Posts

Tarbiyah suatu pengalaman

Image
TARBIYYAH SATU PROSES PENGALAMAN ... ü Kesibukan dan tanggungjawab perjuangan sering didahulukan dari yang lain. Namun kesibukan dan tanggungjawab perjuangan bukan masalah. Kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sering mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya. .& bagaimana mengendalikannya. ü Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian..tidak dapat datang usrah..tidak dapat datang mesyuarat..dan macam-macam lagi. ü Ada juga kerana kesibukan jadi alasan tidak dapat beramal..solat tidak berjamaah..tinggal zikir ma'thurat..tidak ada masa untuk Al Quran...juga tidak dapat dapat bangun malam bertahajjud. Tambah lagi ada juga buat alasan kerana tanggungjawab perjuangan ..terabai langsung amal-amal fardi. ü Justeru.. tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui penga...

Cadangan dan Pelaksanaan Bait Mithali

Image
Rumah juga berperanan menguatkan hubungan kita dengan Pencipta dan mengeratkan ikatan cinta dengan RasulNya juga menyuburkan tautan ukhuwwah sesama kita. Justeru itu kita membuka pintu rahmat Allah swt serta melontar jauh keserabutan yang bersumber dari syaitan. Suasana berpesan kepada kebenaran dan kesabaran mestilah diwujudkan bagi memastikan bait mithali ini terlaksana. Maka kita sebagai insan yang telah dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan iman ini tidak akan terlepas dari tuntutan mewujudkan sebuah rumah contoh di antara kita sebelum kita benar-benar membentuk Baitul Muslim yang hakiki suatu hari nanti. Oleh itu, ianya memerlukan latihan demi latihan bagi memastikan rumah kita dapat merealisasikan fungsinya sebagai institusi tarbiyah yang pertama sebagai bekalan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan hidup. Semoga usaha untuk membentuk bait mithali menjadi satu realiti bagi menjamin setiap dari kita tidak : 1) Sesat dalam perjalanan ...