FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH




FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH

SATU PENGENALAN

1.0        Muqaddimah
Perkara siasah syar'iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.
Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah
Secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره .

2.0 Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah.
            Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) . Firman Allah Taala :
" لا يكادون يفقهون حديثا  - اى لا يفقهون " . Manakala السياسه  berasal dari perkataan 1ساس يسوس  سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah. Di dalam hadis : 2"كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم   "
            Perkataan siasah menurut pandangan ulama' silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus. Maknanya yang umum adalah mentadbir urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama. Justeru mereka menakrifkan khilafah :

نيابه عن رسولالله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).
            Adapun makna-makna yang khusus adalah pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.3
            Mafhum siasah syar'iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak4. Berkata ulama’ Syafie :5 لا سياسة الا ما وقف الشرع

3.0        As-siasah As-syar'iyyah : antara usul dan furu'
Sebahagian dari hukum siasah syar'iyyah berpindah daripada kitab-kitab furu' ke kitab- kitab usul iaitu Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu' imamah atau khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah adalah daripada usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan ulama' Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu' kerana ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.
            Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat umpamanya perkara furu' bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara furu' tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk dalam soal keimanan.6

4.0        Manhaj Fiqh As-siasi Semasa
Manhaj itu perlu diasakan kepada dua perkara :

4.0.1     Kembali kepada usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan mengambil faedah daripada turath fiqhul Islami.
4.0.2     Selari dan tidak terpisah dari tuntutan semasa, berusaha unuk mengubati masalah dari sudut pandangan syara' kerana syara' tidak pernah mengabaikan waqi'.

Faqih yang sebenarnya menurut Ibnu Qayyim adalah orang yang menggabungkan antara kewajipan dan waqi'.7

5.0        Sunnah Nabawi Dan Petunjuk Khilafah Ar- Rasyidin.8
Di antara Sunnah Rasulullah saw dalam siasah syari'yyah adalah :
  1. Baginda berazam untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat jemaah dan Jumaat
  2. Memecahkan bekas yang digunakan untuk memasak daging haram.
  3. Memerintahkan perempuan yang melaknat untanya supaya melepaskannya.
  4. Memerintahkan supaya dibunuh peminum arak setelah tiga atau empat kali dihukum

Di antara petunjuk khalifah Ar-Rasyidin :
  1. Saidina Abu Bakar membakar golongan yang melakukan perbuatan liwat.
  2. Abdullah Az-Zubair juga membakar golongan tersebut.
  3. Sabigh bin Asal memukul kepalanya kerana menyoal sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
  4. Menyuruh ummat Islam supaya melakukan haji ifrad.


6.0 Asas Siasah Syari'yyah9
            Siasah syari'yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum syariat dalam mentadbir urusan ummat dalam lingkunagn syariat Islam. Di antaranya adalah apa yag disebut الثوابت   iaitu yang tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Di antaranya juga ialah المتغيرات , iaitu sesuatu yang menerima perubahan.

            Fiqh As-siasah As-syari'yyah mempunyai asas atau unsur yang membentuknya :
Di antaranya ialah :10
6.0.1     Asas pertama : فقه النصوص
6.0.2     Asas kedua    : فقه الواقع    
6.0.3   Asas ketiga    : فقه الموازنات  
6.0.4   Asas keempat : فقه الاولويات  
6.0.5     Asas kelima  :  فقه التغيير

7.0 Penutup
            Demikianlah yang dapat saya kemukakan sebagai bahan perbincangan untuk warasatul anbiya' dalam waktu yang cukup terbatas. Ia merupakan ringkasan daripada kitab As-Siasah As-Syari'yyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya mengharapkan teguran daripada ulama' sekalian sekiranya di sana terdapat kesalahan dan kesilapan. Wallahua'lam bissawab.

Disediakan oleh,
IBNU ABD. RAHMAN
Syawwal 1419.

Footnote
1.            لسان العرب لابن المنظور  ج 6 ص 429
2.            Riwayat Bkhari , Bab Al-Anbiya' dan Muslim bab al-imarah
3.            السياسة الشرعية فى ضوء تصوم الشريعة ومقاصدها للقرضاوى  ص 32
4.            Lihat السياسة الشرعية لابن تيمية , احكام سلطانية لابن يعلى, احكام سلطانية للمارودى, 
5.            الطرق الحكمية لابن القيم
6.            السياسة الشرعية فى ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها للقرضاوى  ص 18 و ص 19
7.            Al-Qaradhawi . op.cit m/s 25-26
8.            Ibnu Qayyim op.cit m/s 13-19
9.            Al-Qaradhawi . op.cit m/s 225-227
10.         Di sini hanya disebut lima jenis fiqh sahaja. Dalam kitab al-Qadhawi yang lain
Dikemukakan juga فقه السنن و فقه الاختلاف









Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran