Posts

Cinta Rasul dan Maulid

Image
Setiap orang berhak mengatakan dirinya mencintai Nabi Muhammad S.A.W, namun pendakwaan tersebut hanya akan dianggap mitos jika ia tidak dibuktikan dengan ittiba' (yakni mengikuti langkah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W), taat dan berpegang teguh pada petunjuknya. Cinta terhadap Rasulullah S.A.W merupakan salah satu syarat kesempurnaan iman kepadanya, bahkan kecintaan kepada Baginda mesti melebihi segala kecintaan kepada makhluk selainnya. Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya), "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya" . (Riwayat Imam Bukhari & Muslim). Begitupun mencintai Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh dijadikan ukuran dengan sekadar memperingati bulan Rabi'ul Awal, iaitu pada hari kelahiran Baginda. Dalam sejarah-pun, bukan sahaja mereka yang diiktiraf bermazhab Sunni merayakan Maulid Nabi, bahkan golongan yang dikenal sebagai Batiniyyah (salah satu aliran kefahaman y...

6 Cara Membangun Tarbiyah dalam kehidupan

Image
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa (orang) memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Hasyr : 18) 1. Mu’ahadah Mu’ahadah yakni mengingat dan mengukuhkan kembali perjanjian antara kita dengan Allah SWT ketika berada di alam ruh. Di sanalah tempat perjanjian pertama sebelum kita menjadi janin yang berada di dalam rahim ibu dan kemudiaannya ditiupkan ruh. Di dalam Al-Quran ada merekodkan perjanjian tersebut bahawa kita sudah pun diminta untuk memberikan kesaksian oleh Allah, “Bukankah Aku ini Rabbmu?” Mereka menjawab: “Benar (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi”.(QS. 7:172) Dengan bermu’ahadah, kita akan berusaha menjaga agar sikap dan tindak tanduk kita agar tidak keluar dari keran...

3 ciri2 Orang Soleh

Image
أً لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Salah satu golongan yang yang mendapat rahmat Allah SWT adalah golongan solihin iaitu orang mukmin yang sentiasa beramal soleh semata-mata kerana Allah SWT. Terdapat tiga ciri-ciri atau tanda-tanda seseorang itu layak menjadi orang soleh. Sabda Nabi SAW kepada kepada Saidina Ali kwj : "Wahai Ali ! Tanda-tanda (ciri-ciri) orang soleh itu ada tiga : Pertama : Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. melalui amal soleh. Kedua : Selalu memperbaiki agamanya dengan beramal soleh. Ketiga : Selalu reda terhadap manusia dari apa yang diredai dirinya ." Huraiannya : Pertama : Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. melalui amal soleh....

Ganjaran bagi orang yang menghafal Al-Quran

Image
Bagi penghafaz al-Quran ( Hamlatul Quran ), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz” , akan mendapat 2 ganjaran : Ganjaran di dunia. Ganjaran di akhirat. Ganjaran di dunia Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran , terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa : Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia. “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah) Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” ( Riwayat Muslim ) Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W. “Adalah nabi mengumpulk...

Pelihara Amanah Al-Quran

Image
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya. ” Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah… Hurmm~ Itulah dia… Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga. Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran… Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun , kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa … Tapi kalau faham, lagi bagus! Dibawah ini saya sediakan juga tips-tips yang boleh kita ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan ...

Fahami apa itu ikhtilat

Image
Ikhtilat Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah cuai daripada pegangan agamanya sebagaimana tersasarnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud; Dan tetaplah di rumah-rumah kamu . Apakah ikhtilat itu haram? Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbi...