Perkembangan Jiwa
Allah SWT menciptakan manusia dalam 2 keadaan, baik dalam keadaan fizikal iaitu tubuh badannya dan juga dalamannya iaitu 'qalbu' yang ada di dalam dirinya sendiri.
Namun, kerana kekurangan yang ada pada manusia seringkali mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata sahaja. Walaupun pada bahasanya 'qalbu' bererti hati namun sebenarnya merujuk kepada jiwa manusia itu sendiri. Sedar atau tidak, tubuh badan yang mempunyai perkembangan bermula tubuh seorang bayi hinggalah menjadi tubuh seorang dewasa dan akhirnya berubah menjadi tubuh seorang tua.
Tetapi kita harus sedar, bahawa 'qalbu' atau jiwa manusia juga mempunyai perkembangannya juga. Itulah yang dikenali dengan 'nafsul mutmainnah', 'nafsu lawwamah' dan 'nafsu ammarah'.
Kadangkala, ramai antara kita yang hanya merujuk tarbiyah itu ertinya 'mendidik'... bahkan ianya mempunyai makna yang lebih sesuai iaitu 'membentuk'. Sebab itu, melihat kepada Sirah Rasulullah SAW yang mengambil masa selama 13 tahun men'tarbiyah' umat dengan ertikata 'membentuk' umatnya dalam membantu gerakan Islam yang disyariatkan oleh Allah SWT.
Pertama, 'nafsu ammarah' yang membawa erti jiwa yang sering cenderung kepada kejahatan. Firman Allah SWT:
"Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf : 53)
Di dalam konteks gerakan Islam, bagaimana kita melihat Umar Al-Khattab yang suka meminum arak dan membunuh anak perempuannya pada zaman jahiliahnya. Namun, apabila dibacakan ayat2 Al-Quran, gentar hatinya sehingga menitiskan airmatanya dan kemudian pergi menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan keimanannya.
Begitu juga dengan diri kita, dahulunya yang teruk perangainya... Suka melawan cakap ibubapa, menipu sahabat2 dan lain2... Namun, apabila kita di'tamrin'kan untuk bersama dengan sebuah 'jamaah' atau gerakan Islam, sedikit demi sedikit kita cuba untuk mengubah diri kita sendiri.
Walaubagaimanapun, kadangkala persepsi diri yang membinasakan diri kita... Orang2 jemaah ni macam malaikat... Tak boleh kalau x pakai kopiah, nanti x thiqqoh... dll
Kesimpulannya, x ada orang dalam jemaah yang macam 'malaikat' melainkan para Nabi2 dan Rasul. Masing2 ada kekurangan yang perlu ditampung oleh sahabat2 yang bersama di dalam jemaah tersebut.
Seterusnya, 'nafsu lawwamah' yang membawa erti jiwa yang suka mencela diri sendiri. Firman Allah SWT:
"dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!" (Al-Qiyamah : 2)
Apabila seseorang berada pada tahap 'nafsu lawwamah', dia akan sering kecewa dengan dirinya sendiri sehingga merasakan bahawa dirinya seolah-olah tidak berguna lagi. Namun, dia sedar akan kesalahan yang telah dibuatnya, tetapi terus-menerus merintih dan mengeluh atas dosa yang dilakukannya.
Yang terakhir, 'nafsul mutamainnah' yang membawa erti jiwa yang tenang. Firman Allah SWT :
"(setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!" (Al-Fajr : 27)
Inilah kemuncak perkembangan jiwa yang bersih serta mendapat setinggi-tinggi nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Jiwa yang sentiasa tenang walaupun berada di dalam keadaan yang susah, tenang walaupun diuji oleh Allah SWT...
Kadangkala berjuang di jalan Allah SWT, menyebabkan kita berkira-kira dengan Allah SWT... boleh ke pergi usrah nanti duit cepat habis? Rasa macam nak pergi tamrin tapi mak ana tengah sakit?... dll
Namun, orang yang mempunyai jiwa yang tenang tidak sedikit pun terganggu bahkan merasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berjuang di jalan Allah SWT... Benarlah firman Allah SWT:
"Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (Al-Ahzab : 23)
Oleh itu, di dalam berjuang jangan kita lupa untuk mematangkan perkembangan 'qalbu' @ jiwa kita kerana rugilah menjadi seorang pejuang namun hatinya tidak tenang lantaran maksiat yang sering dilakukannya.
Ulasan : Us Abu Zaki

Comments
Post a Comment