FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH
FIQH AS-SIASAH AS-SYAR'IYYAH SATU PENGENALAN 1.0 Muqaddimah Perkara siasah syar'iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam. Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar'iyyah Secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره . 2.0 Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar'iyyah. Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) . Firman Allah Taala : " لا يكادون يفقهون حديثا - اى لا يفقهون " . Manakala السياسه berasal dari perkataan 1 ساس يسوس سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah. Di dalam hadis : 2 "...