Posts

Showing posts from March, 2011

Solat Jama' & Qasar

Image
 Soalan 1: Dalil solat Jama' & Qasar. a. Dalil Jama' Taqdim Riwayat dari Anas bahawa : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رحل قبل أن تزيغ- تميل ظهرا- الشمس، أخر الظهر إلى وقت العصر، ثم نزل يجمع بينهما، فإن زاغت قبل أن يرتحل صلى الظهر، ثم ركب. "Sesungguhnya apabila Nabi bermusafir sebelum gelincir matahari, beliau akan mengakhirkan / melewatkan waktu Zohor sehinggalah waktu Asar, kemudian beliau singgah disuatu tempat dan bersolat jama' kedua2 solat. Apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat Zohor dan kemudian berangkat." [Hadith Bukhari dan Muslim]. كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن يجمع بين الصلاتين في السفر، أخر الظهر حتى يدخل أول وقت العصر، ثم يجمع بينهما "Apabila Nabi ingin menjama'kan dua solat semasa bermusafir, beliau akan mengakhirkan/melambatkan Zohor sehingga masuk waktu Asar, kemudian baginda menjama'kan keduanya" [Hadith Riwayat Muslim] b. Dalil Solat Jama' T...

Tarbiyah Kendiri bagi yang mahu mengenali diri...

Image
Pernah rasa keseorangan dalam usaha menjalankan tarbiyah(didikan) terhadap diri?   Jauh dari rakan-rakan dan sahabat yang mampu membantu diri untuk menjadi hamba Ilahi? Apakah kita apabila tercampak di mana-mana keseorangan, atau terputus hubungan dengan rakan-rakan yang berbuat kebaikan, maka kita tidak lagi perlu menggerakkan proses untuk membawa diri kita menjadi hamba yang Allah redha? Lumrah manusia kuat apabila bersama, lemah apabila bersendirian. Namun bersendirian bukan alasan untuk terus berada dalam kelemahan. Di sinilah wujudnya tarbiyah kendiri. Kita memproses diri kita sendiri. Kenal Allah Step pertama dan utama dalam menggerakkan proses tarbiyah kendiri ini, semestinya adalah dengan mengenal Allah. Hal ini kerana, apabila menggerakkan tarbiyah kendiri, keimanan adalah tunjang yang membuatkan perkara ini terus berjalan. Dengan mengenali, betapa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Maha Memerhati dan Maha Menghitung, mengetahui betapa janji-janji Allah itu benar...