Posts

Showing posts from October, 2010

Yudi tenang berzikir

Image
Tidak sebagaimana lazimnya, azan subuh yang berkumandang di dinihari yang hening hari itu menyebabkan hati seorang paderi bagai disayat-sayat, begitu menyakitkan.  Jantung turut berdegup dengan lebih deras dan kencang sehinggakan Yudi Mulyana bagaikan 'lumpuh' sekujur badannya.  Benar-benar beliau tidak mampu bangun. Hatta untuk mengangkat tangan pun dirasakan sangat berat. Seolah-olah semuanya keras bertukar seperti batu.  "Saya tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya pada pagi itu," katanya yang menceritakan kembali kejadian yang disifatkan aneh pada awal Ogos tahun 2008. Lazimnya, Yudi sudah terbiasa bangun seawal subuh untuk beribadat iaitu membaca doa pagi dan membaca kitab Injil sebagai pembuka hari. Namun pada pagi itu, tidak semena-mena beliau bagaikan 'lumpuh' kesan azan subuh yang berkumandang dari masjid berhampiran.  Meskipun agak panik, Yudi kembali bertenang dengan mengatur nafas memulihkan semula ingatan. Apabila dia mampu mel...

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Sekiranya kita mengamati dan menghayati isi kandungan al-Quran, kita akan menemui lafaz-lafaz yang mempunyai lebih dari satu makna. Lafaz-lafaz ini dikenali oleh ulama-ulama usul fiqh sebagai lafaz musytarak . Lafaz musytarak adalah lafaz yang mempunyai dua maksud yang berbeza antara satu sama lain. Ia juga mungkin menunjukkan lebih dua maksud. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terdapatnya kepelbagaian makna terhadap sesuatu lafaz dalam al-Quran dan Sunnah. Faktor yang pertama adalah kerana wujudnya makna yang sebenar dan makna majaziy (kiasan atau perumpamaan). Sesuatu perkataan atau lafaz itu digunakan dengan makna asalnya, tetapi akhirnya ia turut digunakan untuk tujuan majaziy . Apabila makna majaziy ini sering digunakan, akhirnya ia akan mendorong masyarakat melazimi penggunaannya seolah makna majaziy tersebut adalah juga makna asal bagi lafaz berkenaan. Justeru, masyarakat akan menerima dua makna dari perkataan tersebut. Faktor kedua adalah kerana perbezaan pe...

Harakah tanpa tarbiyah, maka pincanglah fikrahnya...

Image
Assalamualaikum wrbth, Semalam telah diadakan usrah bersama sahabat2 sebagai ganti minggu lepas yang agak kesibukan. Rupa-rupanya, banyak perkara perlu sentiasa diingatkan supaya nadi istiqamah sentiasa berdenyut selari dengan dengupan perjuangan yang mencari-cari erti kemenangan yang sebenar. Merujuk kepada buku 'Al-Mutasaqitun ala tariq ad-dakwah' karya Al-Fadhil allahyarham Fathi Yakan yang merupakan mujahid yang telah meninggalkan seribu satu mutiara ilmunya untuk dipelajari. Di antara sebab2 berlakunya keciciran dalam medan perjuangan ini ialah kelemahan sudut tarbiyah yang mana berhubung kait dengan sesebuah harakah (gerakan) itu sendiri. Biasanya apabila ahli itu semakin lama berada di dalam harakah, maka ahli itu akan mempunyai persepsi bahawa perkara2 @ amal2 asas yang dipelajarinya atau yang dilakukannya dahulu adalah perkara2 kecil sahaja. Persoalan mudah apabila seseorang itu ditanya, dimana letaknya tarbiyah di dalam harakah tersebut... Mungkin ada yang berkata, ta...

Pemimpin bukan Islam iktiraf Al-Quran

Image
GEORGETOWN, 11 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi. Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara. "Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi. Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran. Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mat...

Pertahan al-Quran satu kewajipan

Image
SAAT paderi tua, Terry Jones mengumumkan untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran di Dove Otreach Center, Florida Amerika Syarikat (AS) sebagai memperingati tahun kesembilan kejadian serangan 11 Sept 2001, umat Islam tidak boleh sekadar berdiam diri membiarkan ia berlaku. Ekoran tindakan Jones itu, umat Islam telah tampil menemui paderi tersebut dengan tawaran untuk membeli kitab-kitab al-Quran tersebut bagi mengelakkannya dibakar. "Tuan Jones, daripada al-Quran itu dibakar, adalah lebih baik jika kitab itu tuan jualkan sahaja kepada saya. Berapa pun harganya saya sanggup bayar, malah ia memberikan untung yang besar kepada Tuan dengan hanya menjual kitab-kitab yang tidak memberikan faedah kepada tuan ini!" Dialog itu sebenarnya mengingatkan kita kepada bagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq menyelamatkan hamba abdi, Bilal bin Rabah daripada terus diseksa oleh majikannya, Umaiyyah bin Khalaf yang begitu marah apabila hambanya itu memeluk Islam. Abu Bakar...

Kisah Abu Lubabah satu pengajaran

Image
          Selepas selesai solat subuh secara berjemaah, duduk sebentar mendengar mutiara ilmu oleh seorang murabbi Us Dawi Cahyono yang telah banyak menumpahkan jasanya. Jika mengimbau kenangan lama, Us Dawi lah antara As-Sabiqun Al-Awwalun yang menubuhkan institusi Rakan Masjid UTP bersama dengan Tuan Hj Muhammad Noor dan En Talhah. Us Dawi mengingatkan diri ini tentang perjuangan Imam As-Syafie yang sepanjang masanya berjuang untuk mengumpulkan ilmu supaya ilmu itu mampu menggerakkan setiap nadi masyarakat ketika itu yang ketandusan ilmu. Kalaulah bukan beliau yang mengumpulkan ilmu2 agama khususnya dalam ilmu fiqh, nescaya generasi zaman sekarang sudah tidak mampu mengenali syariat Islam dengan lebih jelas. Itulah sebaik-baik amal jariah (amal yang berterusan) yang patut dicontohi. Agenda yang seterusnya ialah usrah. Ana diberikan tugasan untuk membentangkan kisah Abu Lubabah yang merupakan antara salah seorang sahabat yang turut serta...