Nasihat 1 : Waktu itu ialah kehidupan


Nasihat yang pertama : Waktu itu ialah kehidupan

Wahai anakku yang tercinta,
Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya ialah sabdanya yang bermaksud:

"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah"

Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka, sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu."


Sumber : Ayyuhal Walad 
Karangan : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali


Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran

Fahami apa itu ikhtilat