Posts

Showing posts from September, 2010

Jangan biarkan hari berlalu tanpa memikirkan masalah ummah...

Saban hari, masa terus berlalu... Sedar atau tidak, rupa-rupanya akhir tahun ini bakal membawa satu lagi detik perjalanan hidup di alam pekerjaan... Bermula awal bulan 12 ini, bakal membawaku ke alam praktikal (internship)... Namun, dikala masa terus berlalu masih terngiang-ngiang suara Tuk Guruku, Hj Zulkifli bin Ismail yang merupakan pengetua bagi Pondok Baitul Qurra di Melaka. "Jangan biarkan hari terus berlalu tanpa memikirkan masalah umat Islam... Rugilah masa yang diberikan oleh Allah kepada kita..." tegas Us Zul di dalam tazkirahnya. Saat itu, rasanya macam x berapa jelas lagi, maklumlah masih baru lagi... Taklifan pun x de la berat sangat... Kiranya, buat2 paham je la, sambil mengira-ngira bilalah Us akan habis bagi tazkirah... Naik kebas jugak kaki ni, duk bersila lama2... Semalam, ana berjumpa dengan seorang mad'u... Dia menyatakan masalahnya yang agak keberatan untuk bersama dalam jemaah kerana rasa dirinya x bersedia untuk mendapat tarbiyah... "Ana x tahu...

Fiqh Awlawiyyat (Tingkatan Keutamaan) Dalam Islam

Fiqh Awlawiyyat (Tingkatan Keutamaan) Dalam Islam Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabatnya dan pengikut dan pendokong kebenaran Islam hingga ke hari qiamat. Penulisan ringkas ini menjadikan persoalan berikut :- 1)      Kewujudan tingkatan keutamaan dalam amalan menurut Islam.   2)      Persoalan pertembungan kepentingan kebaikan (maslahat) dalam sesuatu masa & kaedah penyelesaian. 3)      Persoalan pertembungan maslahat dan mafsadah dan kaedah penyelesaian Islam. 4)      Beberapa prinsip Islam dalam hal awlawiyyat (priority). KEWUJUDAN TINGKATAN KEUTAMAAN DALAM AMALAN MENURUT ISLAM Antara dalil-dalil yang menjelaskan konsep ini adalah seperti berikut : 1)       Al-Quran a.         Firman Allah SWT :     "أجعلتم سقاية الحاج ...

Rasulullah kasihkan surah al-A'la

Image
Rasulullah kasihkan surah al-A'la Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la. Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat. Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat. Memang wajar bagi Rasulullah menyintai surah ini, kerana surah ini menukarkan seluruh alam menjadi sebuah tempat ibadat di mana bergema ucapan tasbih dan tahmid di seluruh sudutnya, dan menjadi sebuah tempat pameran yang penuh dengan kejadian-kejadian yang mengilhamkan tasbih dan tahmid. Firman Allah SWT: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). Al-Maraghi berkata: Sucikanlah nama Tuhanmu dari sesuatu yang tidak layak dengan keagungan-Nya, sama ada tent...

Bani Ubairiq suku munafik di Mekah

Image
PADA suatu hari, Rifa'ah bin Zaid telah membeli beberapa guni terigu. Beliau menyimpan makanan itu di dalam gudang tempat menyimpan alatan perangnya. Pada malam itu, gudang tersebut telah dicerobohi dan kesemua isinya dicuri. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Rifa'ah datang menemui anak saudaranya Qatadah. "Wahai Qatadah, malam tadi gudang kita telah dimasuki pencuri. Semua makanan dan senjata di dalamnya telah hilang," adu Rifa'ah. Qatadah pun mengajak Rifa'ah menyiasat di sekeliling kampung. Mereka bertanyakan orang kampung kalau mereka terlihat sesiapa yang dicurigai. "Semalam, aku melihat Bani Ubairiq menyalakan api untuk memasak terigu," kata seseorang. Pada waktu itu, terigu adalah makanan orang kaya. Orang miskin seperti Bani Ubairiq hanya makan buah kurma dan kekacang yang didatangkan dari Madinah. Qatadah dan Rifa'ah pun pergi ke rumah Bani Ubairiq. Kata Bani Ubairiq: "Kami telah bertanya di sekitar kampung ini. Lahib bin Sahl ya...

Mahasiswa Dalam Coretan Perjuangan

Image
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh berhubung kes "bini puaka" hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada prima facie dalam kes tersebut dan mengarahkan kesemua mereka yang dituduh dibebaskan. Mereka adalah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak ia bermula Julai tahun lalu. Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin. Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal ...

Gradualism in Applying the Shari`ah

Gradualism in Applying the Shari`ah By Dr. Yusuf Al-Qaradawi President, the International Union for Muslim Scholars — Qatar Gradualism in applying the Shari`ah is a wise requirement to follow. In doing so, we will be following Allah’s laws with regard to physical nature and teachings of Islam. Gradualism was observed in enjoining the obligations of Islam such as Prayer, fasting, etc., and in forbidding the prohibited as well. The most telling example in that regard is prohibiting alcohol; the stages taken in that respect are well known by anyone studying the Shari`ah. Islam also took into account the effectiveness of gradualism when it did not suddenly abolish slavery, which was prevalent in the whole world on the advent of Islam. Abolishing slavery then would have led to economic and social uprising, so it was wise then to deal with such a problem in an indirect way (by, for instance, regarding setting a slave free as a good deed and making it...