Posts

Showing posts from January, 2010

Islam itu mudah

Image
Assalamualaikum WRBTH, Seringkali apabila kita memandang Islam, apa yang dilihat adalah kewajipan dan larangan yang perlu dipatuhi oleh penganutnya. Tetapi kalau kita selidiki dengan lebih mendalam, rupa-rupanya persepsi ini biasanya datang dari penglihatan mata yang hanya memandang kepada amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang mengaku sebagai orang Islam. Sebenarnya kita terlupa seketika, bukankah semua agama yang ada di muka bumi ini mempunyai sumber rujukannya atau 'The Sacred Scripture' . Inilah yang menjadi kekeliruan yang utama berlaku pada zaman mutakhir ini. Malah, kadangkala apabila rujukan yang diteliti pun disalah tafsir kerana kejahilan diri serta ke'ego'an diri yang malu untuk berjumpa dengan yang lebih mengetahui. Firman Allah S.W.T. Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika ditur...

DAKWAH SUATU TANGGUNGJAWAB

                    Seringkali apabila seseorang itu diberikan taklifan atau tanggungjawab, maka timbul keresahan dan kebingungan dalam dirinya kerana samada perlu diterima atau ditolak tanggungjawab tersebut. Akan tetapi, bukan semua tanggungjawab boleh ditolak dan bukan semua tanggungjawab boleh diminta. Oleh itu, rasa resah dan gelisah terus menghantui dirinya sehingga tiada apa yang mampu dilaksanakannya. Sebenarnya, logik akal kita tersalah meletak penanda aras untuk mengukurnya. Tanggungjawab bukan suatu izzah (kebesaran) tetapi amanah . Dari Abu Sa’id ‘Abdurrahman bin Samurah r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: “Wahai ‘Abdurrahman bin Samurah janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin kerana sesungguhnya apabila kamu diberi suatu kepimpinan tanpa kamu memintanya maka kamu akan mendapat pertolongan untuk memimpinnya, tetapi j...

Hiburan itu Indah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dunia diburan merupakan satu yang amat indah. Ini pendapat karyawan hiburan mahupun para pencinta seni hiburan di dunia ini. Hiburan merupakan sesuatu yang melalaikan malah menjijikkan. Ini pula pendapat bagi orang yang tegas dalam pendirian terhadap isi hiburan yang rata-rata dikatakan melalaikan manusia. Hiburan ini perlu kawalan. Berhiburlah selagi kita tidak lupa dan lalai kepada Allah SWT. Ini pula pendapat dari seorang sahabat yang saya kenal. Jadi, di antara ketiga-tiga penyataan di atas, rata-rata ramai pelajar UTP keliru, hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan di dalam Islam? Mari kita sama-sama perhatikan hadis Nabi Muhammad SAW di bawah : “Daripada Aisyah r.a., pada suatu hari dalam acara perkahwinan, Aisyah menghantar seorang wanita untuk bersanding dengan lelaki kaum Ansar. Rasulullah bersabda, “Apakah kamu tidak ada muzik?” Kerana orang Ansar sangat mengkagumi muzik” (Riwayat Bukhari) Setiap manusia memiliki adat dan t...

Isu Penggunaan Nama Allah

Assalamualaikum WRBTH, Segala puji kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk menikmati setiap detik bersama-sama nikmat kurniaanNya yang tidak ternilai harganya, selawat dan salam kepada junjungan besar rahmatal lil alamin yang telah pergi namun kehadirannya hingga kini masih lagi dirasai. Pertamanya, kita boleh lihat isu ini dikupas mengikut beberapa pandangan dan berita yang keluar di dalam post-post yang lepas. Malaysia sekali lagi diundang dengan targedi atau mungkin ujian Illahi ke atas rakyat Malaysia, barangkali mungkin ingin menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Cuba kita lihat di dalam surah Ali-Imran:64, Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah (Muhammad), "Wahai Ahli kitab! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka ka...

Guna nama Allah: Khalid setuju keputusan Mahkamah

Image
SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran. "Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini. Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam. "Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri. "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang ...

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

Image
Khamis Disember 31, 2009 KUALA LUMPUR: Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu. Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010. Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan. Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi per...