Posts

Jom dengar Ikim.fm

Radio Ikim FM Live | Radio Ikim FM Online Streaming Radio Free | Radio Ikim FM Live Streaming

Nabi utusan yang dinanti...

Image
Assalamualaikum wrbth, Segala pujian hanya bagi Allah, yang Maha Bijaksana mencipta makhluk dan menetapkan hukum serta pelaksanaannya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad ibn Abdullah yang merupakan rahmat buat sekalian alam. Buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang mewarisi perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT. 12 Rabiul Awal merupakan hari kelahiran buat 'Habibullah' atau kekasih Allah, umat Islam meraikannya dengan pelbagai cara berdasarkan tempat dan budaya masyarakat yang tersendiri. Namun, ibadah akan bertukar menjadi bidaah jika tiada sandaran dalil atau nas yang menyokongnya. Semalam, berkesempatan menghadiri majlis sambutan maulid di surau al-khautsar, seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Agak terkejut, kerana sambutan maulid bukan diadakan selama 1 hari pada kebiasaannya, namun 1 bulan lamanya. Macam2 aktiviti yang telah diatur supaya suasana Maulidur Rasul dapat dihayati oleh setiap lapisan masyarakat. Malam semalam, selepas ceramah Ma...

Perkembangan Jiwa

Image
Allah SWT menciptakan manusia dalam 2 keadaan, baik dalam keadaan fizikal iaitu tubuh badannya dan juga dalamannya iaitu 'qalbu' yang ada di dalam dirinya sendiri. Namun, kerana kekurangan yang ada pada manusia seringkali mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata sahaja. Walaupun pada bahasanya 'qalbu' bererti hati namun sebenarnya merujuk kepada jiwa manusia itu sendiri. Sedar atau tidak, tubuh badan yang mempunyai perkembangan bermula tubuh seorang bayi hinggalah menjadi tubuh seorang dewasa dan akhirnya berubah menjadi tubuh seorang tua. Tetapi kita harus sedar, bahawa 'qalbu' atau jiwa manusia juga mempunyai perkembangannya juga. Itulah yang dikenali dengan 'nafsul mutmainnah' , 'nafsu lawwamah' dan 'nafsu ammarah' . Kadangkala, ramai antara kita yang hanya merujuk tarbiyah itu ertinya 'mendidik'... bahkan ianya mempunyai makna yang lebih sesuai iaitu 'membentuk'. Sebab itu, melihat kepada Sirah ...

Nasihat Untuk Protaz - Berhati-hati dalam memahami khilaf ilmuan silam

Image
Oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz Pasti akan ada dalam kalangan penyokong protaz yang tidak suka penulisan sebegini. Pasti akan ada yang mempertikaikan golongan 'ustaz' pula. Itu boleh diterima - asalkan kita bersama ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik. Bagi artikel ini, fokusnya ialah pada golongan protaz, maka jangan timbulkan persoalan kenapa pula tidak dikritik golongan 'ustaz'? Saudara boleh menulis tentang kritikan terhadap 'ustaz' dan pastikan ia tepat dan jelas. Saya mengucapkan jazakallah di atas tulisan ilmiah yang membina. Berbalik kepada tajuk artikel ini... Kritikan saya (seperti mana beberapa kritikan yang tidak seberapa dalam tulisan lalu) adalah berniat untuk mengubah persepsi protaz yang giat menulis dan memberikan sumbangan ilmu agar memperbaiki kemampuan diri seikhlas mungkin dan juga berhati-hati dalam menghasilkan penulisan akan datang . Maka jangan diubah pula niat artikel ini kononnya - menafikan sumbangan protaz atau menghal...

Tahun Baru 2011

Image

Tujuh kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat

Image
Ada tujuh kejayaan besar konvensyen itu ialah: Pertama: Mampu mencapai matlamat mengumpul dan memperlihatkan kesepakatan dan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun selama dua tahun ini ia ‘diserang’ tidak henti-henti oleh musuh politiknya dari segenap sudut. Kira-kira 2,000 yang hadir tidak berganjak dari awal hingga akhir menghadiri Konvensyen tersebut - menjadi manifestasi keazaman dan kesungguhan warga Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Pakatan. Kedua: telah berjaya menjawab semua fitnah dan tuduhan musuh politknya dengan jelas dan meyakinkan. Puluhan pengamal media – dalam dan luar negara – menyaksi dan melaporkan jawapan ini. Ketiga: kejayaan Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa buah negeri. Pameran tersebut memberi erti dan memeriahkan konvensyen tersebut. Keempat: keputusan padu – dengan sebulat suara - mengekalkan terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen. Ini tentu sekali m...

Mengfaraidkan harta awam

Image
Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR. Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni. Caranya bagini: Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasa...