Posts

Showing posts from May, 2010

Fenomena berbilang Jemaah di Mesir

بسم الله الرحمان الرحيم لما قال القائد الدين كل أمر ذي بال لا يبدأ ببسم الله فهو أقطع وفي الرواية فهو أجزم وفي الرواية فهو أبتر أو كما قال النبي صلى الله عليه و سلم Assalamu'alaikum w.b.t, Sekalian pengunjung yang tidak jemu-jemu untuk memberi sokongan pada dakwah melalui jaringan tanpa batasan ini, Bagi menjawab satu isu yang diutarakan kepada saya oleh "guest", rasanya eloklah saya nyatakan ianya dengan lebih ilmiah untuk kita sama-sama bincangkan. Maaf dan harap diperbetul andai ianya ada salah dan kekurangan. Isu berbilang-bilang jemaah(Ta'addud Jama'ah) adalah satu isu yang sentiasa dimainkan oleh peredaran zaman melalui teori dan praktis orientalis pada mujtama'(masyarakat) islam kini. Jika ianya diimbas dalam sorontan sirah nabawiah, peristiwa pembinaan Masjid Dhiror adalah satu kiasan ulama yang cukup baik untuk fenomena berbilangnya jema'ah di Mesir khususnya dan umumnya di serantau dunia. Sebelum saya menyatakan pandangan pe...

Pakistan blocks YouTube, Facebook over 'sacrilegious content'

Image
"The whole campaign has been taken up by Muslim-bashers and Islamophobes. --Council on American-Islamic relations (CNN) -- Pakistan on Thursday blocked access to YouTube -- a day after it shut down the social networking site Facebook -- in response to an online group calling on people to draw the Prophet Mohammed. The Pakistan Telecommunication Authority ordered operators to shut down YouTube "in view of growing sacrilegious contents on it," officials said in a statement. PTA said Thursday it reached its decision after all "possible avenues were used within its jurisdiction, including using regular channels available on the Facebook and YouTube to launch protest, to avoid appearances of derogatory material available on their websites." Facebook was blocked a day before "Everybody Draw Mohammed Day," which was scheduled by several Facebook groups dedicated to the idea. The largest of the groups was unavailable for several hour...

Para Sahabat Nabi adalah Pemuda

Image
Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan. Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan. Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: سبعة يظلهم الله يوم لا ظل الا ظله ...وعدد منها : شاب نشأ فى عبادة الله Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah. Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim: اغتنم خمسا قبل خمس: حيا تك قبل...

Puisi untuk Umi

Image
Umi... Di sini anakmu menulis tentang dirimu Umi bagaikan cahaya matahari Yang sentiasa menerangi hidup ku Umi bukan sahaja ibu tetapi sahabat yang baik untuk ku Umi... Umi telah melahirkan ku ke dunia ini Umi telah menjaga ku sejak ku lahir hingga ke saat ini Umi sanggup menahan lapar hanya kerana ku Umi tak ingin melihat ku bersedih Hanya ingin melihat ku bahagia Umi... Umi lah tempat ku mengadu Tempat ku minta pandangan Tempat ku curahkan segala nya yang ada di dalam hati Umi adalah pendengar yang setia Dan Umi juga adalah penasihat yang hebat Umi... Umi begitu memahami ku Umi sentiasa di sisi ku Umi sentiasa menyokong dan mendorong ku dari belakang Umi adalah lain dari ibu-ibu yang pernah ku kenali Umi adalah ibu yang patut di contohi Umi... Umi adalah segala-galanya bagiku Tanpa UmI tak akan ku berada di sini Ku kagum sama mu Umi Akan ku sentiasa doakan kesihatan dan kebahagiaan mu Umi Agar Umi sentiasa bangga dengan anakmu ini ~Se...

Kisah Salahuddin Al-Ayyubi

Image
Oleh muhammadhanif   Salam Perjuangan… (Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya mencadangkan supaya saudara/saudari membeli dan membaca buku ini) Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukka...

Bagaimana Anda Selepas Usrah?

Image
Bila kita sama-sama melabuhkan tirai Oleh: Hussaini "Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah" Begitulah tarbiyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj. Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian, Tarbiyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna. Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, janga...

SIAPA YANG MENGUASAI BAITULMAQDIS AKAN MENGUASAI DUNIA

Isu Palestin adalah isu bersama. Perkara pertama yang kita boleh kongsi ialah memahami pesanan Sheikh Mahmoud Siyam, mantan imam dan khatib Masjid Al-Aqsa dalam satu pertemuan ketika beliau melawat Malaysia. Dia berkata, persoalan Palestin adalah satu permasalahan yang akan berterusan sehingga menjelang hari kiamat sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud, "Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Kemudian kaum Muslimin membunuh mereka sampai orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pohon. Maka batu atau pohon itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini di belakangku ada Yahudi, ke marilah lalu bunuhlah. Kecuali pohon Gharqad (sebuah pohon berduri yang dikenali dalam kalangan bangsa Yahudi), sesungguhnya Gharqad itu adalah salah satu pohon bangsa Yahudi." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kenapa Palestin? Pertama, Dr Yusuf Qardawi dalam salah satu kitabnya berkata isu ...

Adakah OIC masih relevan?

Image
OIC didakwa gagal membela Palestin    

Two Choices

Image
Ahmad is the manager of a restaurant. He is always in a good mood. Each morning Ahmad wake up and say to himself, “I have two choices today, I can choose to be in a good mood or I can choose to be in a bad mood.”  I always choose to be in a good mood.  Each time something bad happens, I can choose to be victim or I can choose to learn from it. I always choose to learn from it. "Life is all about choices. When you cut away all the junk every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people will affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood. It's your choice how you live your life. "One day, he was robbed by three armed men. While Ahmad trying to open the safe box, He was accidently insert the wrong number. The robbers shot him. Luckily, Ahmad was found quickly and rushed to the hospital. In the Emergency Room Ahmad saw the expression on the faces of the doctors and nurses, he go...

90/10 Principle

Image