Dakwah itu seni...



Semalam, telah diadakan kem kepimpinan anjuran MANTOP training. Walaupun hadir sedikit lewat kerana aktiviti yang bertindih, namun sedikit sebanyak mengubah sisi pandangan tentang band yang membawa lagu-lagu rancak atau lebih dikenali sebagai "kugiran" (kumpulan gitar rancak).

Rasa sungguh terkejut apabila melihat lagu tema yang dipilih adalah daripada kumpulan Ukay's... Pada awalnya, selepas pendaftaran ana telah diberikan fail yang berisi kertas dan modul yang dibawa. Sebaik sahaja ana buka fail, tengok2 lagu tema kem yang berjudul "Bila diri disayangi"... ana teruskan untuk membaca lirik tersebut...

Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
"wah, menarik... dalam maknanya..." ana berfikir sejenak. Tiba2, fasilitator meminta semua peserta berdiri untuk turut sama2 menyanyikan lagu tema. Tersentak sebentar, apabila mendengar bunyi drum yang disusuli dengan bunyi gitar... Rupa-rupanya, baru ana tahu lagu tema tu berasal dari album kumpulan Ukay's. 
 Merujuk kepada buku fiqh dakwah karya Muhammad Haniff Hasan, iaitu metodologi dakwah yang berkesan adalah memanfaatkan anasir soleh dalam lingkungan jahiliyyah. Firman Allah SWT:
"Dan Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat Dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim"; (Tahrim:11)

Bukanlah bermakna apabila kita mendengar dendangan lagu-lagu rancak era'90 an dan seumpamanya, maka kita terus menghukumnya sebagai tidak sesuai dengan Islam bahkan lebih teruk lagi keluar daripada Islam... Walaupun Asiah sedar bahawa Firaun merupakan makhluk yang dikutuk oleh Allah SWT tetapi beliau tidak sesekali meminta cerai atau terus lari daripada mahligai piramid yang dibina. Dan yang paling menarik, men'tarbiyah' seorang bayi yang bakal menjadi Nabi Ulul Azmi dan sekaligus meruntuhkan empayar yang sekian lama dibina oleh Firaun.

Sekarang, ibrah yang jelas Allah SWT telah tunjukkan ialah apabila 'BoB Lukman' yang menyatakan keIslamannya secara terbuka. Bahkan kini, menyampaikan dakwahnya melalui epilog silam yang memberinya seribu satu hikmah. Semoga beliau terus istiqamah dengan perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini.


Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran