanlah (Muhammad), "Wahai Ahli kitab! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka), "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang muslim".
Daripada petikan ayat ini, kita semua faham bahawa jemputan Allah s.w.t. kepada ahli kitab untuk turut mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan ajaran mereka serta menyembah Allah s.w.t. Seterusnya, satu perkara yang kita tahu tetapi seringkali tertipu iaitu untuk mengetahui sesuatu ajaran, maka perlu kita rujuk kepada sacred scripture sesebuah agama itu. Jika agama Islam, maka sacred scripture adalah Al-Quran dan As-Sunnah, manakala jika agama hindu, sacred scripture adalah kitab veda. Realitinya, kita selalu melihat sesebuah agama berdasarkan apa yang diamalkan oleh penganutnya.
Oleh itu, tidak akan timbul salah faham tentang agama jika rujukan adalah betul dan agama itu sendiri adalah yang hak. Secara ilmiah, memang tidak ada salahnya penganut agama kristian menggunakan perkataan Allah sebagai tuhan mereka, bahkan mungkin ini akan menjadi asbab mereka mengkaji maksud yang terkandung dalam kalimah itu.
Namun, jika kita melihat situasi atau waqi' semasa umat Islam di Malaysia, amat sedikit golongan yang berilmu pengetahuan atau faqih tentang agama. Malah, selama 51 tahun Malaysia menyambut kemerdekaannya tidak pernah walau sekali subjek agama dijadikan subjek asas atau wajib lulus... hanya sekadar subjek tambahan atau mungkin lebih teruk lagi subjek yang membebankan pelajar sebab tak boleh fokus...
Persoalannya, adakah paderi yang akan membawa masalah kepada agama Islam atau kejahilan umat Islam itu sendiri? Yang mana satu yang lebih aula atau kita utamakan. Adakah dengan mengenakan tindakan mengharamkan penggunaan nama Allah akan meningkatkan tahap ilmu umat Islam di Malaysia? atau umat Islam akan terus merasa comfort zone...
Kesimpulannya, inilah masa yang terbaik untuk para Ulama' menampilkan diri bagi membimbing semula umat ke jalan yang diredhai Illahi. Moga di sebalik isu yang timbul, terdapat hikmah Allah yang Maha Bijaksana mengatur segala sesuatu milikNya.

Comments
Post a Comment