Prasyarat Kemenangan
Semua orang yang berjuang mahukan kemenangan. Malah ramai para pejuang Islam yang mengimpikan kemenangan berlaku semasa hidupnya. Namun apakah definasi kemenangan yang diinginkan oleh Islam?. Ada pejuang meletakkan kemenangan dalam perjuangannya ialah ; apabila berjaya menjadi wakil rakyat dan menjadi pemerintah di sesebuah negeri sebagaimana kejayaan nabi s.a.w meguasai kuasa pemerintahan di Madinah semasa hayat baginda. Kejayaan memerintah sebuah negeri adakah satu kemenangan hakiki atau ia adalah satu bebanan tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat? Apakah mereka yang gagal mendapat kuasa semasa hidupnya di dunia adalah golongan yang gagal di akhirat? Apakah kita diwajibkan berusaha mendapatkan kuasa dengan apa juga cara atau cara mendapatkan kuasa juga perlu mengikut landasan Syariat?. Apakah kuasa pemerintahan itu satu-satunya matlamat Islam maka apabila kita berkuasa kita telah dikira berjaya mencapai matlamat Islam? Sebenarnya Islam mempunyai definasi te...