HUKUM DEMONSTRASI BERSIH 2.0: ANTARA FATWA MENGHARAM DAN MENGHARUSKAN
PENDAHULUAN Ini adalah penulisan separa ilmiah untuk menjawab beberapa pandangan yang dirasakan kurang tepat tentang hukum berdemontrasi. Ia merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan beberapa NGO untuk mengadakan demontrasi yang dipanggil “BERSIH” untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Tulisan ini bertujuan sebagai bahan perbincangan dalaman yang masih terbuka kepada penambahbaikan bagi memantapkan lagi tulisan ini. DEMONSTRASI Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat mentakrifkan demonstrasi seperti berikut: Penerangan, peragaan dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain. Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. [2] LATARBELAKANG BERSIH 2.0 BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Hanya menerusi pili...