Posts

Showing posts from August, 2011

Light of Dawn

Image
I wake with the light of the dawn whispering With joy in my heart and with praise on my lips In stillness and twilight I stand before you Bowing, prostrating I call Allahu My eyes see your beauty in the dawn's golden hues My ears hear the thunder as it glorifies you The rhythm of my heart beats the sound of your name My breaths rise and fall with the tide of your praise My soul knew and loved you before I was born And without your mercy is lost and forlorn Wherever I may wander down the pathways of life My cry to you, oh my Lord, is 'guide me to light' Through all fear and helplessness, to you do I turn For your breath of healing and peace do I yearn For all that I have, my Lord, all that I am Is from You, is for You and to You will return

Amanah & Pinjaman-Mu

Image

Dr Abdullah Nasih Ulwan, Selagi Nadi Berdenyut Pena Sentiasa Menulis

Image
Dr Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini. Pendidikan Dr Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peri...

Kertas Kerja Tarbiyah

Image
Kedudukan Tarbiyah Islamiyah Tarbiyah Islamiyah adalah salah satu isi besar dan penting di dalam agama Islam. Ia menjadi satu tugas yang paling utama kepada perutusan para anbiya’. Justeru pengajaran Islam mengenai tarbiyah Islamiyah cukup sempurna dan tiada taranya berbanding pengajaran falsafah dan ideologi kehidupan manusia yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah ( Allah ) Tuhan yang telah mengutuskan di dalam bangsa yang buta huruf ( bangsa Arab ) seorang rasul ( Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam ) daripada kalangan mereka sendiri untuk membacakan ke atas mereka ayat – ayatNya dan menyucikan jiwa mereka ( daripada kekotoran akidah dan jahiliyah) serta mengajarkan mereka al kitab (al Quran) dan al hikmah ( sunnah al Rasul ), dan sesungguhnya mereka sebelumnya telah berada di dalam kesesatan yang nyata.” Surah al Jumu’ah: 2 Takrif Tarbiyah Islamiyah Tarbiyah Islamiyah bermaksud satu kaedah terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah manusia mengikut manhaj da...

Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran

Image
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau t...