Posts

Showing posts from November, 2010

Samb - Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran

Image
Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran 2 : Dakwah Hendaklah Mengemukakan Alternatif Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata, : 'Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama) ku terhadap tetamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal" (Hud : 78) Syarah Fiqh Dakwah: 1) Nabi Luth hanya menyalahkan kaumnya dan mengkritik kesalahan mereka tetapi mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan masalah mereka dengan menawarkan anak perempuannya. 2) Pendakwah bukan hanya mengkritik tetapi juga mengemukakan penyelesaian dan alternatif. 3) Sesetengah ahli tafsir menyatakan puteri-puteri yang ditawarkan memang anak Nabi Luth. Jika ini benar, maka ia menggambarkan tahap pengorbanan yang tinggi untuk dakwah - kesanggupan untuk menye...

Fiqh Dakwah dalam Al-Quran

Image
Fiqh Dakwah dalam Al-Quran 1:   - Melakukan Dakwah dengan Berfikir dan Beramal dengan Kejelasan - Dalil: Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Maka tatkala rasa takut telah hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar orang yang penyantun dan suka kembali. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak." (Hud : 74-76) Syarah Fiqh Dakwah: 1) Dakwah harus melahirkan da'i yang berfikir dan berkeyakinan diri untuk berhujah. 2) Walaupun berhadapan dengan perintah Allah ta'ala, ia tidak menghalang Nabi Ibrahim untuk berhujah dan menyatakan pandangannya. 3) Anak buah gerakan dakwah, tidak seharusnya mengikut arahan sahaja tetapi tetap berfikir dan taat dengan kejelasan, harus berani dan berkeyakinan untuk menyampaikan pandangan da...

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH DATANG LAGI!

Image
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah puji dan puja kehadrat Illahi Tuhan sekalian alam dan selawat atas Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan yang baik. Sebuah hadis dari Rasul SAW : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal :       1. Sadaqah jariah,       2. Ilmu yang bermanfaat, atau       3. Anak soleh yang mendoakannya –Hadis Riwayat Muslim- Atas dasar itu sukacita dimaklumkan bahawa sekali lagi KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH diadakan di bumi bertuah Universiti Teknologi PETRONAS bagi kali ke 3 yang dianjurkan oleh Rakan Masjid UTP dengan bimbingan Unit Pentadbiran Masjid UTP. Semoga usaha kecil ini dilihat oleh ALLAH dengan pandangan Rahmat dan RedhaNYA. Hubungi : En Adiley (05-3688503) untuk urusan pe...

PRASYARAT KEPIMPINAN GERAKAN ISLAM ALAF BARU

Image
Motto:  Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 71: يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُوْلَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا(71) "Pada hari kiamat kelak Kami menyeru setiap golongan manusia berdasarkan (jenis) pemimpin  mereka, maka sesiapa yang diberikan catitan amalnya dari sebelah  tangan kanannya maka mereka itu membacanya ( dengan penuh rela) sedang  mereka sedikitpun tidak dizalimi." Muqaddimah Kepimpinan adalah suatu peranan sosial yang vital dan menentukan masa depan mana-mana organisasi; samada organisasi yang bergerak dalam sektor awam, sektor swasta mahupun sektor sosial. Ia juga  merupakan tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Kepimpinan adalah  sumber pengaruh yang mencorakkan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama ia juga menjadi lumrah sumber kebanggaan dan kepentingan yang menjadi rebutan manusia untuk membuktika...

Perkongsian Wida'

Image
Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana memberikan ruangan masa untuk beribadah kepadaNya, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad bin Abdullah yang merupakan Nabi akhir zaman. Tidak dilupakan juga buat para sahabat, tabi'in dan tabi'in yang senantiasa istiqamah dalam menyusuri perjuangan yang mulia ini. Merujuk kepada ibrah daripada sirah nabawiyah, sewaktu haji yang terakhir Rasulullah menyeru para sahabatnya di dalam khutbah hajjatul wida' adalah untuk menyampaikan beberapa amanat, maka insyallah ana pun akan menyampaikan beberapa perkara buat semua. 1) Fahamilah apa itu keberkatan - Bersandarkan firman Allah dalam surah Al-A'raf : 96 , intipati yang kita boleh ambil ialah turunnya keberkatan Allah daripada langit dan bumi bagi 'ahlul qaryah' yang beriman dan bertaqwa dengan ajaran yang diwahyukan olehNya dan disampaikan melalui lidah Rasulullah S.A.W. Oleh itu, kita yang merupakan abnaul harakah mestilah menja...