Perkembangan Jiwa
Allah SWT menciptakan manusia dalam 2 keadaan, baik dalam keadaan fizikal iaitu tubuh badannya dan juga dalamannya iaitu 'qalbu' yang ada di dalam dirinya sendiri. Namun, kerana kekurangan yang ada pada manusia seringkali mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata sahaja. Walaupun pada bahasanya 'qalbu' bererti hati namun sebenarnya merujuk kepada jiwa manusia itu sendiri. Sedar atau tidak, tubuh badan yang mempunyai perkembangan bermula tubuh seorang bayi hinggalah menjadi tubuh seorang dewasa dan akhirnya berubah menjadi tubuh seorang tua. Tetapi kita harus sedar, bahawa 'qalbu' atau jiwa manusia juga mempunyai perkembangannya juga. Itulah yang dikenali dengan 'nafsul mutmainnah' , 'nafsu lawwamah' dan 'nafsu ammarah' . Kadangkala, ramai antara kita yang hanya merujuk tarbiyah itu ertinya 'mendidik'... bahkan ianya mempunyai makna yang lebih sesuai iaitu 'membentuk'. Sebab itu, melihat kepada Sirah ...