Cadangan dan Pelaksanaan Bait Mithali


Rumah juga berperanan menguatkan hubungan kita dengan Pencipta dan mengeratkan ikatan cinta dengan RasulNya juga menyuburkan tautan ukhuwwah sesama kita. Justeru itu kita membuka pintu rahmat Allah swt serta melontar jauh keserabutan yang bersumber dari syaitan. Suasana berpesan kepada kebenaran dan kesabaran mestilah diwujudkan bagi memastikan bait mithali ini terlaksana.

Maka kita sebagai insan yang telah dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan iman ini tidak akan terlepas dari tuntutan mewujudkan sebuah rumah contoh di antara kita sebelum kita benar-benar membentuk Baitul Muslim yang hakiki suatu hari nanti. Oleh itu, ianya memerlukan latihan demi latihan bagi memastikan rumah kita dapat merealisasikan fungsinya sebagai institusi tarbiyah yang pertama sebagai bekalan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan hidup.

Semoga usaha untuk membentuk bait mithali menjadi satu realiti bagi menjamin setiap dari kita tidak :

1) Sesat dalam perjalanan

2) Keletihan dalam menjalani ujian

3) Malas dalam mengharungi hidup

4) Gugur dipertengahan jalan dakwah

2.0 KEPENTINGAN BAIT MITHALI

2.1 Melahirkan keimanan yang kental

Keimanan kepada Allah swt lahir dari hati yang bersih daripada kesyirikan. Pancaran iman adalah sebuah hadiah yang terbesar dalam hidup ini. Manusia memperolehi hadiah ini sebenarnya telah melalui jalan mujahadah terhadap diri sendiri (suara hati yang kotor) melawan syaitan dengan kesungguhan jiwa.

Suasana tempat tinggal memainkan peranan didalam melahirkan keimanan yang kental. Rumah yang dipenuhi dengan alunan zikir, tahmid, tasbih, istighfar, doa dan munajat. Mereka telah berjanji mengikhlaskan segalanya untuk Allah swt, perkataan mereka dijaga, amalan mereka dihayati dan jihad yang diamati semuanya bertujuan untuk mengharapkan keredhaan dari Allah Taala. Sesungguhnya suasana ini dapat diwujudkan bila timbul kesedaran dari setiap penghuni rumah.

2.2 Mewujudkan hakikat berukhuwwah / berkasih sayang

Hakikat berukhuwwah akan wujud bila ada persefahaman. Oleh itu, setiap individu yang berada dalam bait mithali mestilah merealisasikan konsep ini. Perbincangan yang terbuka, tegur menegur, berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, tawadhu’, menerima teguran dengan yang terbuka dan lapang dada merupakan wasilah untuk mencapai persefahaman seterusnya akan wujudlah kasih sayang yang terlalu indah sebagaimana yang dibayangkan oleh Rasulullah saw sebagai pemilik kemanisan iman.

Kasih sayang juga merupakan satu keselesaan dalam hidup bersama. Kelazatan beribadat akan lebih terasa bila hati masing-masing kosong daripada sifat marah, hasad dengki dan cemburu. Setiap peribadi sentiasa memelihara diri dengan penuh perhatian terhadap perkara yang mungkin munggusarkan perasaan sahabatnya.

Apabila memberi teguran ia diberi dengan uslub yang terbaik, memilih masa dan keadaan yang sesuai serta dilakukan dengan penuh kasih sayang tanpa ada sifat marah dan panas hati. Begitu juga bagi yang menerima teguran menerimanya dengan lapang dada dan berazam merubah sikapnya ke arah yang lebih baik.

Alangkah bertuahnya sekiranya suasana ini dapat diwujudkan. InsyaAllah kita akan dapat melaksanakan suasana ini bila hati kita benar-benar terbuka untuk Islam. Tanpa kasih sayang, kefahaman dan keimanan kita menjadi beku dan inisiatif menjadi kurang kerana miskinnya rakan untuk berbincang. Malah kita tiada pembantu atau penolong untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Kasih sayang kerana Allah adalah jaminan untuk berada di bawah lindungan Allah di hari yang tiada lindungan lain melainkan lindungan Allah Taala.

3.0 CIRI-CIRI BAIT MITHALI

Kewujudan Bait Mithali amatlah penting untuk dijadikan pusat tarbiyah yang pertama di dalam usaha untuk melahirkan individu contoh seterusnya beristiqomah dengan tuntutan Islam serta menjadi cermin tauladan kepada masyarakat.Bagi merealisasikan perkara ini,beberapa ciri Bait Mithali perlu diberi perhatian ialah:

3.1 DIASASKAN ATAS DASAR TAQWA

Bait Mithali ialah rumah yang diasaskan atas dasar taqwa kepada Allah SWT dimana ahli-ahlinya mentaati sepenuhnya tuntutan Al quran dan Sunnah serta redha dengan segala hukumnya ketike berlaku sebarang perselisihan.Firman Allah

1.JPG

Sekiranya kamu berlainan pendapat tentang sesuatu ,maka kembalilah kepada Allah dan Rasul.

