Posts

Solat Jama' & Qasar

Image
 Soalan 1: Dalil solat Jama' & Qasar. a. Dalil Jama' Taqdim Riwayat dari Anas bahawa : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رحل قبل أن تزيغ- تميل ظهرا- الشمس، أخر الظهر إلى وقت العصر، ثم نزل يجمع بينهما، فإن زاغت قبل أن يرتحل صلى الظهر، ثم ركب. "Sesungguhnya apabila Nabi bermusafir sebelum gelincir matahari, beliau akan mengakhirkan / melewatkan waktu Zohor sehinggalah waktu Asar, kemudian beliau singgah disuatu tempat dan bersolat jama' kedua2 solat. Apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat Zohor dan kemudian berangkat." [Hadith Bukhari dan Muslim]. كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن يجمع بين الصلاتين في السفر، أخر الظهر حتى يدخل أول وقت العصر، ثم يجمع بينهما "Apabila Nabi ingin menjama'kan dua solat semasa bermusafir, beliau akan mengakhirkan/melambatkan Zohor sehingga masuk waktu Asar, kemudian baginda menjama'kan keduanya" [Hadith Riwayat Muslim] b. Dalil Solat Jama' T...

Tarbiyah Kendiri bagi yang mahu mengenali diri...

Image
Pernah rasa keseorangan dalam usaha menjalankan tarbiyah(didikan) terhadap diri?   Jauh dari rakan-rakan dan sahabat yang mampu membantu diri untuk menjadi hamba Ilahi? Apakah kita apabila tercampak di mana-mana keseorangan, atau terputus hubungan dengan rakan-rakan yang berbuat kebaikan, maka kita tidak lagi perlu menggerakkan proses untuk membawa diri kita menjadi hamba yang Allah redha? Lumrah manusia kuat apabila bersama, lemah apabila bersendirian. Namun bersendirian bukan alasan untuk terus berada dalam kelemahan. Di sinilah wujudnya tarbiyah kendiri. Kita memproses diri kita sendiri. Kenal Allah Step pertama dan utama dalam menggerakkan proses tarbiyah kendiri ini, semestinya adalah dengan mengenal Allah. Hal ini kerana, apabila menggerakkan tarbiyah kendiri, keimanan adalah tunjang yang membuatkan perkara ini terus berjalan. Dengan mengenali, betapa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, Maha Memerhati dan Maha Menghitung, mengetahui betapa janji-janji Allah itu benar...

Jom dengar Ikim.fm

Radio Ikim FM Live | Radio Ikim FM Online Streaming Radio Free | Radio Ikim FM Live Streaming

Nabi utusan yang dinanti...

Image
Assalamualaikum wrbth, Segala pujian hanya bagi Allah, yang Maha Bijaksana mencipta makhluk dan menetapkan hukum serta pelaksanaannya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad ibn Abdullah yang merupakan rahmat buat sekalian alam. Buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang mewarisi perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT. 12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran buat 'Habibullah' atau kekasih Allah, umat Islam meraikannya dengan pelbagai cara berdasarkan tempat dan budaya masyarakat yang tersendiri. Namun, ibadah akan bertukar menjadi bidaah jika tiada sandaran dalil atau nas yang menyokongnya. Semalam, berkesempatan menghadiri majlis sambutan maulid di surau al-khautsar, seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Agak terkejut, kerana sambutan maulid bukan diadakan selama 1 hari pada kebiasaannya, namun 1 bulan lamanya. Macam2 aktiviti yang telah diatur supaya suasana Maulidur Rasul dapat dihayati oleh setiap lapisan masyarakat. Malam semalam, selepas ceramah Ma...

Perkembangan Jiwa

Image
Allah SWT menciptakan manusia dalam 2 keadaan, baik dalam keadaan fizikal iaitu tubuh badannya dan juga dalamannya iaitu 'qalbu' yang ada di dalam dirinya sendiri. Namun, kerana kekurangan yang ada pada manusia seringkali mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata sahaja. Walaupun pada bahasanya 'qalbu' bererti hati namun sebenarnya merujuk kepada jiwa manusia itu sendiri. Sedar atau tidak, tubuh badan yang mempunyai perkembangan bermula tubuh seorang bayi hinggalah menjadi tubuh seorang dewasa dan akhirnya berubah menjadi tubuh seorang tua. Tetapi kita harus sedar, bahawa 'qalbu' atau jiwa manusia juga mempunyai perkembangannya juga. Itulah yang dikenali dengan 'nafsul mutmainnah' , 'nafsu lawwamah' dan 'nafsu ammarah' . Kadangkala, ramai antara kita yang hanya merujuk tarbiyah itu ertinya 'mendidik'... bahkan ianya mempunyai makna yang lebih sesuai iaitu 'membentuk'. Sebab itu, melihat kepada Sirah ...

Nasihat Untuk Protaz - Berhati-hati dalam memahami khilaf ilmuan silam

Image
Oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz Pasti akan ada dalam kalangan penyokong protaz yang tidak suka penulisan sebegini. Pasti akan ada yang mempertikaikan golongan 'ustaz' pula. Itu boleh diterima - asalkan kita bersama ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik. Bagi artikel ini, fokusnya ialah pada golongan protaz, maka jangan timbulkan persoalan kenapa pula tidak dikritik golongan 'ustaz'? Saudara boleh menulis tentang kritikan terhadap 'ustaz' dan pastikan ia tepat dan jelas. Saya mengucapkan jazakallah di atas tulisan ilmiah yang membina. Berbalik kepada tajuk artikel ini... Kritikan saya (seperti mana beberapa kritikan yang tidak seberapa dalam tulisan lalu) adalah berniat untuk mengubah persepsi protaz yang giat menulis dan memberikan sumbangan ilmu agar memperbaiki kemampuan diri seikhlas mungkin dan juga berhati-hati dalam menghasilkan penulisan akan datang . Maka jangan diubah pula niat artikel ini kononnya - menafikan sumbangan protaz atau menghal...

Tahun Baru 2011

Image