Posts

Showing posts from December, 2009

Hijrah Pemangkin Perubahan

Assalamualaikum WRBTH, Berada di 12 muharram iaitu bulan pertama di dalam kalendar islam yang penuh dengan episod-episod perjuangan baginda Rasullulah S.A.W. memberi semangat bahawa Islam pasti akan menang. Namun, kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap cabaran dan dugaan menjadi harga yang perlu dibayar bagi menanti sebuah kemenangan. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.: "Tiada hijrah selepas pembukaan kota mekah tetapi jihad dan niat" Bersandarkan hadis ini, dapat kita rungkaikan bahawa hijrah bukanlah hanya memberi maksud perjalanan daripada mekah ke madinah kerana ingin menyelamatkan umat Islam. Tetapi, lebih daripada itu bahkan Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda bahawa hijrah yang ada ialah hijrah meninggalkan perkara buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik. Tetapi perlu kita persoalkan mengapa jihad dan niat ini begitu penting dan apakah kaitannya dengan hijrah? Hal ini kerana kita jarang sekali memikirkan bahawa hijrah Nabi Muhammad dan par...

Kem Penghayatan Islam dan Motivasi

Image
Assalamualaikum WRBTH, Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat illahi, dengan keizinanNya sekali lagi Rakan Motivasi berjaya bertapak ke negeri Darul Takzim. Bermula 17 Disember (Khamis) sehingga 20 Disember (Ahad), Rakan Motivasi menghantar tiga orang wakil fasilitator iaitu Mu'min (pelajar UTP), zaiyinul ain (pelajar UTP) dan Helmi (pelajar UITM Seri Iskandar) ke Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Parit Medan, Kundang Ulu, Johor Darul Takzim. Perjalanan kami (fasilitator) bermula seawal 4.30 pagi daripada UTP terus ke Klang bagi mengambil seorang fasilitator (zaiyinul ain) dan sampai ke tempat program pada pukul 11.30 pagi, selama 7 jam dengan menaiki kereta. Program ini dianjurkan pada 6-20 Disember, maka kami sebagai pengganti fasilitator pada giliran yang terakhir. Antara aktiviti yang dibuat ialah : 1) Ta'aruf 2) Muhasabah 3) Qiamullail 4) Bacaan Mathurat 5) Modul-modul 6) Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 7) Riadah Sesampainya kami disana, kami disambut mesra oleh ...

Memperingati tragedi Memali

Memperingati tragedi Memali   Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama' yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii'tiraf sebagai pendakwah terbaik. Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemeri...

1Malaysia Hanya Retorik

Image
1Malaysia Hanya Retorik www.iluvislam.com oleh: sahalfikri editor: deynarashid Pelbagai reaksi diberikan apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan Dato' Seri Najib Tun Razak pada awal pemerintahannya sebagai kepala negara. Ada yang memuji gagasan ini dan ada yang mengkritiknya. Sesetengah rakyat merasakan 1Malaysia adalah gagasan yang cuba mewujudkan satu bangsa Malaysia hingga melenyapkan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia. Mungkin anda sendiri juga tidak memahami maksud sebenar gagasan ini. Sila baca booklet ini untuk kefahaman asas tentang gagasan ini agar perbincangan seterusnya lebih mudah difahami. Sudah menjadi rentak dan rutin seorang pemimpin politik untuk perkenalkan suatu yang baru dalam siri pemerintahannya. Ini bertujuan memberi semangat baru dan bukti kerja yang dilakukannya. Kerana itulah juga, 1Malaysia pun diwujudkan. Jika dibaca dan diteliti gagasan ini, saya akui ianya sangat baik. Ia tidak membawa kepada penghapusan etnik dan bangsa yang...

Sejarah Dunia Islam

Image
SEJARAH DUNIA ISLAM