(An-nisa’:59)

3.2 TERDAPAT UNSUR-UNSUR KETAATAN

Rumah yang di dalam nya memelihara ibadah wajib dan menghidupkan ibadat sunat,zikir dan tilawah alquran dan memelihara batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah.Dimana telah disifatkan oleh Allah taala di dalam firmanNya



2.JPG


Dan mereka itu adalah orang yang bertaubat,yang beribadat, yang memuji Allah,yang melawat,yang rukuk,yang sujud,yang ,menyuruh berbuat ma”ruf dan mencegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. (An-nur:36)


3.3 MENCINTAI KESUCIAN DAN KEBERSIHAN

Sabda Rasulullah saw :

Sesungguhnya Islam adalah agama yang menitikberatkan kesucian dan kebersihan samada pada diri, rumah mahupun persekitaran. Perkara yang perlu dijaga ialah kesempurnaan peredaran dan pertukaran udara disetiap ruang rumah dan bersih daripada longgokan sampah sarap. Sabda Rasulullah saw :

"Jangan kamu menyerupai Yahudi, mereka itu meletakkan longgokan sampah di halaman rumah mereka."

3.4 BERSEDERHANA DI DALAM SEMUA PERKARA

Bait mithali merupakan rumah yang sederhana di dalam setiap tindakan samada dalam sudut ‘maddi’ mahupun ‘maknawi’. Inilah landasan Islam yang telah diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah saw.

3.5 MENCERMINKAN KEBENARAN DAN KESETIAAN Benar merupakan sifat asas seseorang di dalam berhubung dengan Allah swt dan bermuamalah sesama manusia di mana di atas dasar kebenaran inilah kita meletakkan kesetiaan. Benar beriman dengan Allah swt serta setia dengan janji yang kita meterikan dengan Allah swt. Firman Allah swt :

Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) Bukankah Aku ini Tuhan Mu ? Mereka menjawab betul (engkau tuhan kami) dan kami menjadi saksi.

(Al-Aaraf : 172)

Bait mithali ialah rumah yang terserlah di dalamnya unsure-unsur pergaulan yang tetap menyatakan kebenaran itu benar dan kebatilan itu batil serta setia dan amanah dengan janji yang dibuat.

Ini adalah hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka syurga yang dibawahnya mengalir sungai, mereka kekal didalamnya selamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadap Nya.

3.6 MENJAUHI PERKARA-PERKARA HARAM

Islam menyuruh kita menyucikan diri dan rumah dari perkara-perkara yang haram dan keji samada dari segi makanan, perhiasan rumah, percakapan dan seluruh kehidupan seharian kita dimana kita mengetahui bahawa Allah swt itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sewajarnyalah kita menghindari dari perkara sedemikian. Saad bin Abi Waqas ketika meminta Rasulullah saw mendoakan supaya beliau menjadi orang yang mustajab doanya.

3.7 MEMELIHARA IKATAN UKHUWWAH DAN SILATURRAHIM

Bait mithali ialah rumah yang dihiasi dengan ikatn kasih sayang, nasihat menasihati, maaf memaafi serta toleransi dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh Islam.

Seterusnya bait mithali ialah rumah yang menghubungkan silaturrahim dengan masyarakat luar contohnya berbuat baik terhadap jiran serta menjaga hak-haknya dan memuliakan tetamu.

3.8 BERSIFAT TAWADHU’


Bait mithali mestilah dipenuhi dengan sifat tawadhu’ yang merupakan sahabat karib kepada ibadah itu sendiri. Ibadah jika diiringi dengan sifat takabbur dan sombong merupakan amalan yang sia-sia bahkan dibenci oleh orang lain. Firman Allah Taala :

Dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepadaku nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka dalam keadaan hina.

( Ghafir : 60)

4.0 BENTUK BAIT MITHALI YANG DITUNTUT

Setelah kita membincangkan sudut-sudut kelemahan rumah Azhariyat serta factor-faktor yang menyebabkan fenomena yang pelbagai ini terjadi,marilah kita meneliti pula gambaran bait mitahali yang dikehendaki dan dituntut untuk mewujudkannya.

