Jangan biarkan hari berlalu tanpa memikirkan masalah ummah...

Saban hari, masa terus berlalu... Sedar atau tidak, rupa-rupanya akhir tahun ini bakal membawa satu lagi detik perjalanan hidup di alam pekerjaan... Bermula awal bulan 12 ini, bakal membawaku ke alam praktikal (internship)... Namun, dikala masa terus berlalu masih terngiang-ngiang suara Tuk Guruku, Hj Zulkifli bin Ismail yang merupakan pengetua bagi Pondok Baitul Qurra di Melaka.

"Jangan biarkan hari terus berlalu tanpa memikirkan masalah umat Islam... Rugilah masa yang diberikan oleh Allah kepada kita..." tegas Us Zul di dalam tazkirahnya. Saat itu, rasanya macam x berapa jelas lagi, maklumlah masih baru lagi... Taklifan pun x de la berat sangat... Kiranya, buat2 paham je la, sambil mengira-ngira bilalah Us akan habis bagi tazkirah... Naik kebas jugak kaki ni, duk bersila lama2...

Semalam, ana berjumpa dengan seorang mad'u... Dia menyatakan masalahnya yang agak keberatan untuk bersama dalam jemaah kerana rasa dirinya x bersedia untuk mendapat tarbiyah... "Ana x tahu la abg mu'min, tapi seperti yang ana kata sebelum ini, ana masih x bersedia untuk bersama dengan jemaah..." kata mad'u tersebut.

"Al-Jamaah barakah wal firqah tu azab... Tahu x apa maksudnya?" soalku bagi mendapatkan kepastian. "Erm.. ntah la" jawabnya dengan ringkas. "Maksudnya, berjemaah itu berkat dan perpecahan itu azab... Inilah hadis Nabi yang mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kita bersama-sama dalam sebuah jemaah" pintasku kembali.

Dengan muka yang serba-salah, dia hanya mendiamkan dirinya. Namun, pada satu sudut kelihatan dia masih lagi menginginkan sebuah kehidupan dalam berjemaah tapi mungkin dia perlukan ruang yang sesuai bagi dirinya.

"Kita bukan penghukum tetapi pendakwah" kata-kata Mustafa Masyhur...

Akhirnya, ana membuat tawaran kepada mad'u tersebut untuk sertai usrah. Walaupun, agak berat untuk memberi jawapan tetapi dia bersetuju untuk hadir jika dijemput bersama. Alhamdulillah, lega rasanya namun ini merupakan langkah yang pertama.

Mengenang kembali, kata2 Us Zul... Rasa-rasanya banyak keberkatan yang berlaku, memang terasa berat kerana ada sahaja perkara yang perlu difikirkan apatah lagi menjadi satu kerisauan... Namun, semuanya ini menjadi sebuah pengalaman yang bermakna buat diri ini... Renung2 kembali, apalah kesusahan yang ditimpa berbanding pengorbanan para As-Sabiqun Al-Awwalun yang tetap istiqamah bersama Nabi Muhammad S.A.W. yang sentiasa dirindui... Harap2, dapat bertemu Baginda di dalam mimpi yang indah... Amin...

Comments

  1. salam alaik akh.. ana senang dgn style penulisan anta.. boleh diteruskan lagi.. sebab setakat pemerhatian ana, ramai blogwalkers(trmasuk ana) tend to lagi suka membaca blog yg diceritakan dri point of view perkongsian pengalaman, terasa lebih dekat & mudah difahami.. moga berterusan dgn style yg dekat di hati pembaca..
    " ikut fiqh waqi'".. moga tulisan akh bermanfaat buat para pembaca.. insyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lafaz musytarak dalam usul fiqh

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran

Fahami apa itu ikhtilat