Posts

Jawatan itu adalah amanah

Image
Jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat. Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.; "Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu." Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini. Sabdanya lagi: "Mana-mana pemim...

Ramadhan: Penyucian diri kembali kepada fitrah

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya. Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak za...

Persediaan menuju tirai Ramadhan Al-Mubarak

Image
Segala pujian ke hadrat illahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat rezekiNya yang tidak mampu dikira atau dihitung apatah lagi membalasnya, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad Ibn Abdullah yang telah lama meninggalkan kita tetapi hasil tarbiyahnya masih lagi kelihatan di dalam sebahagian umatnya, tidak lupa buat para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in yang menjadi generasi pewaris perjuangan yang mulia ini. Secara sedar atau tidak, tirai Ramadhan sudah mula menunjukkan dirinya. Tidak lama lagi, pintu tirai ini akan terbuka luas bagi setiap hamba-hambaNya yang mengharapkan redha dan rindu untuk bersua denganNya. Rasa letih yang ada sedikit demi sedikit hilang, apabila memikirkan betapa banyaknya nikmat yang diberikan kepada kita. Kelmarin, ada perjumpaan bersama beberapa pelajar UTP international di bilik VIP room di Masjid an-nur. Antara agenda utamanya iaitu perlantikan imam terawikh di bulan Ramadhan. Sementara menunggu kedatangan Us Zuriat, sempat ana b...

Mengapa PALESTIN?

Image
Tanah Rahmat Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa , iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon , iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang. Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth , yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahir...

Mengenali As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Image
Latarbelakang Keluarga Imam Hasan Al-Banna. Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa mereka. Perselisihan ini boleh membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana. Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau berkelulusan d...

Al-Fahm rukun bai'ah yang pertama

Image
------------------------------- RUKUN PERTAMA-------------------------------------------- AL-FAHM ( الفهم ) K efahaman Islam yang jelas dan sohih adalah antara pra syarat kejayaan gemilang bagi sebuah Harakah Islamiyyah. Seringkali ketergendalaan gerak kerja dalaman yang dangkal terhadap prinsip-prinsip asas Islam dan perjuangannya. Salah faham di kalangan pendukung Harakah Islamiyyah pula mencetus krisis yang menggugat ketahanan strategi dan operasi. Rukun Al-Fahm ini adalah asas utama bagi kepimpinan Islam guna menangani usaha bina Khilafah Islamiyyah. Saidina Umar Ibn Al-Khattab pernah menegaskan : تفقهوا قبل أن تسودوا “ Dalamilah urusan ugama sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin.” Sabda Rasulullah (saw): من يريد الله به خيرا يفقه فى الدين “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya difahamkannya urusan agama.” ...

Where do you spend your time?

Image
Saturday July 10, 2010 Where do you spend your time? SCIENCE OF BUILDING LEADERS By ROSHAN THIRAN A SCHOOL teacher one day spots a scribbled paper from her son and suddenly gets emotional. Her husband, who had just walked in, saw her crying and asked why. She quickly shows her husband the essay and asks him to read it. The husband reads it, thinking it is a homework assignment of one of her students. The essay goes as follows: Dear God, Grant me a favour. Please make me into a television. I want to take the place of the TV in my house and I want to have my family around ME. To be taken seriously when I talk. I want to be the centre of attention and be heard without interruptions or questions. I want to receive the same special care that the TV receives even when it is not working. I want to have the company of my dad when he arrives home from work, even when he is tired. And I want my mom to want me when she is sad and upset, instead of ignoring me. I want my brother ...