Nabi utusan yang dinanti...

Assalamualaikum wrbth,

Segala pujian hanya bagi Allah, yang Maha Bijaksana mencipta makhluk dan menetapkan hukum serta pelaksanaannya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad ibn Abdullah yang merupakan rahmat buat sekalian alam. Buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang mewarisi perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT.

12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran buat 'Habibullah' atau kekasih Allah, umat Islam meraikannya dengan pelbagai cara berdasarkan tempat dan budaya masyarakat yang tersendiri. Namun, ibadah akan bertukar menjadi bidaah jika tiada sandaran dalil atau nas yang menyokongnya.

Semalam, berkesempatan menghadiri majlis sambutan maulid di surau al-khautsar, seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Agak terkejut, kerana sambutan maulid bukan diadakan selama 1 hari pada kebiasaannya, namun 1 bulan lamanya. Macam2 aktiviti yang telah diatur supaya suasana Maulidur Rasul dapat dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.

Malam semalam, selepas ceramah Maulidur Rasul telah diadakan bacaan qasidah maulid beramai-ramai. Teringat kata2 us bahawa di akhirat kelak, manusia akan dibangkitkan bersama dengan orang yang dicintainya. Namun, satu persoalan yang patut kita tanya adalah adakah kita cinta kepada Rasulullah?...

Bacaan qasidah maulid

 Bacaan diikuti oleh para jemaah

Qasidah maulid

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"      (Al-Ahzab : 21)

 

Comments

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran