Posts

Showing posts from June, 2010

Banyak Bertanya : Semakin bijak atau semakin dungu?

Image
Assalamualaikum wrbth, Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi yang tidak sesekali mensia-siakan setiap apa yang diciptakannya, selawat dan salam buat kekasih yang dirindui Muhammad bin Abdulllah SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in dan seluruh pejuang Islam sepanjang zaman. Dengan sedikit kelapangan masa yang diberikan oleh Allah SWT ini, rasa tergerak untuk menulis di samping mengisi kekosongan waktu yang ada. Merujuk tajuk yang diutarakan, agak2 yang mana satu jawapan yang logik untuk kita terima... Apabila semakin banyak kita bertanya, adakah kita menjadi semakin bijak atau semakin dungu? Contoh yang boleh kita ambil dari sirah Nabawiyah, apabila kaum nabi musa iaitu bani israel bertanyakan tentang perintah Allah yang di'taklif'kan kepada mereka. Firman Allah yang bermaksud : 67. dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembel...

10 Kriteria Pemuda Ansorullah

Image
Pertama : Pemuda yang siap siaga untuk menyahut seruan perjuangan tanpa sebarang rasa ragu bagi menegakkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini. Ikrar mereka ialah ikrar seorang pejuang : "Sama ada menang atau gugur sebagai syuhada’" Kedua : Pemuda yang menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah serta berdiri teguh bersama kepimpinannya, tidak gentar mendepani cabaran malah bersedia menghadapi apa jua implikasi perjuangan, biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan diri sendiri iaitu masa, tenaga, harta, darah dan nyawa. Sebagaimana taujihat Khalid Ibnu Walid r.a. ketika berdepan dengan tentera musuh: "Kami datang dengan suatu golongan yang kasih kepada mati sebagaimana kamu kasih kepada hidup" Ketiga : Pemuda yang memiliki  kualiti dan tahap piawaian melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan diatur merangkumi amal tarbawi, amal siasi serta amal kebajikan dan dakwah. Keempat: Pemuda yang mewarisi kemuliaan akhlak...

Mengenali Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita. • Ia mewujudkan sistem demokrasi kita • Ia menghadkan kuasa kerajaan • Ia menyatakan hak-hak kita Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal. Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan? Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya: • Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia • Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita • Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang • Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim • Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan n...

Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan

Image
Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak. Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya. Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota. Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur...

Kenapa kita perlu menyokong Palestin?

Image
Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia. Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran. Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak men...

Antara Penipuan Israel berkenaan Freedom Flotilla

Image
layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan. Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi. Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja. ******* Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil. Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spra...
Image
layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan. Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi. Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja. ******* Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil. Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spra...

Kenyataan ulama seluruh dunia ttg serangan Israel ke atas Flotilla

Kenyataan barisan ulama’ seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA بسم الله الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya. Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan kecewa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lai...