4.1 RUMAH ILMU

Rumah ilmu ialah rumah yang sentiasa disuburi dengan pengajian-pengajian dan muzakarah ilmu sban hari dan minggu.Rumah tersebut hidup dengan pertemuan-pertemuan yang berdasarkan keilmuan seperti study group,kuliah subuh atau asar,perbincangan-perbincangan dan halaqah-halaqah tertentu yang mana ianya dapat mengumpulkan seluruh ahli bait untuk duduk sebilik atau semeja bagi tujuan tersebut.

Rumah ilmu ini mempunyai jadual pengajian atau pengisian tertentu saban minggu untuk diisi dan diikuti oleh penghuninya.Semua ini di buat atas dasar keilmuan dan hubungan yang erat antara ahli bait.

Rumah ilmu ini akan terhindar dari membuang masa dengan sia-sia tanpa pengisian tertentu seperti menonton tv,mendengar lagu atau hanya membaca majalah hiburan sahaja.Alangkah indahnya rumah ilmu ini di mana selepas sama-sama mendengar perbincangan ilmu,mereka sama-sama berusaha untuk melaksanakannya di dalam kehidupan secara beramai-ramai.

Akan wujud pula di sana suasana saling ingat memperingati sekiranya ada ahli bait yang melakukan kesalahan dan kesilapan.Selain dari mewujudkan suasana pengajian di rumah ilmu,ianya juga mempunyai penghuni yang cintakan program-program yang lain dibuat di rumah negeri atau dimana-mana sahaja.

Di sudut rumah ini juga wujudu sebuah maktabah kecil yang mengandungi kitab-kitab,majalah dakwah dan sumber bacaan yang lain di mana ianya boleh menambahkan thaqafah mereka.

4.2 RUMAH ZIKIR

Rumah zikir ialah rumah yang sentiasa bergema dengan alunan-alunan zikir,munajat,selawat,alunan ayat suci Al-Quran dan bentuk zikir yang dapat melembutkan dan melunakkan hati penghuniya.

Rumah tersebut hidup subur dengan kalimah-kalimah suci dan sentiasa mengumandankannya saban waktu.Alangkah indahnya taman rumah ini di mana wujud di dalamnya bunga-bunga iman dan takwa yang segar bugar.Hati penghuninya sentiasa berkembang mekar di sirami gerimis-gerimis bisikan cinta buat Khaliqul Alam.

Dan ingatlah apa yang di bacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmat(sunnah nabimu).Sesungguhnya Allah Maha Lembut Lagi Maha Mengetahui. Rasulullah telah bersabda dalam menyatakan kelebihan halaqah zikir dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh muslim:

4.3 RUMAH SUNNAH

Rumah sunnah adalah rumah yang mana penghuninya dihiasi dengan sifat qudwah Rasulullah saw.Rumah ini hidup dengan tata tertib kehidupan yang dicontohi terus dari peninggalan Rasulullah dalam semua perbuatan seharian,bermula dari bangun tidur waktu subuh sehingga mereka merebahkan kembali tubuh mereka pada waktu malamnya.

Makan minum,tutur bicara ,bangun tidur bahkan segalanya seperti adab bersahabat,adab melayan tetamu,adab masuk bilik air dan adab menuntut ilmu.Kesemuanya berlandaskan sunnah diiringi dengan doa-doa ma’thur yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita.

Alangkah cantiknya kuntuman-kuntuman akhlak yang mekar pada diri penghuni rumah ini.Alangkah cantiknya kehalusan serta kesenian pekerti mereka.Merekalah azhariyat mithali buat kita dan menjadi idaman kepada pejuang-pejuang agama yang memerlukan srikandi yang mampu berdiri dibelakang merekadalam perjuangan.

Mereka hidup saling hormat menghormati dan bantu membantu dalam kehidupan seharian mereka. Tidak berlaku pembaziran makanan dan wang ringgit dalam berbelanja dan mereka memenuhi tuntutan hak kejiranan serta hak persahabatan antara mereka.

4.4 RUMAH SOLEH

Rumah yang tiada kemungkaran di dalamnya. Di dalam hal Ibnu Qayyim rahimullah telah berkata : “Sesungguhnya dosa dan mungkar itu memudaratkan seperti mudaratnya racun dalam badan……….”

Sesungguhnya dosa dan maksiat itu akan menghalang ilmu, rezeki, ketaatan, memendekkan umur, menghilangkan berkat, mewarisi kehinaan, merosakkan akal, menghilangkan malu, memadamkan cahaya hati dan menghalangi dakwah.

Alangkah ruginya penghuni yang berada di dalam kemungkaran-kemungkaran yang menyebabkan perkara di atas berlaku. Selain dari itu, dosa dan maksiat akan membutakan hati serta menjauhkan hamba dari pencptaNya.


Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran