Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya. ” Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah… Hurmm~ Itulah dia… Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga. Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran… Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun , kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa … Tapi kalau faham, lagi bagus! Dibawah ini saya sediakan juga tips-tips yang boleh kita ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan ...